Saturday, December 11, 2010

:: Kelebihan Isteri tak Cantik ::


Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier..apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?

Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:

LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “peewwit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….

LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah. Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar. Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda. Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.

p/s: iye ke nie..hoho~~

sumber: google
Read More »

Tuesday, December 07, 2010

:: Ikan Todak ::

menu makan tengah hari kami pada hari ini..


iyeeee..ikan todakk..haha~~
tapi bukan besar seperti gambar atas nie..


uihh..besarnyee..tak mampu nak makan!


bukan jugak sebesar atas neh..haha..


besar cam gambar atas nie jee..
ok laa kan..hehe..

entah mana ayah aku dapat ikan nie pun tak tahu..
dari nelayan la kot..hehe..

aku tengok muncung die yang tajam tuh pun menakutkan je..
memang tak lalu makan laaa..
n aku nie memang susah nak makan ikan..
tak kira laa ikan apa pun..masak la apa2 pun..
tak akan dimakan..kecuali ikan goreng..
memilih ke aku nie..huhu..

nasib baik laa aku masuk kerja tengah hari.
so terlepas laaa dari kena paksa makan ikan todak..
sebab ayah kitorang memang suka paksa makan bende yang kitorang tak makan..
bestnyeee den terlepas..haha..

cube korang bayangkan..
apa akan jadi kalau ikan todak menyerang seperti gambar di bawah?


macam cerita "Singapura dilanggar todak"
seramnyee..hoho..

kalau ikan todak dah pupus..jangan risau yee..
sudah ada pengganti..
macam gambar di bawah neh..


(n_n)
Read More »

Saturday, November 20, 2010

:: Mr Nuffnang Merajuk laaa ::

wahai nuffnang ku sayang..
jangan la merajukk..
kesian kat balqis taww..
dulu BE balqis beranak pinakk..
seminggu selalu bagi 3-4 BE..
sekarang nie dah tak masuk daa..

kenapa Mr Nuffnang?
why why?
 jangan la cari awek lain..
kesian cik balqis..dala takde boipren..(hoho!)


sekarang nie tinggah 2 BE jee..

*NOKIA C3*


lawa kan pink nie..kalau dapat memnag best!

*DIGI Broadband*


tengkiu jugak laa pada advertiser nie..
kalau diorang takde senyap laa blog balqis nie..
sob3~~ (T_T)

yang nie pulak yang dah jadi ME..
tengkiu laa berjalan lame jugak kat blog balqis nie..
(n_n)


:: dah lama tak update pasal nuffnang..sebab tu takde BE kot..haha..lepas nie bagi BE kat balqis yee Mr Nuffnang..jangan majok2 lagi..love u Mr Nuffnang..chewahh!!! ::
Read More »

Tuesday, November 16, 2010

:: Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) ::

yahh..siapa yang tak check lagi?
rasanya semua dah check kan..haha..
i means rakan2 graduan Sarjana Muda Pendidikan seluruh malaysia..

dari semalam lagi aku check kat web KPM..
tapi takde keluar notis lagi..
petang tadi dapat mesej dari kawan2 kata dah boleh check..
aku ape lagi teruslah online..
(masa tuh kat pizza tengah kerja..lari terus ambil henpon nak online punya pasal!)

aku bukak laa laman web semakan
so..keluar la kenyataan seperti di bawah ini..

(tak jelas sila klik untuk lihat sampai lebam!)

yess!! dapat Negeri Sembilan! haha!
best la dapat tempat sendiri!
biar la orang kata tak keluar daerah ke ape ke..
tapi rasanya aku tak terokai lagi negeri sembilan nie..
baru je 6 tahun duduk PD..lagipun bukan duduk PD pun..
dok Perak blaja kat KMPk n UPSI haa..hehe..

lepas dapat tahu tu terus call JPN Negeri Sembilan..
so..diorang cakap taklimat akan dilakukan pada 22 November 2010..
di SK Wawasan di Seremban 2 pada pukul 8 pagi..
lepas habis taklimat baru tahu dapat sekolah mana and daerah mana..
so kena lah tunggu isnin depan..

tak sabar rasanya nak posting..
penat kerja pizza nie..haha..

:: kang dah berhenti kerja pizza mesti mengidam nak makan pizza..ishk2! ::
Read More »

Sunday, November 14, 2010

:: Award Blog Cantik ::

ohh..cantik kerr? haha..
ada je orang kritik sakit mata laa..
semak laa..
banyak bunga laaa..
berat laa..(memang pon! haha!)
 tapi ada jugak yang pandang blog balqis nie kn..
tengkiu pada semua visitor and nuffnangers..


lepas tu da dapat award nie kena jawab soalan dier:

berikan satu nickname untuk pemberi award:
ohh..nie siap bagi nama penoh kay..nurul hazwani..nickname wanie (saye pon wanie jugak taw!)
tapi orang panggil dia ayu..lari jauh dari nama asal naa..haha..

ucapan untuk pemberi award:
tengkiu very2 much laa bagi award pada blog balqis yang tak lah cantik sangat nie kan..hehe..

berikan 6 artis/band/ yang korang minat?
err..saya tak da kipas-susah-mati kat mana2 band pun..haha..

bagi award kepada 10 blog yang cantik dan cun:
yang ini akanku khabarkan bila BW kat blog korang..
(n_n)

:: sekarang nie tengah tunggu keputusan posting KPM..berdebar2 rasanya ::
Read More »

:: Lawak SAMDOL ::



SAM: Apa yang tak kena tu Dol? 
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah! 


SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu? 
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak? 
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut? 
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati. 


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit..

SAM: Hantu Bungkus! 
DOL: Kat mana? 
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? 
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu! 
DOL: Uih! kau terkejut tak? 
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. 
DOL: Mana kau tahu? 
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..


SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu.. 
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali. campurkan semua markah, dapatlah 200 markah


SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja? 
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer. 
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak. 
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat. 
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirap kau Dol? 
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan! 
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? 
DOL: Gula dah habis! 
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? 
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. 
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong! 


SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit. 
DOL: Biasalah tu, "consulation fees". 
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah. 
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah? 
DOL: Buat dono jer..

SAM: Aku ada AIDS? mana ada... 
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor? 
MURID: Francis Mild, cikgu! 


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! 
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi. 


SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase? 
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita. 
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"




sumber: google
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®