Tuesday, October 05, 2010

:: 10 Peraturan untuk setiap bapa yang ada anak perempuan patut beritahu kat Boyfren anak masing2 ::




Kepada BF anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

:: ape pendapat korang..haha ::
Read More »

Monday, October 04, 2010

Buat scroll pada widget link

rasanye dah ramai yang pasang widget link aka exchange link nie kan..
tapi bila da ramai yang daftar..mesti dah panjang berjela2 kan..
wat rimas je tengok..huhu..
disebabkan ada permintaan untuk buat scroll pada widget link..
saye pon ajar la cara2 nak buat scroll..
macam saya punya kat atas nie..

ikot step okie:
1st: klik Design -> add a gadget -> HTML

2nd: copy-paste coding nie:

sini
*mula*
*letak coding untuk widget link*
*tamat*


kaler biru: korang boleh adjust width and height mengikut kesesuaian blog anda..
kaler ungu: paste coding widget link anda.

so..cuba lah ye..kalau xjadi habaq2 la ye..

:: widget aku problem plak..haih!! ::
Read More »

Sunday, October 03, 2010

:: contest senyuman maneh ::

tadi baru balek keje pukul 1..
memang penat..
walaupon hari nie duty aku menyambut customer..
penat jugak weyh..
kena senyum2..berdiri depan pintu..
greet bila customer datang..

ade uncle tu cakap..
"your smile is so warming..makes people come here very happy to see you"
wahh..memang malu la aku bila dengar dia puji cenggitu..hehe..
aku memang suke senyum..
jangan jatuh chenta sudahh..hehe~~

so..sebab tu aku join contest nie..

syarat2nye:
korang pegila owner blog nie..

gambar yang aku pertaruhkan:


nie gambar masa raya..1st time upload sini..haha~~
harap2 boleh menang..
dah manis sangat dah tu..hehe..
kire sebagai hadiah birthday balqis 6 oktober nie..hoho 
(n_n)

due date: 10 oktober 2010
hadiah: top-up RM30..

siape nak join silA lawat owner blog ye..
Read More »

Saturday, October 02, 2010

:: semakan keputusan temu duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih (GST) ::

kelmarin lepas balik kerja..
kelam kabut terus check keputusan interview KPM masa bulan 8 ari tu..
berdebar2 jugak la..coz masa interview tu langsung tak tahu nak jawab apa..
main hentam je tuu..haha..

so, inilah keputusannye..


alhamdulillah berjaya..tak sangka! haha..
sekarang nie tunggu posting jela..
tu pun maybe tahun depan..lambat lagi..

p/s: tadi da check lagi sekali..tempoh sah da bertukar pulak!
sampai 31 mac 2010..
nape tukar pulak ek?
makin lambat la nak posting camtu..huhu..

:: tak sabar nak kerja..hehe ::
Read More »

:: award: Blog Hebat ::

salam sume..penat la keje Pizza nie..huhu..
tapi kena jugak keje..
sape nk bagi duit kan..hehe

entri hari ni, tag dari cik paradoks hati:
dapat 29 ogos yang lalu..
tapi baru perasan 2hari lepas..
sori sangat2 yer..hehe..


dah dapat award nie kena la jawab soalan2nye..

♪ Nama blog anda buat masa ini?
:: nama blog, http://ceriteracintabalqis.blogspot.com ::

♪ Anda rasa blog anda hebat?
:: takde la hebat mana pun..ramai lagi blog yang lagi hebat dari blog nie ::

♪ Benda yang anda sayang ?
:: emm..laptop kot..entah..hehe ::

♪ Anda tengok waktu dekat mana ?
:: handphone o jam tangan ::

♪ Web sesawang yang selalu anda jenguk ?
:: facebook..blogger nie..hehe ::

♪ Letak TIGA hingga LIMA blog yang anda rasa 'BLOG HEBAT' .

:: semua blog follower saya la yang hebat..
siapa yang jadi followers saye tu sila ambil ye..wajib ::

.:.wassalam.:.
Read More »

Thursday, September 30, 2010

Exclusive: Lelaki Playboy..Benci!

aku benci lelaki penipu!!

bende nie aku dah lama lupa..dah 4 tahun aku lupa kan..tapi sejak pertemuan yang tidak diduga tadi..ingat semua kembali..segala-galanya..

aku kenal Mr. L masa kat tempat kerja 4 tahun dulu..
di Ilham Resort, Port Dickson..aku kerja sebagai waitress..dia pulak mantainence..masa tu dah habis matriks..tunggu panggilan nak sambung degree la kan..

aku nak kata dia hensem xde la sangat..tapi boleh la..sweet..pada mulanya aku tak berkenan pun kat Mr. L nie..bila jumpa dia selalu jugak lah dia tegur aku..aku pun layan jela kan..kang orang kata kita sombong..lebih kurang cenggini;

"alahh..salam pun tak jawab..ingat ko cantik sangat ke..sombong!"

pedasssss weyhh..aku tak suka dengar tu sume..

kemudian..bila kitorang bekerjasama..yelaa..aku set-up bilik conference..dia setting sound system..kami pun rapat..dah boleh gelak-gelak..sembang-sembang..dia pun berani tegur aku..and then berani sms pulak tu..entah mana dapat nombor henpon aku ntah..layan jelaa..masa tu kan muda lagi..

