Thursday, June 20, 2013

Penutupan sebahagian Sekolah-Sekolah Daerah di Johor Berikutan Jerebu

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal adalah dirujuk.
2.            Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Cuti bagi kakitangan sokongan sekolah adalah bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
3.            Pihak sekolah dipohon untuk menyediakan langkah penyebaran maklumat yang proaktif dalam menyampaikan maklumat ini kepada guru dan penjaga. Pihak sekolah juga disaran untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan kehadiran pelajar ke sekolah pada awal pagi hari yang terlibat.
Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

*******************

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383. Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 11 pagi ini, Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232 iaitu meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. 


Pasir Gudang dan Larkin Lama iaitu kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata seramai 76, 940 murid serta pelajar membabitkan 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarahkan bercuti bermula hari ini akibat masalah jerebu yang kini berada pada tahap bahaya.



sumber: berita harian



***************************
BATU PAHAT: Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.
Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.
Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.
Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.
"Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.
Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.
sumber: mStar

keadaan jerebu sekarang berada di tahap yang membimbangkan *yelah, sampai sekolah kat Pasir Gudang, Muar, Ledang, Batu Pahat ditutup sebab jerebu nie. tapi rasanya semua sekolah dapat cuti esok kut*. dilaporkan indeks pencemaran udara (IPU) sudah melebihi 100, yang dianggap tidak sihat di sesetengah negeri Johor, Melaka dan Selangor. Singapura pun terkena jugak jerebu nie *sampai kawan cakap, dah tak nampak singapore dari Pasir Gudang tu..hehe*. bagi yang tak tahu, jerebu nie terjadi sebab kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia



tak silap Qis la, masa tahun 90-an *tahun bila tu Qis pun dah lupa..hehe!*, ada kes jerebu yang amat teruk di seluruh Malaysia. sampaikan kena pakai mask kalau pergi sekolah. tapi yang Qis ingat, masa tu Qis masih lagi sekolah rendah kat Miri, Sarawak. itu adalah jerebu yang paling teruk berlaku sepanjang hidup saya la~



nak tahu perkembangan terkini mengenai indeks pencemaran udara (IPU), boleh ke web berikut: [link]

updatedLebih 200 sekolah di Muar, Johor hari ini (21 Jun 2013) diarah tutup buat sementara berikutan bacaan IPU mencatat paras bahaya iaitu 383.

[updated : sekolah yang ditutup esok (24 Jun 2013) - link]


lovenota 1: untung laa budak2 Johor dapat cuti esok kan~
lovenota 2: tapi yang tak bestnya cuti berganti..hikhik! XD


Read More »

Past, Present and Future


yesterday is history. Today is the present and tomorrow is the future

hear the past, see the present and touch the future

for the past, i am trying to forget everything. all about the crisis. all about them. all about what happen. memang perit nak lupakan, tapi kita mesti move on. tak perlu kita nak toleh ke belakang semula. there is no need to do that. 

for the present, today i got a new spirit from the conversation last night. i will let all of this gone by gone. i will give a time to recover. we call it, recovery process. haha

and for the future, saya doakan yang terbaik untuk semua ini. Allah swt da tulis takdir untuk kita semua. so, kita kena hadapinya dan terima takdir dengan hati yang terbuka. this is all God's faith. just follow the flow, wallahu'alam.


lovenota 1: i need u afterall happen.
lovenota 2: no more crying ok. be strong and good girl! :)


Read More »

Tuesday, June 18, 2013

Pasrah dan Redha



pasrah. redha. serah pada takdir.

itu yang saya dapat rasakan buat masa sekarang nie. saya da puas pujuk, puas menegakkan keadilan dan kebenaran mengenai semua yang terjadi. hidup saya semenjak 3 minggu nie memang dah seperti orang yang kehilangan arah tujuan dan arah hidup. saya still dipersalahkan atas semua yang tejadi. betul kata orang, hidup kita tak semestinya sentiasa berada di atas. bila tiba masanya, kita akan berada di bawah untuk seketika. dan kita sendiri kena berusaha untuk kembali semula ke atas. saya sekarang masih berada di bawah, saya cuba untuk kembali semula naik ke atas, tetapi setiap kali saya cuba, saya mesti jatuh semula dan kembali menangis *ya, saya tahu awak x suka saya menangis..huhu*. 

saya dah pasrah *pasrah itu berserahh*. saya dah tak larat untuk menghadapi semua ini. semua ini adalah memang pengalaman yang saya sendiri tak boleh dan tak akan lupakan. pertama kali dalam hidup saya, saya jadi begini dan saya terkena sebegini *walaupun tak berapa teruk, tapi saya tetap merasainya. saya mengaku awak yang paling teruk yang kena..maafkan saya*. walaupun saya nakal dulu *bahasa sedapnya, playgirl*, saya tidak pernah kena sebegini rupa. sangat dahsyat saya rasa sehingga saya sakit, tekanan darah rendah, migrain yang teramat teruk. memang sangat hebat *kalau buat novel, mesti laku nie*. 

