Friday, October 10, 2014

Laporan Penuh Bajet 2015



#Bajet2015

Intipati Bajet 2015

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat"

Tujuh strategi utama:
  • memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi
  • memantapkan tadbir urus fiskal
  • mengupaya modal insan dan keusahawanan
  • memperkasa agenda Bumiputera
  • memartabatkan peranan wanita
  • membangunkan program transformasi belia negara 
  • mensejahtera rakyat


* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan. * Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion 

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion). 
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion) 
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014. 
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus. 
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015. 
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST. 
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion. 
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM. 

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta. 

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing. 

* Projek infrastruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion). 

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan. 

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan. 

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara. 

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi 

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'. 

* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 
* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera) 
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta). 
* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. 
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama. 
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar. 
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. 
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus. 
* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014. 
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat. 
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. 
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh. 
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik 
* RM800 juta diperuntukkan untuk aspek keselamatan, persekitaran pembelajaran dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan 
* Kos bil elektrik dan air semua sekolah jenis kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan dibayar sepenuhnya dengan siling RM5,000 sebulan berbanding kuota RM2,000 sebelum ini 
* RM3 bilion diperuntukkan untuk tajaan pelajaran - RM1.9 bilion melalui tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan (RM759 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM258 juta) 
* seramai 2.1 juta rakyat Malaysia telah mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM47.8 bilion, bagaimanapun, setakat 31 Ogos 2014, hanya RM5.36 bilion atau 46 peratus daripada RM11.76 bilion pinjaman telah dikutip. 
* Setakat 2010, seramai 174,000 peminjam PTPTN langsung tidak pernah membayar balik pinjaman, kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada mereka. 
* Rebat 10 peratus diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015 dan tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian sekaligus mulai hari ini hingga 31 Mac 2015. 


Merapatkan Jurang Digital
  • memperluaskan jalur lebar berkelajuan 100 mega bit sesaat terutama di kawasan bandar, yang memanfaatkan 2.8 juta isi rumah. 
  • bagi membolehkan masyarakat luar bandar menikmati faedah teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), sehingga akhir Jun 2014, sebanyak 4,737 Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) dan 431 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah diwujudkan di seluruh negara.
  • Sebanyak RM2.7 bilion akan diperuntukkan bagi pembinaan 1,000 menara pencawang komunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut. High Speed Broad Band (Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi),  di kawasan ekonomi berimpak tinggi akan diteruskan, meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara.

Memperkukuhkan Keselamatan
  • Pemasangan 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk di Sabah dan Sarawak menjelang November. 
  • Polis Diraja Malaysia juga telah membeli 1,800 unit motosikal berkuasa tinggi bagi Unit Ronda Bermotosikal Polis bernilai RM34 juta untuk diedarkan ke seluruh negara. Sejumlah 200 unit motosikal tambahan akan diedarkan sebelum akhir 2014; membina 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis. 
  • Angkatan Tentera Malaysia kini dalam proses memiliki peralatan pertahanan tambahan termasuk kapal peronda luar pesisir, pesawat dan kereta perisai
  • Eastern Sabah Security Command (Esscom), yang ditubuhkan pada 2013 susulan serangan pengganas di Lahad Datu, telah diperkukuh dengan penambahan kehadiran anggota keselamatan, membekal peralatan dan pembinaan balai polis baharu melalui penubuhan Briged Infantri Tentera Darat
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan dilengkapi dengan 7 buah kapal  peronda baru, kapal terbang, dan peralatan sokongan terkini.
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terus membantu mengekalkan keselamatan. RM117 juta disediakan untuk latihan dan bina upaya

Bantuan Persekolahan dan Baucar Buku 
  • meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi
  • sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.
  • meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia itu bagi tujuan pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar. Program ini diperuntukkan sejumlah RM325 juta.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
  • kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. bantuan itu akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
  • isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
  • kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan
  • menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun


Peruntukan Pendidikan
  • Memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran pada tahun hadapan.
  • merangkumi peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TEVT) untuk meningkatkan pengambilan pelajar .
  • bersetuju meluluskan RM100 juta dengan serta-merta kepada Kementerian Pendidikan untuk menempatkan 10,000 pelajar di kolej-kolej teknikal dan vokasional swasta. RM50 juta juga diperuntukkan kepada MARA bagi pelaksanaan Program TEVT


Program Transformasi Belia Negara 
  • mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui Program Felo Perdana, Parlimen Belia Malaysia dan Anugerah Remaja Perdana Malaysia, dan turut memperkenalkan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan belia.
  • program transformasi: Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank - belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan, sebagai sumber pendapatan utama mahupun sokongan
  • memperkenalkan Online Resource Centre dan penganjuran persidangan kesusahawanan sosial antarabangsa.
  • usaha meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Perojek Angkat Dan Upaya (PADU).
  • Program Agropreneur Muda: menyahut keinginan belia dalam bidang tani dan ternak. Program ini disasarkan untuk menjana pendapatan golongan yang terlibat sehingga melebihi RM5,000 sebulan.
  • kaji semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  • menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan Kem Uniti
  • mempergiatkan program kesukarelawan melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp yang menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosioekonomi


Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) 
  • menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah dengan peruntukan RM1.3 bilion.
  • had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.
  • Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.
  • RM644 juta diperuntukkan bagi Jabatan Perumahan Negara untuk membina 26,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).
  • Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.
  • melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta menaikkan had harga rumah daripada RM400,000 kepada RM500,000. Pengecualian ini diberikan hingga 31 Disember 2016.
  • had nilai harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM500,000 dengan had kelayakan umur peminjam turut dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.
  • Mengenai cukai keuntungan harta tanah (RPGT) akan ditaksir secara sendiri oleh pembayar cukai mulai tahun 2016.


