Monday, October 13, 2014

Internet dan Blogger Penyebab Antisosial!




Anda Penggemar Internet? adakah anda Pengguna Tegar Internet?

Adakah setiap kali anda buka internet - check email, buka blogger, facebook atau laman sosial yang lain, buka itu, buka ini - anda mengambil masa yang lama sehingga berjam-jam? jika betul, anda adalah seorang penggemar Internet. kalau tak ada internet, tak boleh hidup langsung, tak tentu arah, bosan dan yang paling penting anda boleh menghabiskan masa sehingga 8-10 jam untuk bermain internet.


banyak masa juga untuk stalker kat facebook


Ya, anda serupa dengan saya. hehehehee :D 

Maksudnya, saya kalau dah tak ada benda nak buat, tambah pula saya masih bujang, kan. contohnya pada hari minggu. malas nak keluar, rasa nak terperap di rumah; comfirm saya akan melayan internet. paling banyak masa yang saya luang adalah blogger. dah bertahun-tahun saya melayan blogger sehinggakan sudah sebati dalam diri saya. tapi, takde la setiap hari. bukan taksub pada internet. kerja rutin kena jalan jugak. kang kena buang kerja padan muko den..haha :P

Tetapi, ada yang berpendapat internet ini menyekat keperluan sosial kita dengan masyarakat. contoh artikel di Harian Metro di Gen Y iaitu "Bebaskan diri dari internet" mengulas mengenai beberapa orang yang asyik tertumpu kepada kemajuan teknologi dan mengabaikan tugas sosial.

Namun, itu juga membuktikan kita masih lagi bergantung pada Internet sepanjang masa. Me­ngikut kajian terbaru, 30 peratus populasi penduduk dunia sedang melayari Internet dan masa keseluruhan yang digunakan penduduk dunia melayari Internet dalam jangka masa sebulan pula bersamaan dengan 3,995,445 tahun. Manakala, setiap individu dianggarkan memperuntukkan 16 jam dalam masa sebulan melayari Internet. *erk..saya lebih dari 16 jam rasanya*

Bayangkan dalam sehari kita begitu taksub de­ngan Internet sehinggakan tiada masa untuk bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan. Bersosial di sini bukanlah bermakna kita perlu berhubung di alam maya, tapi berjumpa dan bersemuka di alam nyata untuk mengeratkan hubungan. kena lihat pandangan dua mata *eyes to eyes*, itu yang dinamakan hubungan sosial di alam nyata.

Justeru, kewujudan Internet ini bukanlah sesuatu yang begitu positif jika kita kurang bijak membahagikan masa dengan betul. Gen Y teliti beberapa kajian yang berguna untuk anda.

Melihat kandungan e-mel baru dan bersosial menerusi alam maya ketika sedang makan misalnya memberikan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Laporan daripada The New York Times mendapati individu yang kerap melaksanakan pelbagai kerja dalam suatu masa menyebabkan minda disekat daripada menjadi lebih aktif. Dengan erti kata lain, kurang produktif.

Mengikut kajian Institut Penyalahgunaan Dadah Antarabangsa, kekerapan menggunakan telefon pintar menunjukkan kesan yang sama dengan dadah seterusnya mewujudkan situasi antiproduktiviti. maksud di sini, internet menyebabkan ketagihan pada diri seseorang. apabila seseorang tu tidak dapat 'supply' internet, dia akan rasa tidak selesa, meracau, gian, sama seperti ketagihan kepada dadah.

Bukan itu saja, jika kita lihat dari sudut personaliti pula, menghabiskan masa bermain peranti dengan kerap boleh mewujudkan nilai negatif dan mengubah perangai seseorang. Buktinya, kajian dari Universiti Maryland mendapati pengguna tegar laman sosial kurang terdedah dan terbabit dengan aktiviti luar. Kajian yang dijalankan majalah Time pula menunjukkan pengguna tegar peranti mudah alih mempunyai sifat penting diri dan kurang keinginan untuk bergaul.

Masa perlu dibahagikan dengan baik dan seimbangkan waktu bekerja dan juga bersosial. Jika kita terlalu sibuk sehingga tiada masa diperuntukkan untuk keluarga dan rakan, langkah itu boleh memberikan tanggapan buruk orang lain pada kita. Ingat, kreativiti dan produktiviti bukan hanya dicapai melalui kerjaya tapi juga hobi dan aktiviti lain yang berfaedah.

