Sunday, June 23, 2013

Sekolah ditutup Esok (24 Jun 2013) akibat Jerebu

[updated (24 Jun 2013): link perkembangan jerebu terkini]

Jerebu: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup esok

Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok selepas dinasihatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini

sumber: bharian

Semua sekolah di Port Dickson ditutup esok

SEREMBAN - Semua sekolah termasuk sekolah agama, tabika dan tadika di daerah Port Dickson dekat sini ditutup mulai esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai paras bahaya iaitu 304.

sumber: sinarharian, bharian

Jerebu: 313 sekolah di Melaka ditutup mulai esok

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron berkata sehingga jam 2 petang semalam, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Bukit Rambai mencecah 456 manakala Bandaraya Melaka, 397. 

"Selepas mendapati bacaan IPU meningkat dua kali ganda dalam tempoh 24 jam, kita tiada pilihan selain menutup sementara 313 sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka bermula esok (hari ini). 

"Penutupan sementara adalah sehingga diberitahu kelak dan notis pembukaan semula sekolah akan dikeluarkan sebaik saja IPU bertambah baik," katanya pada sidang media khas mengenai perkara itu di sini, hari ini.

sumber: bharian

Jerebu: 117 sekolah di Kluang, Batu Pahat ditutup

Sebanyak 117 sekolah rendah dan menengah di daerah Kluang dan Batu Pahat membabitkan 134,872 pelajar masih ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih ditahap tidak sihat. 


Selain itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup apabila IPU mencecah 400. 

Bagaimanapun, semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula hari ini (Isnin)

sumber: bharian

Jerebu: Semua tadika di Melaka diarah tutup mulai esok

Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron berkata ia membabitkan semua institusi itu termasuk Tadika Perpaduan, KEMAS dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta milik swasta.

sumber: bharian

Jerebu: MB Pahang arah sekolah di Kuantan ditutup

KUANTAN 23 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian


sumber: utusan

******

semakin banyak sekolah ditutup ekoran jerebu yang semakin berleluasa sehingga ke Selangor dan Kuala Lumpur. Melaka pun dah diberi cuti. Port Dickson pun tutup jugakk. *haduyai~*. tadi pun mak Qis mesej, "esok sekolah kakak tutup tak?". mak nie, advance betol..hahaha. area Gemencheh still ok walaupun berdekatan dengan Melaka. tapi tak tahu la esok macam mana kan? lagipun sehari nie tak keluar rumah, tak tengok langsung macam mana keadaan luar tuh *mengular je dalam rumah..best!*. 

meh tengok lawak jerebu [link]

[updated: sudah disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia]


lovenota 1: ramai budak2 taha nak sekolah tutup esok..ishk3
lovenota 2: den kato kat diorang, "mimpi laaa sekolah nak tutup..haha!"


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®