Pengecualian GST
  • penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG dikecualikan
  • Berikut senarai barang makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST.
  1. Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport.
  2. Roti putih dan roti 'wholemeal'.
  3. Serbuk kopi, teh dan koko.
  4. Mi kuning, kuey teow, laksa dan bihun.
  5. Ubat-ubatan Pentung Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubatan ini adalah untuk kegunaan rawatan 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan.
  6. Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama.
  7. Surat khabar.
  • mengurangkan kadar cukai pendapatan individu antara satu hingga tiga mata peratusan, menjadikan 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai bagi tahun taksiran 2015. golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak perlu membayar cukai pendapatan.
  • mencadangkan lebih separuh daripada 944 barang dan perkhidmatan diberi penurunan harga hingga 4.1 peratus apabila cukai itu dilaksanakan. Antaranya ialah ubat-ubatan, barangan elektrik, produk tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi dan bahan makanan seperti beras, daging, telur ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.
  • penggunaan elektrik yang tidak tertakluk kepada GST dinaikkan daripada 200 unit pertama kepada 300 unit, yang akan memberi manfaat kepada 70 peratus isi rumah


Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
  • had kelayakan minimum pinjaman perumahan bagi penjawat awam dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000.
  • had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.
  • wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 pula dimansuhkan.
  • Kedua-dua cadangan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.
  • sebanyak 10,639 unit rumah sudah diluluskan untuk pembinaan projek PPA1M: membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya sebanyak 1,600 unit, Bukit Jalil (1,530); Papar, Sabah (1,290) dan Bukit Pinang, Kedah (960).
  • menurunkan harga minimum rumah yang berharga RM150,000 kepada RM90,000 seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi.
  • menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000 serta menyediakan dana mudah cara hingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.
  • menyediakan RM500 juta untuk membaik pulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan petugas kesihatan
  • sebanyak RM105 juta pula diperuntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penyelenggaraan kuarters kerajaan di bawah program My Beautiful Malaysia yang membabitkan 126 lokasi

Bonus untuk Penjawat Awam
  • bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.
  • pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
  • memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Seranta Felda, yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun dan tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.


Ahli Parlimen akan menikmati kenaikan elaun
  • berkuat kuasa 1 Januari 2015.
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.
  • elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
  • kerajaan telah mengambil keputusan supaya semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian. Ini termasuklah perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri


Meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan
  • pembinaan dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, serta 20 Klinik Kesihatan dan empat Klinik Pergigian, antaranya di Kuala Lipis, Pahang dan Kluang, Johor.
  • 30 Klinik 1Malaysia juga ditambah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya.
  • menempatkan 30 doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia
  • RM30 juta diperuntukkan bagi menggantikan 635 unit mesin haemodialisis di hospital dan klinik kerajaan. 244 buah mesin haemodialisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta 
  • RM30 juta diperuntukkan untuk mengagihkan sebanyak 55,000 kit ujian denggi kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan proses pengesanan awal denggi secara percuma.

Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan
  • RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • membantu golongan petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan
  • Empat inisiatif utama:
  • Pertama: mewujudkan 65 buah Pasar Tani kekal dan 50 buah Pasar Ikan yang akan beroperasi setiap hari di beberapa lokasi terpilih mulai tahun 2015 hingga 2017.
  • Kedua: memperkenal program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan, setiap minggu di 85 lokasi Pusat Operasi Urus Niaga FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan pasar tani terpilih di seluruh negara.
  • Ketiga: merancakkan penanaman dan tanaman semula pokok buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan selain memperhebatkan Program Jom Bertani supaya rakyat mengusahakan tanaman kontan dan sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri.
  • Keempat: kerajaan akan menyediakan geran pemadanan sebanyak RM100 juta kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan anggotanya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran.
  • Kerajaan juga akan memperuntukkan RM100 juta untuk tujuan mempergiatkan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di Rompin (Pahang), Batang Lupar (Sarawak), Kota Belud (Sabah) dan Pekan (Pahang) yang membabitkan kawasan tanaman padi seluas 26,905 hektar
  • Kerajaan akan memperuntuk RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang bagi melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutama semasa harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan.

