Gambar budak ditelan ular sawa di FB palsu
Kuala Lumpur: Penyebaran gambar yang mendakwa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditelan seekor ular sawa di Kampung Tualang, Perak adalah palsu. Jurucakap Pengurusan Korporat Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, gambar yang disebarkan itu adalah kejadian di Kampung Kindu, Tuaran, Sabah, baru-baru ini.
Menurutnya, seorang remaja mendakwa rakannya ditelan seekor ular sawa bagaimanapun ia adalah sekadar rekaan. “Difahamkan remaja terbabit ke kawasan itu bersama rakannya untuk mencuri ikan tetapi disedari oleh pemilik kolam itu. Remaja terbabit kemudian mereka cerita rakannya ditelan ular sawa bagi melepaskan diri,” katanya
Katanya, gambar ular yang diletakkan bersama gambar kejadian terbabit adalah palsu kerana ia adalah jenis Anaconda berasal dari Amerika Selatan dan bukannya ular sawa.
“Gambar itu adalah carian internet yang diletakkan bersama gambar kejadian bagi menyakinkan orang ramai berhubung perkara itu,” katanya.
Menurutnya, pihak bomba berharap orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu kerana ia hanya akan menimbulkan kerisauan.
duh, dah tak ada cerita lain ke nak goreng? ada pulak cakap kawan dia kena telan ular. tak pasal-pasal satu malaysia dah tahu. disebabkan mencuri 5 ekor patin je lu olang bikin malaysia panass maa..haha.
saya memang tak percaya pun. tengok sisik ular dah tahu, ini bukan ular Malaysia. ular sawa batik pun coraknya lagi cantik dari ular yang ini.
mungkin, rasanya tukang buat cerita tu mimpi ular malam tadi. tu pasai la dia pi cita pasal ular..hahaha.
apa maksud mimpi kena patuk dengan ular?
mimpi dikejar ular atau dipatuk ular. jika anda masih bujang ertinya ada orang akan meminang atau jodoh anda semakin hampir. tetapi jika anda telah berkahwin. ertinya anda akan memperolehi kebaikkan dan kebahagiaan.
lovenota : ada tak yang mimpi kena patuk ular? tettt~
mcm2 laa org zaman skg.. nape xckp mati lemas ke.. errrr -.-'
ReplyDeletehahaha aah ade org ckp gitu.. tp ade org ckp gak law mimpi ular tanda2 buruk akan tjadi.. tp jgn pcye sgt laa.. ***kite salu mimpi ular.. xkawen2 pon smpai skrg.hahahahaha
hahah..kne mimpi ular besor kut baru bole kawen..hihi :P
Deleteperghh besar betul . kebulur sangat dah ular ni
ReplyDeletelapar katenye..haha
DeleteKan cik balqis
ReplyDeleteTak pasal2 je penyebaran palsu..
Tu yg malas nk percaya cite2 gini...
Issshh budak2
cari pasal namenye..
DeleteTerkejut jugak bila baca berita pasal ni..rupa2 nya palsu..haish, susah nak percaya berita zaman skrg ni..kebanyakan semua rekaan semata-mata..
ReplyDeletesemua benda kan di hujung jari.
DeleteSapa la yang pandai-pandai buat cite ni??? Gerunnya tengok ular tu...
ReplyDelete