Wednesday, June 05, 2013

Bangkit Semula!

saya dapat khidmat kaunseling free hari nie! yep (^-^)v


"qis harus bangkit dari semua nie". betul cakap en.kaunselor, kenapa saya perlu menunjukkan pada semua orang yang saya sudah kalah? sudah jatuh? orang tu dah bertepuk tangan dan bergembira disebabkan kejatuhan saya. saya harus bangkit, harus bangun dan tunjukkan yang saya masih lagi kuat untuk berdepan dengan semua dugaan ini. 

bila en.kaunselor cakap macam tu, saya tersentak dan terfikir, aku dah lama jatuh rupanya. shit! saya dah abaikan diri saya sendiri. semua aktiviti rutin harian saya terganggu disebabkan kejadian bodoh ini. saya tak dapat fokus aktiviti apa yang saya nak buat, apa yang saya suka, apa yang ingin saya lakukan, saya kurang berblogger, saya kurang bersosial, keluar dengan kawan2 pun tidak. memang betul cakap en.kaunselor, saya dah mendera diri sendiri, kesihatan tidak dijaga dengan baik. astagfirullahal'azim, begitu lalainya saya. 

en.kaunselor kata, benda tu dah berlaku pun. nak putar balik masa pun tak boleh. tak perlu nak dikenang, tak perlu nak fikir dah. qis berada di tempat yang benar. pedulikan apa orang nak kata, sesiapa yang fitnah awak, tuduh awak yang bukan2. qis kena yakin pada diri sendiri sebab qis memang tidak bersalah. *yang bersalah tu adalah dua ekor yang memang sudah jadi musuh sejati saya*. 

Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

en.kaunselor juga cakap, qis adalah unik. saya tidak sama seperti perempuan2 yang lain seperti yang dia kenal. tak sama seperti si polan2 *dia menyebut beberapa nama budak2 geng vampire..sangat sulit untuk ditulis*. qis adalah perempuan yang tabah, matang, kuat, ada prinsip diri, tegas dengan pendirian walaupun sifat lemah lembut tu masih ada. so, apa kata keluarkan sifat "kuat" awak tu dan berhadapan dengan masalah kecik ni dengan hati yang terbuka. saya betul2 sedar pada masa itu. kenapa saya boleh jatuh? ini bukan diri saya yang sebenar! 

en.kaunselor juga mengatakan, apa yang mereka buat tu biarkan. perkara yang mengaibkan orang lain ini adalah perbuatan yang dikeji oleh Allah swt. biar mereka mendapat balasan yang setimpal kelak, insyaAllah.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 19, yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan ingatlah! Allah mengetahui segala perkara, sedangkan kamu tidak mengetahui yang demikian”.
dugaan yang qis lalui nie adalah dugaan yang sangat kecil. belum lagi jumpa yang besar2 lagi. perjalanan qis di dunia nie sangat panjang dan luas. kalau benda hal kecik nie pun qis dah mengalah, apatah lagi dugaan yang besar menanti? *hurmmm, baik!*. Allah swt hanya mengutuskan dugaan sekecil ini pada qis. so, qis kena la tabah dan kuat. lagipun, Allah swt menghantar dugaan mengikut kemampuan kita. Dia tak akan menyusahkan kita jika dugaan itu di luar kemampuan kita. 

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
[Al-Baqarah: 286]

saya baru teringat kata2 awak dulu, "selepas ini, bermulalah bermacam2 dugaan yang mungkin besar atau kecil. awak kenalah tabah menghadapi semua tu". awak juga cakap, "diorang ni memang sengaja nak tengok saya jatuh, tengok awak jatuh". pada mulanya saya tidak faham langsung. tapi bila dah jadi macam ni, baru saya faham semuanya. saya nak lupakan semuanya..everything pasal nie. saya akan buat tak endah. pegi mampus sama kau ye wahai musuh2ku. aku dah tak heran dengan perbuatan korang. korang nak buat apa pun buat lah, aku dah tak heran, seriously. aku dah cukup immune sekarang nie. pengalaman semua nie mematangkan diri aku sebenarnya. 

kepercayaan antara satu sama lain juga penting. walaupun apa yang berlaku, kita harus kena ada saling percaya. trust each other. jika hilang kepercayaan itu, musnahlah segala2nya. 

Dalam sebuah hubungan, andai tidak bersulamkan rasa kepercayaan, maka sukar untuk kita saling memahami antara satu sama lain. Malah buatkan kita merasa kekok untuk saling mewujudkan suasana keseronokan. Bila hubungan mula menjadi hambar, kita tak lagi saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

mulai hari ini iaitu 5 Jun 2013 jam 8.21pm, saya bangkit dari semua ini. saya akan lupakan segala2nya, mulakan semula kehidupan ceria saya, kembali ke diri saya yang sebenar.  hampir seminggu saya dalam kemurungan *sampai berat badan dah cecah 62kg..dahsyat!* saya akan kembali pada diri saya semula. InsyaAllah. :)

lovenota 1: thanks abg kaunselor! memang abg yang terbaik dlm hidup qis! :)
lovenota 2: sekolah dah nak mula, kerja tak siap2 lagi. mati! 

11 comments:

  1. weyyy...apedaaa... sedey2 apesal?? aku balik kg jumaat nih.. lalu je kt md taha tuh...tgk bumbung je la... hahaha

    ReplyDelete
  2. lol, den hado kek PD lg haa..bilo nk jumpo den neh..byk nk story2 haa..

    ReplyDelete
  3. ahad dh balik monceh lom?
    aku balik kl ahad... eh.. cmne nk borak lam gugel talk aa?? pueh aku carik..xjumpa aaa

    ReplyDelete
  4. ahd la den balek moncheh ha..haha..den pon xreti borak situu..hikhik

    ReplyDelete
  5. aku balik kl tgh ari... kalo ko dh smpai monceh.. cmner nk jumpa ko?? tggu kat pagar skulah??

    ReplyDelete
  6. email den weii..hado pi borak kt cni plak..haha

    ReplyDelete
  7. OWH...62 kg TU KIRA ABIS TERUK LA TU??...KUI KUI KUI....
    ~ LAGI BERAT DARI AKU DA.......
    MOHON MARAH DAN SAKIT HATI. TQ

    ReplyDelete
  8. email ko?? email ko ape??mane aku tau email ko..

    ReplyDelete
  9. @Amirul Nordin den baru baca..amirul ngok ngek! tak sedar berat 80kg..puihh!

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®