lepas tu entah macam mana boleh declare..1 hotel kecoh..bising..yelaa..orang kata "mamat paling hensem dapat awek cun". aku bukan memuji diri sendiri..tapi itulah orang cakap..(dulu aku slim..sekarang macam anak gajah...adehh!!). kapten aku suka perli-perli pasal hubungan kitorang..aku tak boleh nak buat apa la..senyap kan ajelahh...

entah macam mana..1 hari tu..ada sorang awek mesej aku guna nombor Mr. L tu..dia kata dia tunang Mr. L..


ohh..gila la aku sikit masa tu..yelaa..bulat-bulat kena tipu..tapi xde la nangis2..sebab kitorang baru mula declare kan. then aku tanya la Mr. L betul ke apa yang awek tu cakap..And dia mengaku!! senang je kan

dah tu aku nie ape? wayang semata2??
kitorang gaduh n putus pun 1 hotel tahu..maluu weyhh..aku sabar jelaa..rasa nak pelempang pun ada jugakk..haishh!!

lepas aku tahu hal tu..aku da tak layan n cakap sepatah haram pun kat dia..and dia pun dah tak bersemuka dengan aku..pengecut kan lelaki macam tu..rasa macam nak belasah jer!

bila kitorang jumpa dalam 1 bilik conference..aku lari..tak nak aku mengadap muka dia..rasa nak penampar..bodoh! pernah sekali dia tahan aku..nak bincang kononnya..tapi aku takde nak ikot cakap dia..blah terus..lantak ko! abang2 tempat kerja aku pun backup aku..sebab dia yang salah..memang kena pulau sekejap la Mr L tu..(maklum la masa tu aku anak manja abang2 kat situ..paling muda..hehe)

lepas tu..aku dengar cerita..dari budak2 maintainence jugak laa..rupanya selama nie diorang beting (betul ke aku eja?) ala..cabar2 lepas tu menang dapat la duit cabaran tuu..budak2 department tu cabar Mr L ngorat aku..boleh ke tak..(sebab aku tolak sume ngoratan budak2 lain..haha). dia pun ok laa..sapa yang tak nak duit kan..bila aku tahu tuu..lagi la sakit hati..
rasa cam nak bunuh pun ada..suka hati dia nak main2 dengan aku..lagi la aku takkan maafkan perbuatan dia tu..

bila dah masuk UPSI..aku dapat berita..dia eksiden motor..motor kaler kuning kebanggaan dia tu..
(motor besar tuu..apa nama entah..awek2 memang suka bf naik moto camtu). tangan kanan dia patah..dah tak dapat berfungsi..jadi cacat kekal..
dia dibuang kerja..mana boleh buat kerja cacat camtu kan..aku pun senyap jelaa..malas nak fikir..tak jumpa dia pun..

dia pernah mesej aku..minta maaf..dia kata maybe dia jadi macam nie sebab dia mainkan perasaan aku dulu..tuhan da bagi hukuman dunia kat dia..

aku takde la kejam sangat sampai nak suruh dia mati teruss! huhu..tapi dah dia dapat takdir camtu..terima ajelah..and dia cakap tunang dia dah tinggalkan dia..
padan muka ko..nak sangat dengan tunang tuh..
alih2 bila dah jadi camnie kena tinggal..
lepas tu kitorang pun dah lost contact..

dan semalam (29/9)..aku terjumpa Mr L di mahkamah..ape aku buat kat mahkamah? ada kes laa..hehe..(tapi jangan risau..aku tak buat jenayah yee..)dah 4 tahun xjumpa Mr L nie..dia tak berubah langsung..still kurus n tangan dia memang cacat kekal..tak berfungsi..dan takde kerja..masa jumpa tu aku tergamam..senyap..pandang je dia..rasa kesian pulak..

aku langsung tak tegur..selalu selisih dengan dia..aku nak tegur..memang niat nak tegur..entah..dia pandang2 jugak aku..tapi dia tunduk jee..tapi..bila aku ingat apa yang dia buat kat aku..tak jadi nak tegur..aku dengan muka sombong buat2 tak kenal. (maybe dia tak kenal aku kot..sebab saiz fizikal dan perwatakan aku dah berubah..hehe)

lantak ko laa..aku dah tak pikir pasal ko da pun! tapi still sakit hati tengok muka dia..kesian tu memang laa..dahla tak kerja..keadaan camtu pulak..tapi dah takdir kan..tak boleh nak buat apa lah..

*kadang2 bila aku dengar lagu Kristal iaiatu Nurani..mesti ingat kat dia..sebab tu lagu faveret dia..
tapi sekarang..dengar je lagu nie aku tutup radio jee..
sakit hati*


pada girls2 di luar tu..jangan la percaya sangat dengan lelaki..ada sebahagian daripada mereka yang jenis playboy macam Mr L nie..cari la lelaki yang betul2 nak kat kita..orang kata bole buat suami..

playboy2 di luar sana..jangan la sakiti hati perempuan..kalau Allah bagi hukuman dunia macam Mr L nie baru korang tahu..semua awek tinggalkan korang..takde kesian2 dah..

*sedih la plak..huhu*
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®