mentang-mentang la budak PT3 dah habis exam, diorang datang sekolah lepas tu berpesta dalam kelas sambil bersuka ria. tapi yang tu takpe lagi. yang saya pantangnya, bersuka ria dengan menggunakan handphone yang memang dilarang bawa ke sekolah. buka speaker besar-besar di dalam kelas, konon nak menunjuk diorang berani bawa handphone. macam mencabar krediabiliti saya sebagai guru pengawas merangkap guru disiplin sekolah *poyo sudah!*
tapi dah bawa handphone ke sekolah tu, tak payah la nak menunjuk-nunjuk, buka lagu pasang speaker kuat-kuat, lepas tu buat konsert yang tak ada penonton tu. nak menunjuk pakai handphone mahal, annoying la! budak-budak pun mengadu ramai yang bawa handphone sesuka hati.
apa lagi, buat spot-check randomly untuk beberapa kelas Tingkatan 3.
dan hasilnya, jeng jeng jeng!
*nampak Eiffel Tower tak? saje nak masukkan gambar handphone sendiri..hihi*
ada 6 buah handphone dirampas dalam serbuan.
saya dengan bangga tersenyum kambing di depan pelajar. keh3
antara yang paling mahal ialah Samsung Galaxy 3.
budak sekolah pun pakai Samsung Galaxy tau! kalah cikgu-cikgu nie.
ishkk!
saya memang ada dapat aduan dari pelajar dan guru, ada student yang bawa handphone ke sekolah. kalau tak nampak, saya malas nak ambil port. tapi, bila saya dah nampak di depan mata, mula la saya bersemangat nak buat kerja ala-ala polis tu.
memang masa buat spot-chek tu memang semua student Tingkatan 3 termasuk pelajar Tingkatan 5 di blok sebelah yang tak ada exam SPM hari nie kelam-kabut. ada yang lari lintang-pukang menyorok handphone. ada yang pass handphone pada member kelas lain. sanggup tu!
yang paling tak tahan, masa tengah check diri student dengan bag, ada yang menyorok handphone di dalam stokin. perghh! ada bauu! hahaha.
yang perempuan jangan cerita la, kat mana depa sorok, pikir sendiri..hehe :D
lepas dah kena rampas, mangsa rampasan terus call ayah la, abang la suruh ambil balik hanphone yang dirampas. ada sampai nak buat report polis sebab hal rampasan nie je. si ayahnya mengamuk, cakap tak puas hati sebab handphone anaknya dirampas, nak upah lawyer mahal-mahal. lol! handphone Lenovo je pon! bukannya handphone Samsung Galaxy Note 4 atau iPhone 6 pun! senget betul~
saya kalau nampak handphone depan mata memang saya akan ambil.
tak kira la budak baik ke budak pandai.
semua adil dan sama rata.
tiada pilih kasih.
ia tetap jadi kes disiplin sekolah.
*telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah*
lovenota : kalau jual semua handphone tu untung sey. nampak $$$ je. nasib baik bawak mengucap tadi..hahaha XD
Aina pun masa lepas pmr bawa je phone ke sekolah. kitaorang lepak dekat library, ada kawan bawa tab lepas tu semua habis filem bagai. tu tak campur dengan novel lagi. Hahaha. heaveen gila masa tu. T_T.
ReplyDeletewahh..nakal3! hahaha XD
Deletebudak2 sekarang macam tu lar..peredaran zaman sekarang kan...
ReplyDeletecik balqis!! mohon bantuan dari mu.. saya nak juga lyout mcm cik balqis.. tolong ajar saya boleh?? T_T
hahaha..enset mmg keperluan tp klu cikgu ngajar dok main hmm ssh la..
ReplyDeleteSbb tu laa xbole bwk enset..jdi lalai..huhu
Deletefuhhh hebat2.. handpone nadyya pon kalah.. cikai2 je ponn.. wuuuu
ReplyDeleteBudak trlebih dimnjakan .huhu
DeleteRampas je cikgu.
ReplyDeleteSukelah tu..nak tunjuk2.
Sian kawan yang miskin yang cannot afford.
Yg mnunjuk tu x gemar. Huhu
Deletesalam cikgu.
ReplyDeletesaya nak tanya, budak2 sekolah zaman sekarang memang dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah ke?
btw saya nak copy artikel ni masuk dalam blog saya boleh?
wah..hebat budak2 sekarang....
ReplyDeleteadvance betul budak2 sekarang. mostly smartphone.
ReplyDeleteAnk mnja..huhu
DeletePT3.kiranya baru umur 15 tahun dah ada handpohe mahal camtu..ni kes mak bapak yang belikan lah nih..dari keluarga org berada..kalau dh tahu x boleh hp ke sekolah..bawak jugak mmg degil lah...susah dan penat kan jadi cikgu zaman skrg kan Qis..anak2 murid x dgr kata..bermasalah..apa nk jadi dgn negara kita jika ada golongan pelapis seperti sekarang. Time akak sekolah dulu jgn mimpi lah nak ada hp sendiri ..ada pun bila h keje itu pun Nokia 3310..ahahaha..x boleh nak ompare dgn zaman akak 20 tahun dulu heheeheh
ReplyDeleteTime sy, hp pn xde lg..hihi :P
Deleteitu lah masalah nya bila parents ni susah nak paham....dah terang2..TAK BOLEH bawa handphone..g sekolah.. sabar je la kan kak. budak pun naik pala la kalau sokmo parents back up cam ni...(><)
ReplyDeleteTau pun. Makbapak pn senget jgk..mcm ank die
Deletepergh hp mereka..canggih2 :) Mana x budak skrg cepat terpengaruh..teknologi dihujung jari je skrg..hmm..syabas Cikgu Balqis :)
ReplyDeleteMmg pun. Huhu
DeleteDashyatnyer, tingkatan 3 pun dah ada henpon. Saya dulu dah kerja baru beli sendiri, tu pun henpon cokia 3310.
ReplyDeleteRampas ja cikgu. Nak takut apa, kita dipihak yang benar.
bapak dia tak tahu undang2 sekolah ke?
ReplyDeletepatutlah anak dia pun sama bebal.
cet.
saya dulu habis semua novel kena rampas. hahahaha... handphone saya nyorokkan kat belakang loker. wakakaka
ReplyDeleteamboi, nak upah lawyer? serious lah pak cik -.-
Aikk ade jugak nk bawak g polis kes rampas.. tula aja anak lg cmtu.. dah trg2 bnd tu slh.. kalu g report pon agak2 dia leh menng ke
ReplyDelete