Sebenarnya, penggunaan internet dan kegiatan aktiviti sosial ini adalah terpulang pada diri sendiri. siapa kata kita tak boleh seimbangkan? kita masih lagi bersosial dengan keluarga kita juga, dengan rakan sekerja, rakan-rakan sekepala. contohnya, kalau blogger-blogger anjurkan sesuatu aktiviti seperti Kelab Blogger Ben Ashaari tu. masih lagi berjumpa blogger-blogger di luar, masih lagi boleh meningkatkan kemahiran sosial antara satu sama lain juga. ada juga blogger yang dah jadi bestfriend pun. satu perkembangan yang positif juga.

Tetapi, jangan la kalau dah asyik mengadap internet tu, lupa keluarga, lupa anak suami/isteri, lupa boyfriend/girlfriend, lupa member-member. yang kaki gamers pun sama, asyik hadap dota 24 jam macam dah tak ada life pulak. komfirm lu kena tinggal nanti..hehe :D

Apa-apa pun, saya suka berblogging. anti ke tak anti, it's still my hobby.


ini part yang paling betul sekali..haha :P


lovenota : suka sangat aktiviti sosial dengan orang di alam nyata, orang yang tak suka kita sangat. sebab kuat bercakap tak henti-henti..pot pet pot pet..tettt~


20 comments:

  1. adoii,kena tang batang hidung.bila dah seharian menghadap internet memang kena cop antisosial la. hehe

    p/s : gambar stalking dengan showing things tu memang saya setuju sangat. ^_^

    ReplyDelete
  2. U got point here..
    Apa balqis kata mmg betul..tapi Annur ade asben n anak, memang spend time 2 jam je tetiap hari, start anak dah tido kul 8 mlm sampai kul 10.

    Love,
    Annur

    ReplyDelete
  3. @Cik Fafa
    kan. tapi tak kisah la, antisosial di alam nyata, sangat sosial di alam maya..haha :P

    ReplyDelete
  4. @Annur Syuhadah Naufal
    itu tanggungjawab hakiki. kena buat.
    yang bujang macam saya tu yang hadap 10jam tuh :P

    ReplyDelete
  5. menarik . budak2 kecik skrang ni pon dah pndai main tab , internet dll

    ReplyDelete
  6. @Mad Parihh
    tang budak tu yg kena pantau. nanti tak bergaul dengan budak lain. sangat bahaya

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. tak dinafikan juga kadang2 ada orang addicted to internet or choose to be blogger because sosial life dorang sangat memboSankan...

    *komen ini takde kena mengena dgn diri saya..

    hohohohohoho.. :D

    ReplyDelete
  9. tu la, risau jugak dengan generasi akan datang.. mesti dah x boleh hdup kalau xde internet sebab dah terbiasa.. nsb baik sy tak macam tu.. sy klu duk umah je baru main internet, kalau kat luar memang fokus dengan apa yg ada kat luar..hehehe..

    ReplyDelete
  10. Betoi3... kakak setuju ngan Balqis. Semuanya teepulang pada diri sendiri asalkan jangan lupa tanggungjawab. Dan paling setuju 200% ngan Kelab Ben Ashaari tu. Lagi banyak aktiviti telah dilakukan trmasuk amal jariag. Kita dah macam adik beradik lak even just di alam maya je. Salam kenal dik

    ReplyDelete
  11. saya pon hadap blog setiap hari..tapi kerja, kerja umah tetap kena jalan..kena tahan diri..
    berbanding setengah orang yg mengadap whatAp sampaikan tengah makan sama2 pon dia asyik tenung telepon..sampai kita ni tak tahu nk buat apa...henpon saya pon ada internet & canggih tp takdelah sampai macam tu sekali..emm..

    ReplyDelete
  12. setuju balqis
    ade kenal dgn sorg pakcik ni ok sibuk gn laptop sepnjg hari..
    dok perap dlm bilik
    ajak keluar jalan [pon malas
    tak kalau prgi rumah anak mesti bawak laptop and broadbnd
    ase taklgkap idop kalau xde internet ni

    ReplyDelete
  13. ramai setuju eh? haha..tengkiu support entry nie :D

    ReplyDelete
  14. saya mmg anti sosial,sblm saya terjebak dlm dunia maya pun mmg saya mcm tu. ada masanya it mmg menjadi punca manusia lupa pd realiti. sya blh hidup tanpa intenet,bila terdesak sngt na google pasal sesuatu bru gunakan itnt. so nasihat sy berpada2 la guna,jangn terlalu obses sampai jumpa saudara mara pun nak hadap gajet o lyn sosial network segala.

    ReplyDelete
  15. Terpulang kepada individu dan blogger itu sendiri sebenarnya kan..

    ReplyDelete
  16. Memang satu hari tak masuk dunia sosial ni macam tak senang duduk. Macam saya kerja opis, balik rumah sibuk dengan husband dan anak-anak. Tapi masih sempt beronline. Kena pandai adjust masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kne pndai uruskn masa. good job mama :D

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®