Tuesday, August 26, 2014

Pengantin Cina photoshoot separuh bogel di Ipoh


Pagi selasa nie sebelum memulakan kerja harian, godek-godek berita di akhbar online seperti Harian Metro dan Berita Harian. ada tajuk yang sangat menarik hati dan menggemparkan *maybe ada lucu sikit kut*.


Aksi pengantin berjalan separuh bogel gemparkan bandar Ipoh






Dahsyat? memang pun! 

siapa perempuan tu? model katanya. How Jo Yee, 21, di facebook namanya ditulis Joey Joeyy --> facebook Joey Joeyy



*orang terengganu? lol! malu den seh!*

Aku? geleng-geleng kepala je dulu. lepas tu gelak-gelak sensorang *nasib baik takde orang tengok*. ape kejadah la nak photoshoot wedding ala naked kat tempat awam? kalau nak buat pun, pi buat kat studio takpon rumah uols ke kan? tau la model tapi tak perlu kut buat macam nie. kan dah mengganggu orang yang lalu lalang di Jalan Sultan Yussof, Ipoh, Perak pada jam sekitar 9 pagi. tengok pakcik motor di atas. sanggup berhenti melihat pengantin perempuan berbikini tuh. entah-entah air liur dah meleleh-leleh, sebab first time dia tengok orang berbikini depan-depan mata kan? rasanya tergugat iman pakcik tu kot? hahaha.

Memang la kaum cina tak ada aurat seperti umat Islam, tetapi cuba pandang negara China takpon Korea. ade ke diorang half-naked tengah-tengah bandar? separuh berbogel? tarak maa..diorang pun tau malu seyh! nie kes tiru negara mat salleh aa neh~

Nak elak salah faham, sebenarnya mereka cuma photoshoot je, bukannya wedding betul-betul yee. model je dua manusia nehh~

[UPDATED]


Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah 

Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret. Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu. 


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awamKesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong. Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan. 


eh? RM 400 jer? jer? jerrr??? pfftt!


lovenota : agak-agak la kalau nak buat kelainan dalam wedding korang ye

Read More »

Friday, August 22, 2014

MH17 : Malaysia Berkabung


#MengenangMH17 #MH17 #Berkabung

Sayu dan sebak melihat satu persatu keranda jenazah dikeluarkan dari Pesawat MH6129 yang penuh dengan adat istiadat dan ketertiban. Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan. 

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan semua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat #MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi. 

Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak. Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching. Saya sendiri dapat mendengar deruan helikopter di atas bangunan makmal sekolah saya semasa sedang mengajar kerana kawasan Gemencheh berdekatan dengan Segamat. kemungkinan itu adalah helikopter yang membawa jenazah Hasni Hardi Parlan 31 yang sudah selamat tiba di Padang B (dekat Sek Tinggi Segamat) 12 tengah hari tadi.

Bila dapat tahu jenazah sudah sampai di Malaysia, terus saya online TV3 untuk melihat majlis istiadat tersebut. rasa sebak pun ada. kita yang tak ada kena mengena dengan jenazah pun cukup terasa, apatah lagi kerabat keluarga yang terlibat. takziah saya ucapkan.

Al-Fatihah.

Senarai 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17:

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.54 pagi tadi.

Keranda jenazah yang dibawa keluar dari pesawat

Konvoi kenderaan jenazah dibawa keluar dari KLIA

Jenazah Hasni Hardi Parlan 31 yang sudah selamat tiba di Padang B berhampiran Sek Tinggi Segamat

Read More »

Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday # 31 : Angry!





*berbaik semula :P*


lovenota : "kalau gaduh, semua benda terkeluar" kata beliau. erk? padan muke! :P

Read More »

Tuesday, August 19, 2014

Kibar bendera separuh tiang pada Hari Perkabungan Negara



Kibar bendera separuh tiang pada Hari Perkabungan Negara - JPM
  
KUALA LUMPUR: Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara dan semua acara berunsur hiburan hendaklah ditangguhkan semasa Hari Perkabungan Negara pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM), semua pihak diminta memakai pakaian berwarna suram dan tidak berwarna terang/garang pada hari perkabungan sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 ke tanah air.

Pada hari berkenaan juga, semua rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.

"Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam," kenyataan itu menyebut.

Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.

Hari Perkabungan Negara diisytiharkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi itu.

Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

- BERNAMA


Al-Fatihah

Read More »

Wednesday, August 13, 2014

Wordless Wednesday # 30 : Cinta Sejati




setuju sangat! haha! 

cinta sejati tak perlu tunjuk or update status di facebook, twitter, instagram, etc
buat orang naik meluat hado la. macam ko sorang je yang bercinta kan? haha


lovenota : mujur tak pernah update "i love u, i miss u" bagai di facebook..geli jek!


