Ramai yang dah tahu mengenai berita tergempar di mana seorang pelajar Tingkatan 3 iaitu Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, jatuh dari siling Dewan Serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di Kangar, Perlis. pelbagai spekulasi yang mengatakan punca mengapa pelajar itu sanggup memanjat siling dewan sekolah.
Menurut berita dari Berita Harian hari ini,
Tiada elemen buli kematian pelajar jatuh siling di Kangar
KANGAR: Polis Perlis hari ini mengesahkan tiada elemen buli dikesan dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari siling dewan sekolahnya di sini, pagi semalam. Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan dilakukan terhadap guru dan rakan mangsa di sekolah itu pagi tadi.
"Hasil siasatan menunjukkan tiada kemungkinan mangsa dibuli. Sebaliknya, polis akan terus menyiasat kemungkinan pelajar itu memanjat ke siling dewan yang dikatakan untuk mengambil bola takraw kerana mangsa dan rakannya dikatakan bermain sepak takraw berdekatan dewan ketika sesi pendidikan jasmani sebelum waktu rehat," katanya.
Sejak semalam pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian menimpa pelajar terbabit, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, termasuk ada yang mendakwa mangsa dibuli rakan sekolah sehingga terpaksa memanjat siling setinggi kira-kira 12 meter untuk mengambil bekas pensilnya sebelum terjatuh sehingga maut.
***************
Yang saya nak cakapkan di sini, tak seharusnya orang ramai menunding jari kepada guru sekolah semata-mata. ya, ada salahnya jugak tapi guru Pendidikan Jasmani tu sorang je. nak jaga budak sampai 30 orang satu kelas. kadang-kadang terlepas pandang la jugak kan. cikgu bukannya robot boleh scanning sorang-sorang pelajar depan mata dia. cikgu pun manusia biasa jugak.
Yang saya hairannya, berani pulak diorang pi panjat siling dewan sekolah tu. kenapa tak bagitahu pada guru? ingat ya adik-adik, jangan buat tindakan sendiri. apa-apa pun haruslah mengadu pada guru anda tak kira bahaya ataupun tidak. ikut peraturan sekolah. itu yang paling penting.
Pihak sekolah perlu tegas? nak tegas macam mana ye? peraturan sekolah dibuat oleh kementerian, bukan sekolah. so, kami para guru nak tegas dok mana. memang kita dah pong pang pong pang cakap macam-macam pasal peraturan sekolah. jangan buat itu, jangan buat ini tapi budak-budak, tahu jelah. ada yang degil, ada yang tak dengar kata. guru pun sekarang nie nak sentuh pelajar pun pikir sejuta kali. takut kena saman berjuta-juta karang. siapa nak bayar? sekolah? kementerian? kirim salam lah!
Zaman nenek atok kita dulu, guru sebat @ rotan pelajar pun ibu bapa tak ada melenting. sebab dah tahu kalau kena sebat oleh guru ada sebab la tu. kalau mengadu kat ibu bapa, lagi dapat sebat free untuk kali ke dua. zaman saya dulu pun macam tu jugak. memang takut betul dengan cikgu. takut kalau cikgu mengadu kat ibu bapa, kut-kut kena sedas lagi. sekarang? ibu bapa manjakan anak sangat. menyampah pulak rasa.
Berkaitan dengan gambar di atas, memang dah jadi kebiasaan pelajar nakal suka sorok-sorok barang kawan-kawan dia. budak nak mengusik kawan dia, memang sampai menyorok barang, pensel, beg pun diorang boleh sorok. tapi kalau kes jatuh siling nie, macam mustahil je sorok pensil box kat siling. jauh betul lokasi sorok dia. wallahualam.
Tapi, polis dah cakap, tiada unsur buli terhadap kes ini. mungkin benar pelajar tersebut mengambil bola takraw di atas siling. dah timbang tinggi sangat, mungkin tersangkut di kawasan berdekatan dengan siling. saya pun tak pasti. tunggulah siasatan polis nanti.
Innalillahiwa'innalillahirojiun.
**********
update:
Muhammad Hakimi bukan dibuli !!
Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, laporan mengenai kejadian mangsa Muhammad Hakimi Zukefli, 15, jatuh dalam keadaan tertiarap bersama kotak pensel miliknya adalah tidak benar. “Apabila polis sampai, tidak ada kotak pensel di tempat kejadian. Bagaimana pula ia boleh dikaitkan dengan kes buli sedangkan rakaman percakapan guru-guru dan rakan-rakannya juga mendapati tiada unsur buli berlaku.
“Tak mungkin ada orang sanggup panjat dan meniti siling bumbung itu semata-mata untuk menyembunyikan kotak pensel, malah kalau ia dilambung pun tak akan sampai kerana ketinggiannya hampir 40 kaki (12 meter),” katanya.
Jelas Abdul Rahman, dakwaan mengatakan mangsa cuba mengambil bola takraw juga tidak berasas kerana bola takraw dipercayai hanya melantun di atas atap anjung di hadapan dewan. “Dia dan rakan-rakan bermain sepak takraw sebelum waktu rehat pada 10.30 pagi, ada dua biji bola melantun ke anjung tersebut tetapi guru tidak benarkan pelajar bermain naik mengambil bola itu.
“Selepas dua kali bola takraw melantun ke anjung, mereka bersurai tetapi Muhammad Hakimi tidak bersama rakannya yang lain sebelum ditemui maut di dalam dewan itu pada jam 11.15 pagi,” katanya.
Siasatan awal mendapati mangsa menaiki tangga di bahagian pintu belakang berhampiran pentas tidak dikunci, namun polis masih menyiasat bagaimana mangsa meniti siling ke lokasi dia jatuh.
lovenota : memang risau kalau pelajar tak masuk kelas. takut jadi kes macam nie la..huhu.
Semoga keluarga pelajar tabah atas dugaan ini
ReplyDeleteterharu bila dia hargai pencil case dia... ini kalau betul la andai apa yang diperkatakan... innalillahiwainnalillahirojiun...
ReplyDeleteish mcm2 kes skrg ni
ReplyDeletetapi btl jugak
mane bleh nak salahkan cikgu sgt...
skrg tugas guru dah tak mcm dulu da...
dulu cikgu dok rotan pon takde jadikan isu
skrg kene cubit sikit da kene repot
takott btl dgn mak bapak skg ni
@Anonymous
ReplyDeletetakziah kpd keluarga mangsa
@TunSha Ayunie
ReplyDeletekita pun x pasti mana satu cite yg sebenar..huhu
@hidayu ayumie
ReplyDeletebetul tu..setuju.
cikgu yg da takut kt mak bapak..aishhh