Wednesday, October 29, 2014

Kawan terlibat dalam Kemalangan di Batang Melaka


pasangan warga emas maut, sinar harian
*klik pada gambar untuk penjelasan*

Pasangan warga emas maut

Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan - 29 Oktober 2014

Batang Melaka - Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Melaka, berhampiran Balairaya Batang Melaka, semalam. 

Kereta jenis Honda Civic yang dipandu anak perempuan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang guru lelaki *dalam paper tulis guru perempuan, sengal punya wartawan* SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh yang datang dari arah bertentangan. 

Namun, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian depan Honda Civic dinaiki warga emas itu, menyebabkan tiga kenderaan terlibat.

Kedua-dua warga emas dilaporkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka, manakala anak perempuannya dilaporkan parah dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

*****

Serba sedikit mengenai berita kemalangan yang melibatkan kawan saya *tiada dalam akhbar online, so kena taip sendiri..huhu*. agak seram dan dahsyat jugak la. kawan saya yang naik Toyota Vios tu. yang terkejutnya, sampai terbalik kereta Vios tu. dia sebenarnya dalam perjalanan ke Melaka menghadiri kursus. bila dah terlibat dengan kemalangan, terus tak jadi attend kursus. 

Alhamdulillah, beliau tak apa-apa. tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. kalau lihat pada gambar kereta Vios tu, paling kurang pun mesti ada cedera sikit kan? tapi Allah Maha Menyayangi dan Mengasihani beliau. eh, kawan saya nie baru jadi pengantin baru, belum sebulan lagi. darah masih manis orang katokauu. hehe. 

Jom kita layan gambar di tempat kejadian.

toyota vios kemalangan di batang melaka


toyota vios kemalangan di batang melaka

toyota vios kemalangan di batang melaka

toyota vios kemalangan di batang melaka

kemalangan honda civic merempuh toyota hilux

Saya pun pengguna Toyota Vios seperti kawan saya nie. bila lihat gambar macam nie, saya pun rasa seram jugak la. apatah lagi tuan punya kereta yang accident tu. semoga kawan saya nie dapat recover trauma accident tu secepat yang mungkin, dan boleh bertugas seperti biasa. tang kereta tu, memang sedih la. tapi masih belum dikira totally lost kot. tak pela Feedo, kereta tu pun dah merajuk sebab ko dah kahwin. so, ko tukar kereta baru la. sempena pengantin baru, kan? hadiah untuk diri sendiri. hehe :D


lovenota : malang tidak berbau..huhu

17 comments:

  1. Salam, jap2 sy macam konfius sikit..kiranya warga emas yg meninggal tu adalah ibu bapa kpd anak perempuan yg hilang kawalan tu ke? Ngerinya tgk pic yg last tu, dgn darah2 pun masih kat jalan.. :( Alhamdulillah kwn awk xpape, dah lah baru kahwin..ish3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela..anak perempuan yang bawa kereta, dia driver. ibu bapanya warga emas. meninggal di hospital. anaknya masih icu. harap2 perempuan tu selamat..huhu

      yang gambar last tu tak sure darah ke minyak. macam minyak. tak dipastikan pulak. hehe

      Delete
  2. bab mcm ni la takut...kadang bukan silap kite pon, tp terbabit sekali..mtk jauh la drp perkara2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kadang2 seram kalau orang potong kereta guna line kita. bahaya sangat. huhu

      Delete
  3. Minta dijauh2kan perkara macam ni....hhmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah :)

      1st tyme nie pingje.org datang melawat.
      tengkiu :D

      Delete
  4. moga Allah lindungi kita semuaa :) pemandu2 kenaa lebih2 berhati2 . skrg ni pun bila kita dah berhemah kat jalan raya . ada je pemandu yg xada sivik bawak kereta ke moto ke dgn cara bahaya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.
      kita dah berhemah pun. tp tula, malang tidak berbau..huhu

      Delete
  5. Nasib baik kawan tak pape2..tapi kesian dekat pasangan warga emas tu..minta dijauhkan bnda2 macam..takut..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..ajal maut semua di tangan Allah swt :D
      insyaAllah, semoga dijauhkan

      Delete
  6. Innalillahiwainnalillahirojiun..
    salam takziah kepada mangsa yg terlibat..
    walaupun tak kenal siapa yg terbabit dlm kejadian di atas, saya doakan mereka semua cepat sembuh baik dari kecederaan mahupun trauma.. kesian pada budak perempuan tu. sekelip mata saja hilang kedua orang tuanya.. :'(

    p/s : wartawan memang sengal. masa kes kakak saya masuk surat khabar pun, dia dok tulis melalut2.. banyak fakta salah, cerita salah. sudahnya nampak kakak saya yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..bukan bole percaya wartawan nie. cite nak sedap je. tak pikir dosa pahala. ishkk

      alhamdulillah kawan saya yang terlibat da sihat sejahtera. :)

      Delete
  7. teruk jugek vios tuu. seram. ayah kite kereta vios jugak.. sbb2 xde smgt nak amek lesen.. sbb excdent byk sgt.. jadi seram dibuatnya.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula. alhamdulillah kawan sy tak ada apa2. huhu..

      tapi kena aa amik lesen kete. nnt nak pergi mana2 senang :D

      Delete
  8. Ishh nasb kawan balqis xde pape... bab2 kemalangan ni mmg ngeri sgt..
    Walaupon kite dah berhati2 tp still bleh trlibat dgn kmlngan kan

    ReplyDelete
  9. Allahu. tengok camner vios tu terbalik pun saya takdpt imagine bagaimana keadaan sebenar. wuwuwuw

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®