cinta itu memang pelik, kan? orang sanggup berbuat apa saja demi cinta. tak kira jalan yang baik mahupun dengan cara kotor.

dan saya juga tidak menyangka, ada juga manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat dia. perempuan itu sanggup buat apa sahaja untuk melihat orang lain jatuh. ya, memang dia berjaya melihat kami berpecah *tahniah la ye!*. perempuan itu menyiasat seperti polis CIA lagaknya. semua maklumat dia dapat cari, dari benda yang kecil sehingga ke benda yang besar *agaknya kabel dia nie besar kot*. ya, saya memang agak impressed dengan kerja dia sebenarnya, daripada benda yang saya tak tahu jadi tahu secara tidak langsung. tetapi semua kerja itu sebenarnya menyakitkan hati saya *semoga Allah swt membalas kejahatan anda, sebab anda sudah meruntuhkan semua kebahagiaan saya. amin!*. 

buat si ex, saya dah beberapa kali mengatakan pada awak, saya tidak akan sesekali balik pada awak. cukup lah saya dah banyak bersabar selama ini. saya minta sangat2 jauhkan diri awak dari kami. sudah cukup apa yang awak dah lakukan selama ini. awak mempergunakan saya, menggunakan semua akses mengenai saya sehingga ke facebook saya pun awak salahguna. saya betul2 sangat kecewa. seriously. bila awak dah buat semua ini, awak dah betul2 kehilangan saya 200%. 

saya serahkan segala2nya pada Allah swt. Dia yang Maha Mengetahui segala2nya. 

lovenota 1: hidup ini tidak semuanya indah
lovenota 2: begitu besar dugaan-Mu Ya Allah. kuatkan lah hati hambamu ini 

Read More »

Sunday, June 16, 2013

Amir Jahari - Selalu Ada OST Kisah Cinta

lagu nie rasa macam memberi semangat pada Qis. i will try to be me again, insyaAllah :) 



"Setiap pertemuan ada kisahnya tersendiri"

actually lagu ini Qis dengar dari sebuah drama tv, Kisah Cinta di slot Lestary lakonan Shaheizy Sam dan Fazura. seriously sangat nice cerita nie, menyiasat kisah cinta ayah Fazura dan ibu Sam. Qis memang tertarik betul dengan drama nie, lain dari yang lain berbanding dengan drama2 yang ada di Malaysia nie. then, tengok Fazura rasa macam "woww" *i suka sangat tengok Fazura, sangat cantik n gorgeous!*. nanti Qis bagi link mana i tengok drama ini ok~

Lirik lagu Amir Jahari - Selalu Ada (OST Kisah Cinta)

Ku takkan pernah
Putus asa
Akan ku melangkah
Hingga ke hujung dunia

Belum jauh ku melangkah
Belum jauh ku berserah
Masih banyakkah yang ku fikirkan
Masih banyakkah yang ku inginkan

Ingin aku merasanya
Ingin aku mencuba
Hampir ku kecundang olehnya
Hingga ku menangis kecewa

Ku takkan pernah
Putus asa
Akan ku melangkah
Hingga ke hujung dunia

Ingin aku merasanya
Ingin aku mencuba
Hampir ku kecundang olehnya
Hingga ku menangis kecewa

Ku takkan pernah
Putus asa
Akan ku melangkah
Hingga ke hujung dunia

Sememangnya aku tak berdaya
Tapi ku percaya Dia selalu ada




kata2 madah yang dipetik dari drama Kisah Cinta [link]

tonton drama Lestary TV3 Kisah Cinta secara online dan download lagu OST Kisah Cinta [link]


lovenota 1: sedang berfikir untuk menyambung Master..hurmm~
lovenota 2: new zealand? korea? london? =,='

Read More »

Saturday, June 15, 2013

Drama Slot Zehra TV3: Sebenarnya, Saya Isteri Dia




[tonton secara online]
Drama tv yang diadaptasikan dari novel tajuk yang sama juga neh *sebab dah baca novel, haruslah tengok drama pulak..baru best!*. ia ditayangkan pada Slot Zehra jam 9.00 malam setiap hari Jumaat di TV3 lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. pada sesiapa yang terlepas menonton drama kat tv, boleh tengok secara online jugak *
macam den XD*

ulasan novel: link

Drama Slot Zehra TV3: Sebenarnya, Saya Isteri Dia:

Sebenarnya, Saya Isteri Dia Episod 13

*kredit: Blog Budak Baik

lovenota 1: layannn..best jgk :P

Read More »

Proton Saga SV





Proton Saga SV (Super Value)
Harga:

Saga SV 1.3 (M) - RM 33, 438 (solid) dan RM 33, 888 (metallic)
Saga SV 1.3 (A) - RM 36, 438 (solid) dan RM 36, 888 (metallic)

harga nie rasanya ok la kot pada sesiapa yang rasa nak beli kereta baru kan? dia tulis pembayaran bulanan harga serendah RM 250 taw! *krikk krikk krikk*

lovenota 1: nak tukar kereta ke tak? nak ke tak? nak ke tak?
lovenota 2: nak guna Swift la rasanya~ *pulak dah!*

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®