Guru wanita yang dikhuatiri lemas di Sungai Muda, Sungai Petani, Kedah sudah ditemui lewat petang tadi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. bila saya lihat keadaan Sungai Muda yang berarus deras tu, rasa macam susah untuk dijumpai.
Yang menjadi persoalan saya, kenapa guru wanita tersebut mundar mandir di jambatan Syed Omar tersebut? lepas tu, dia berada si situ pada pukul 7 pagi di mana semua guru-guru di Malaysia sudah bergesas untuk ke sekolah? apa yang menyebabkan dia berhenti di jambatan?
Kenapa dia berdiri di atas paip jambatan? kenapa mesti berdiri di tempat yang bahaya? adakah dia memang dah plan untuk membunuh diri? ke ada orang yang menolak dia?
Tunggu dan lihat jela susulan berita ini nanti.
KHAMIS, 30 OKTOBER 2014 - 2.04 pm
Guru wanita dikhuatiri lemas di Sungai Muda
SUNGAI PETANI: Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa, Siti Hajar Bakar, 48, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi semalam masih dijalankan setelah usaha yang dilakukan sejak petang semalam oleh anggota penyelamat tidak menemui mangsa.
Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan Syed Omar berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam. Rosdi berkata pihaknya mendapat petunjuk mangsa terjatuh ke dalam Sungai Muda kerana ada kesan tapak kaki di atas paip besar di jambatan itu serta penemuan sebelah selipar yang disahkan milik mangsa.
Difahamkan, suami wanita berkenaan menemui kasut dan kenderaan mangsa di tepi jambatan kira-kira jam 9 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani. Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, wanita berkenaan disedari hilang oleh suaminya yang berusia 50-an, kira-kira jam 5.50 pagi sebelum lelaki berkenaan bersama penduduk mencarinya di sekitar taman perumahan yang didiami mereka, namun gagal. lelaki berkenaan kemudian pergi ke Jambatan Sungai Muda kerana mengesyaki wanita terbabit mungkin berada di kawasan itu sebelum menemui kereta dan kasutnya di atas jambatan.
Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini, datang ke kawasan kejadian dengan memandu kereta dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar.
KHAMIS, 30 OKTOBER 2014 - 6:02 PM
Mayat guru wanita jatuh jambatan di Sungai Muda ditemui
SUNGAI PETANI: Mayat seorang guru wanita yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Jalan Kuala Ketil dekat sini pagi semalam, ditemui petang ini. Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.
sumber : Berita Harian dan Harian Metro
entry terbaru yang juga berlaku di Sungai Muda:
> Bas Terjunam Dalam Sungai <
lovenota : al-fatihah
Innalillahiwainnalillahirojiun.. salam takziah kepada mangsa & keluarga mangsa :(
ReplyDeleteamin
Deleteinnalillahwainnalillahirojiun...
ReplyDeleteperkara dah nak jadi kan...?? hurm..
Ya-allah xsangka boleh jadi begini...ustazah ni dulu bekas jiran saya dekat tama sejati indah, lorong 7. saya selalu panggil dia cikgu ti...xsangka saya..
ReplyDeleteal-fatihah
Innalillah...memang sungai tu airnya deras.. slam takziah untuk keluarga mangsa
ReplyDeleteal fatihah.... ajal dan maut di tangan Allah cikgu..
ReplyDeleteInnallillah.. Memang persoalan2 tu akan timbul. Walau ada siasatan sekalipun, kalau tak ada saksi memang tak ada sapa tau puncanya.Alasan terjatuh tu biasa la... Memang tak logik, tapi itu alasan terbaik setakat ni.
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirajiu'un.
ReplyDeleteMashaallah, kenapa macam ni pulak jadinya.
Assalamualaikum dan salam singgah sini dear...Al-Fatihah dan salam Takziah kepada keluarga mangsa...
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi rojiun...insyaAllah pasti ada hikmahnya yang boleh kita pelajari..takziah kepada keluarga arwah.. :(
ReplyDeletekesiannya..takkan dia nak bunuh diri plak..hmmm..
ReplyDeleteAl-fatihah. Dah sampai ajalnya.
ReplyDelete