keadaan @ perkembangan terkini jerebu (24 Jun 2013): sekolah yang akan dibuka dan ditutup pada hari esok (25 Jun 2013)
KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lembah Klang meningkat pagi ini menghampiri paras Sangat tidak sihat sekitar Cheras, Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya berbanding semalam.
sumber: kosmo
MUAR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar turun mendadak namun masih di paras tidak sihat dengan bacaan 148 setakat 7 pagi ini berbanding bacaan 690 yang direkodkan setakat pukul 5 petang semalam. Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan di Johor iaitu di Larkin Lama turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111. Sementara di Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78.
Semua sekolah di Kuantan kembali dibuka esok
KUANTAN: Semua sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail.
KUALA LUMPUR: Setakat 11 pagi tadi, tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap 'sangat tidak sihat' iaitu Port Dickson (292), Pelabuhan Klang (288) dan Kemaman (253).
sumber: bharian]
Jerebu merebak ke dua daerah di Kelantan
Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Bharu menunjukkan peningkatan dengan bacaan tidak sihat iaitu 114 pada jam 11 pagi, berbanding 108 pada jam 7 pagi. Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat jam 11 pagi, berbanding 90 pada jam 7 pagi.
sumber: bharian
Semua sekolah di Melaka dibuka seperti biasa esok
Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Kasim Muhamad ketika dihubungi BERNAMA berkata, kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya. Beliau berkata, sehingga 4 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 127 manakala Bukit Rambai 148.
sumber: bharian
Jerebu: Pelabuhan Klang pula catat IPU berbahaya, Banting pula `sangat tidak sihat'
KUALA LUMPUR: Setakat jam 5 petang, Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ialah 319. Sementara itu, Banting diletakkan sebagai kawasan `sangat tidak sihat' apabila IPU mencatat bacaan 209. Selain itu, 22 kawasan pula diletakkan sebagai tidak sihat termasuk di Kemaman (197); Petaling Jaya (196) dan di Port Dickson dengan 193.
sumber: bharian
Jerebu: Sekolah, pejabat kerajaan di Muar terus ditutup hingga perintah darurat ditarik balik
"Kita hanya menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk sebarang pengumuman baharu sama ada sekolah dan pejabat kerajaan akan dibuka semula.
sumber: kosmo
MUAR - Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani sebentar tadi mengumumkan semua 211 buah sekolah di Muar dan di Ledang akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa esok.
Sekolah di Kluang, Batu Pahat, Segamat dibuka esok
Secara keseluruhan terdapat 117 buah sekolah di Kluang, 175 buah di Batu Pahat dan 110 buah di Segamat.
"Semua sekolah di tiga daerah yang ditutup semalam akan dibuka seperti biasa esok.
sumber: kosmo
"Semua sekolah di tiga daerah yang ditutup semalam akan dibuka seperti biasa esok.
sumber: kosmo
Jerebu: 61 sekolah di PD dibuka semula
SEREMBAN - Semua 61 buah sekolah di daerah Port Dickson di buka semula hari ini berikutan keadaan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu turun dari paras bahaya ke kepada tidak sihat, IPU 193.
sumber: kosmo
Jerebu: Semua sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor dibuka semula esok
KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.
sumber: kosmo
Jerebu: Sekolah di Muar dan Ledang dibuka semula esok
Jerebu: Semua sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor dibuka semula esok
KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.
sumber: kosmo
Jerebu: Sekolah di Muar dan Ledang dibuka semula esok
sumber: kosmo
1,804 sekolah dibuka semula
Negeri-negeri yang terlibat dengan penutupan sekolah semalam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan akan dibuka esok kecuali sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang membabitkan 161,886 pelajar masih ditutup kerana bacaan IPU di kawasan tersebut mencatat bacaan 319 iaitu melebihi tahap berbahaya semalam.
Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup
Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup
semoga cpt beransur jerebu ni.insyaALLAH.
ReplyDeletesinggah sambil follow sini! :) #1629
sha> insyaAllah..amin.
ReplyDeletebtw thanks folow yer :)