Read More »

Monday, August 11, 2014

Pembayaran Pengawas Peperiksaan SPM


Maaf sebab sudah lama tidak mengupdate apa-apa content untuk blog saya. sejak akhir-akhir ini saya kurang hidupkan laptop untuk melayari laman web kegemaran saya. rasa seperti kemalasan yang berganda-ganda sudah berlaku. kemungkinan, saya tak puas bercuti semasa cuti Hari Raya tempoh hari. cuti raya pun cuti yang tidak serupa cuti, bergegas ke sana ke mari menziarahi sanak saudara yang jauh. seperti kata Nek Su saya yang berada di Pasir Puteh, Kelantan; tak datang ziarah, dah lupa saudara mara la tu! cuti seminggu mana cukup, tetapi dah kehendak kerajaan memberikan cuti yang semaksimum itu, apakan daya saya. tak seperti zaman kejatuhan remaja, sewaktu belajar di UPSI dulu diberikan cuti raya selama 2 minggu. aman dan sangat bahagia. eh, Kolej Vokasional pun cuti 2 minggu kan? untung sangat! barangkali saya juga memerlukan cuti yang panjang, kut? :D

Pada minggu ini adalah Peperiksaan Percubaan PT3 di sekolah saya. esok dan lusa, pula merupakan Ujian Lisan iaitu pada 12 Ogos 2014 ialah Ujian Lisan Mendengar Bahasa Melayu manakalah 13 Ogos 2014 pula ialah Ujian Lisan Mendengar Bahasa Inggeris. pagi tadi pun ramai pelajar yang tidak membawa kad pengenalan. esok tak tahu la bagaimana. padahal sudah diingatkan pada minggu lepas untuk membawa kad pengenalan. sebab tu saya cakap budak-budak sekarang kurang mendengar kata-kata guru *belum lagi kes melawan cakap cikgu tu*. saya hanya mampu menggeleng kepala. 

Peperiksaan Percubaan SPM juga akan dijalankan pada hujung bulan ini. lantas saya terfikir, cepat sangat rasanya masa berlalu pada tahun ini. eh, Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 pun sudah dikeluarkan di Lembaga Peperiksaan. nak download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014? saya berikan link.


Seperti kata Penolong Kanan Akademik saya, tahun ini Peperiksaan SPM 2014 adalah amat berlainan dari yang sebelumnya. ini adalah kerana peperiksaan dilakukan pada waktu persekolahan. cuma 1 minggu peperiksaan di akhirnya adalah kertas-kertas elektif sahaja. ini bermaksud, peperiksaan SPM habis awal tidak seperti peperiksaan sebelum ini. pada mulanya saya dah berniat dalam hati tidak mahu mengambil bahagian dalam acara Pengawas Peperiksaan SPM. tapi, melihatkan jadual peperiksaan yang melibatkan waktu persekolahan dalam tempoh yang lama menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjaga peperiksaan SPM pada tahun ini, tetapi bukan di Port Dickson. saya hanya menjaga kawasan daerah Tampin je. *yelah, dari saya menjaga exam di sekolah, baik saya jaga exam di luar sekolah. ada jugak duit poket, kan? hehe

Oh ya, untuk pengetahuan anda, saya dah menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 4 kali berturut-turut termasuk pada tahun ini. bayarannya? alhamdulillah sentiasa dapat. *tapi, takde la lumayan pun. sekadar lepas duit poket ok jer..hehe*. pembayaran untuk Pengawas Peperiksaan SPM dikira seperti di bawah:

1. Elaun Pengawas SPM = RM 225.00
2. Bayaran sidang (1 sidang bernilai RM 1.00, kalau ada 10 sidang, maknanya RM 10.00). Sidang bermaksud sidang pagi dan sidang petang, walaupun sidang pagi ada dua paper, ia tetap dikira sebagai 1 sidang.
3. Elaun tuntutan perjalanan kenderaan. Elaun perjalanan dikira dari sekolah sendiri ke sekolah peperiksaan mengikut pekeliling kerajaan.




Jumlah pembayaran: 1 + 2 + 3 = RM ?

Walaupun menjadi pengawas peperiksaan ada sedikit cabaran dan dugaan *maklumlah, jaga exam comfirm mengantuk punye*, tetapi gagahkan jugak..hehe! 

Pernah juga dengar desas-desus guru-guru yang mengata mengenai pembayaran upah jaga exam tu, "sikit nor aih, tak berbaloi nak jaga exam. apesal seringgit je 1 sidang? tak kuasa nak jaga exam. lepas tu claim hanya dari sekolah je. padahal rumah aku jauh dari sekolah. acaner tu?" eh, banyak la complain sebenarnya. nak baca lagi boleh tengok salah satu blog rakan guru kita: SPM, Alahai Ciput Upahnya

Bagi saya, saya memang kisah la jugak. memang betul la tu, kalau satu sidang dah lama sangat iaitu dalam 2 - 3 jam. kadang-kadang pula, seperti sidang pagi ada 2 paper exam. tapi upah yang diberikan hanya seringgit sahaja. dah lama jugak kerajaan tak up nilai tu. entah la, saya hanya menurut perintah je. apa yang dapat pun saya bersyukur. :)





lovenota 1: nanti saya ceritakan mengenai Pemeriksa Kertas SPM plak ye
lovenota 2: antara pengawas dengan pemeriksa, pemeriksa lagi masyukkk tau *$$$$* :D


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®