Pembangunan Sabah dan Sarawak
  • Kerajaan memperuntukkan RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian 
  • memperuntukkan RM70 juta subsidi padi bukit.
  • membina klinik kesihatan baharu di Tenom, Sabah dan Lubok Antu, Sarawak dan menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau, Sabah.
  • menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Sabah.
  • membuka dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan tiga buah lagi di Sarawak. Ini menjadikan jumlah di Sabah sebanyak 16 buah dan 19 buah di Sarawak.
  • membina Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer membabitkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan RM27 bilion.
  • menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan membina sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mini bagi memudahkan urusan masyarakat di pedalaman dan bandar.


Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
  • Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) akan menjadi antara formula kepada perancangan dan penyediaan program RMK-11 yang akan bermula Mei 2015
  • akan menggunakan sumber yang terhad secara optimum, yakni menumpukan kepada projek dan program berimpak tinggi, kos yang rendah serta pelaksanaan secara cekap dan pantas.
  • Bajet 2016 kelak akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020

Golongan memerlukan dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Sejumlah RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan untuk keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan OKU. 
  • kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350 manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200
  • menaikkan pelepasan cukai bagi anak yang OKU daripada RM5,000 kepada RM6,000. Nilai pelepasan cukai yang sama turut diberikan bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU.
  • kadar makanan harian bagi 8,700 penghuni di 63 buah institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat dinaikkan daripada RM8 kepada RM16.
  • Geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta. 
  • penambahan 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara.
  • Semua program yang diumumkan tersebut adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM 2.2 bilion.
  • bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, akan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.

Pelan Tindakan Air Kebangsaan
  • mempelbagaikan sumber bekalan melalui penerokaan air bawah tanah, penggunaan semula air terawatt untuk industri dan pertanian serta meluaskan penggunaan storm water retainer system.
  • Bagi mengatasi kekurangan bekalan air di Lembah Klang, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan digiatkan dengan penglibatan kos sebanyak RM3 bilion. Ini mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari.
  • bagi mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil atau non revenue water, sebanyak RM112 juta ringgit diperuntukkan. Ia bagi mewujudkan zon kawalan kebocoran, kerja pengesanan dan pembaikan paip-paip bocor.
  • Kerajaan juga akan menyediakan "National Water Blueprint" bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang, termasuk pengurusan sungai secara holistik, pembinaan dan penambahbaikan loji-loji rawatan air.

Elaun sara hidup nelayan 
  • akan dinaikkan antara RM50 dan RM100 daripada RM200 sebulan sekarang, bergantung kepada zon masing-masing.
  • Bagi nelayan darat (yang terlibat dalam aktiviti akuakultur) sepenuh masa, buat pertama kalinya lebih 44,000 nelayan akan diberi elaun RM200 sebulan. 
  • peruntukan tambahan RM250 juta untuk membina dan membaik pulih rumah nelayan tahun depan, selepas memperuntukkan RM300 juta dalam Bajet 2012. 
  • Dalam menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan, perdana menteri berkata sebanyak 143,000 unit rumah mampu milik lagi akan dibina di seluruh negara. 

Perkhidmatan Pengangkutan
  • sediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja di Kuala Lumpur, iaitu tambang bulanan pada kadar diskaun 30%. 
  • 3 laluan bas yang beroperasi: Rawang-KL, Klang-KL dan Seremban-KL
  • sediakan perkhidmatan Electric Train Service (ETS) Ipoh-Butterworth bermula April 2015
  • menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti: melibatkan bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar


Memartabatkan Peranan Wanita
  • membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon timur, utara dan tengah
  • memberi peluang kepada ibu tunggal yang berminat dalam keusahawanan
  • teruskan Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT), Program Inkubator Keusahawanan Wanita dan Program Teras Pembangunan Wanita
  • Penjawat Awam; menambah baik Cuti Menjaga Anak dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin - untuk pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya
  • menggalakkan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta. 

Kemahiran Graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
  • hendaklah mencapai tahap minimum Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET) mulai tahun 2015
  • bagi kemasukan ke IPTA, tahap minimum band MUET dipertingkatkan mengikut bidang:
  1. Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 2
  2. Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) - Band 3
  3. Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 4

  • syarat bergraduan wajib mencapai:
  1. Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3
  2. Pengajian STEM - Band 4
  3. Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 5

  • sarankan IPTS melaksanakan langkah yang sama


sumber: Berita Harian, Harian Metro, Astro Awani


7 comments:

  1. Acik tak tengok pun baget tu...Acik terima je.

    Mohon singgah jap kat sini ye
    http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/happy-birthday-to-u-amy.html

    ReplyDelete
  2. amboii jadi pakar ekonomi plak

    ReplyDelete
  3. Qis!! sis JM suka budget tahun ni compare dgn tahun lepas sbb lebih byk manfaat utk rakyat

    ReplyDelete
  4. masih ada lg rasa terkilan sikit..huhu

    ReplyDelete
  5. nak tak nak... terima je bajet ni... yang penting dapat bonus tu dah syukur...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    ReplyDelete
  6. kerajaan mungkin rasa mereka dah buat yg terbaik utk kita..

    ReplyDelete
  7. Moga budget tahun ni lagi baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®