Friday, October 17, 2014

4 Wanita Berjemur Bogel Tanpa Coli di Port Dickson


Nokharomm betul. tahu la pelancong asing, tapi selamba je nak bukak bra @ coli. dah separuh berbogel topless bagai, lepas tu berbogel terus, dan berjemur sunbathing macam kat Hawaii pulak kan?

hello, ini Malaysia. bukan Hawaii!

Sesiapa yang memang ada kat Pantai Saujana Batu 4 hari Rabu tu mesti dapat tengok tayangan free, kan? dapat live nude di depan mata. ewww. hok aloh!

Polis sekarang pun sedang mencari 4 wanita yang berbogel tu. 4 perempuan tu patut kena saman disebabkan perlakuan tidak senonoh di tempat awam, iaitu mandi tanpa memakai pakaian di tempat awam. banned terus dari masuk Malaysia pun boleh juga. hoho. 

wanita bogel tanpa coli

wanita bogel tanpa coli

******

Berjemur Tanpa Coli


Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.



sumber : Harian Metro

*******

Polis cari 4 wanita berjemur tanpa coli di Port Dickson


PORT DICKSON: Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan. Jurucakap polis berkata, satu laporan mengenai perkara itu diterima pada 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.



sumber : Berita Harian

*****

Empat wanita `jemur' bogel di Port Dickson


Sinchew Daily melaporkan, empat pelancong wanita yang mempunyai rupa seperti warga Amerika Latin telah melakukan aktiviti `berjemur' dalam keadaan tanpa seurat benang. 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab. Khalid Mat ketika dihubungi akhbar itu melahirkan rasa terkejut selain meminta pihak media menyediakan gambar dan maklumat supaya siasatan dapat dijalankan. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku antara pukul 1 hingga 3 petang pada Rabu (15 Oktober) di Pantai Saujana melibatkan empat orang dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak. Salah seorang pelancong adalah berumur 40-an manakala tiga yang lain lebih muda. 

Difahamkan empat pelancong pada mulanya memakai bikini dengan tiga daripadanya berenang sementara seorang lagi berbaring dalam keadaan separuh bogel di pantai. Mereka pada mulanya berada dalam keadaan berwaspada dan akan memanggil rakan lain untuk membalut diri dengan tuala jika mengesan kehadiran orang asing. 

Selepas setengah jam, mereka semakin berani dengan menanggalkan pakaian atas sebelum menanggalkan seluar ketika mereka berbaring di pantai. Empat pelancong itu 'jemur' bogel selama hampir dua jam dengan dua daripada mereka memakai baju semula untuk membeli makanan ringan dan minuman di kedai berhampiran. Selepas membeli barang, mereka menanggal semula pakaian dan meneruskan aktviti 'jemur' bogel. Empat pelancong memakai baju dan bermain dalam air pada pukul 3 petang sebelum kembali ke hotel mereka di kawasan berhampiran. 

Disebabkan bukan hujung minggu dan ramai penjaja tidak berniaga, maka aktiviti bogel tersebut tidak dilihat oleh terlalu ramai orang. Namun begitu, `keberanian' empat pelancong ini tetap disaksikan oleh belasan orang termasuk mereka yang berniat mengintai. Selain sepasang kekasih, dua pelajar dan seorang penjaja aiskrim yang ternampak kejadian itu, tiga pekerja asing dari Bangladesh turut bertindak berenang ke arah empat pelancong seakan-akan mahu mendapat `pemandangan' terbaik



sad face cry


lovenota : tercemar bandar Port Dickson den! dah tak suci! cess!


16 comments:

  1. Kurang asam garam betull . Datang tempat orang dok wat taik -.- haishh , tak malu betul depa tuhh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama ponn omputeh..tak ada adab dan rasa malu..

      Delete
  2. orang yang tengok pun suka hati juga

    ReplyDelete
  3. manusia tak beradab macam ni... tak kisah kat mana pun. sabo je la

    jemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade segmen eh..nnt sy join eh. thnks invite :D

      Delete
  4. Astaghfirullah , Naseb Baek Omputih Kalau Melayu Tak Tahu Nak Cakap Apa, Semoga Kita Di Hindarkan Lah Pekara Yang Sebegini Ya . . Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu pun ade sebenarnye, tapi di tmpt2 tertutup..hihi :P

      Delete
  5. diorg ingt dh private sgt dh kot diaorang nk berjemur tu .huhu

    jom join GA MG :)

    http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/10/channel-set-perfume-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tp kn ade mamat 3 bangladesh yang dtg berenang dekat2 tu..xkn diorg x nmpk..hehe

      tengkiu invite. nnt sy join yer.. :D

      Delete
  6. dah terbiasa kat tempat sendiri macam tu..;

    ReplyDelete
  7. Tula... bace tadi jugak.. mcm2 peel la dorg nie.. suke2 hati je...

    ReplyDelete
  8. errr..betul-betul pencemaran ni..boleh buat orang sakit mata..haish, sabar je la..

    ReplyDelete
  9. i love u cik balqis

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®