Friday, June 07, 2013

Novel: Suamiku, Encik Perfect 10!


Judul: Suamiku, Encik Perfect 10!
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd
Harga: RM 23

Sinopsis:
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Review:

sungguh superb! terharu! very2 touching! *wahai lelaki2 di luar sana, sila baca novel ini*. rasanya susah nak jumpa lelaki se'perfect' Zarief Danial tu, seriously! mana ada lagi lelaki yang sanggup berlakon menjadi suami olok2 kepada seorang perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah! lepas tu, sang lelaki menerima sang perempuan itu seadanya kerana cinta. mane ade dahhhh! *amboii, confident ceq naa*. jika ada lelaki seperti itu, memang lelaki itu harus diberi gelaran Encik Perfect 10. 

ape yang Perfect 10? beriman, baik, romantik, sensitif, kelakar, pandai masak, hormati orang tua, pandai memujuk, pandai merajuk dan sabar.

tapi geram jugak kat Aleeya, main tarik tali je. kejap2 nak Zarief, kejap2 nak Muzaffar. mana satu entah. tapi mengandungkan anak luar nikah itu sesuatu yang berat kan, kena buat keputusan yang betul, hurmm, Muzaffar tu sebenarnya baik tapi itu la kan, orang kata nafsu menguasai segala2nya. part Muzaffar nak meninggal tu memang Qis rasa sebak sikit la *wahh, sepanjang den baca novel, mana pernah nak sebak2 bagai..1st time tau!*.

Selepas Muzaffar meninggal, Zarief merajuk *kononn* dan melarikan diri ke London *tak ada tempat lain ke? sob3*. tapi, nasib baik Aleeya catch up dan diorang pergi London sama2. sweet je perempuan pujuk lelaki. ye, apa salahnya lelaki merajuk kan? asyik perempuan je..bosan jugak..haha! and at last Toh Zaharah kahwin jugak dengan Tok Ismail Dokyan. serius sweet gilee! lama ngorat tuh, akhirnya kahwin juga. hebat jugak ilmu ngorat Tok Dokyan nie..kelakar gile..haha!

nak mengenali penulis secara lebih dekat, boleh ke blog beliau la: 

okey, anda boleh baca secara online: [link]

beli secara online pun boleh: [link]

lovenota 1: i am addicted to novel now. giler ah!
lovenota 2: kerja yang wajib still x jalan2..syabas Qis! haha!

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®