Thursday, October 30, 2014

7 Tajuk Berita Malaysia bertukar menjadi Filem Seram


Disebabkan beberapa isu yang telah melanda Malaysia, UiHua mencetuskan idea mengenai tajuk filem yang mungkin menjadi cerita seram *ahaha* yang berasal dari tajuk berita isu-isu terkini sepanjang tahun 2014.

Tak faham? jom kita lihat apakah tajuk filem seram tersebut:

1. Naik of the Living Costs @ Naik dari Kos Hidup

Naik of the Living Costs



Dibintangi oleh: Joe Rakyat, Najib Razak



cerita ini kononnya mengisahkan suasana 'Government Strike Team' @ GST yang menyelubungi minda seluruh rakyat malaysia.

2. I Want To Touch a Dog @ Saya nak Pegang Anjing

I Want To Touch a Dog

Dibintangi oleh : Ibrahim Ali, Syed Azmi, Johan Jakim

Filem ini mengisahkan kononnya sebuah batu meteor yang terhempas di salah sebuah kampung yang terpencil. setelah disiasat, yang terhempas itu adalah alien yang dinamakan "Dog" yang boleh membuat bunyi hipnosis untuk mengawal pemikiran penduduk kampung. bunyi hipnosis ini menyuruh supaya penduduk kampung menyentuh makhluk yang tidak berbahaya ini. 

3. UPSR III

UPSR III

Dibintangi oleh : Muhyi Deen, 473 000 pelajar Darjah Enam 

Seorang budak lelaki yang bernama Muhyi Deen terjaga dalam satu lingkaran masa di mana beliau mengulang peperiksaan setiap hari. Dia menyedari bahawa jika sesiapa pelajar Darjah Enam yang menyatakan apa-apa mengenai pengulangan peperiksaan ini didapati akan hilang pada keesokan hari. Bila dah asyik ulang peperiksaan yang sama pada setiap hari, pelajar mengambil keputusan untuk gam diri mereka pada kerusi di dewan peperiksaan. Mereka berharap supaya episod bagi Trilogi Peperiksaan UPSR akan berakhir. 

4. Lusa


AlorSetarring: Muhyi Deen, Jonathan Slangor, Abu bin Klang, Mariam Kedah

Dari pengarah terkenal di Trilogy Peperiksaan UPSR, Lusa ditayangkan selepas kanak-kanak lelaki yang tidak bernama (peranan disimpan untuk pelakon yang cemerlang Muhyi Deen) lulus ujian dan tiba pada hari lusa. Dia mendapati bahawa aktiviti magnetik dari planet jiran telah menyebabkan lingkaran berterusan iaitu kemarau, tornado, dan asap hitam menyelubungi bumi. Selain itu, penduduk telah berubah menjadi zombie.

5. Killer Choc

Killer Choc

Dibintangi oleh: Azwanddin Hamzah, Nadzim Johan, Hana Histeria

Penyelidik dari sebuah pusat penyelidikan swasta menemukan bukti uji kaji genetik secara haram di sebuah makmal terbengkalai terletak berhampiran tasik. Selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku, mereka mendapati diri mereka terperangkap dan diganasi oleh seekor buaya kacukan dengan DNA babi (untuk kebijaksanaan) dan biji koko (supaya ia tidak pernah tidur). 

6. The Boogelman

The Boogelman


Dibintangi oleh: Alvin Tan, Vivian Lee, orang telanjang.

Seorang lelaki cuba untuk meyakinkan ahli psikologi bahawa makhluk mitos yang dikenali sebagai The Boogelman adalah benar dan akan membunuh semua pereka dan pengeluar pakaian melalui mesin jahit raksasa untuk menukarkan dunia menjadi telanjang. 

7. I Know What You Wrote Last Summer

I Know What You Wrote Last Summer

Dibintangi oleh: Susan Loone, Azmi Sharom, Chow Mun Fai, Adam Adli

Berdasarkan pepatah orang Melayu mengatakan "Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta minta pula hasutan", empat sahabat berjuang untuk kebebasan mereka kerana mereka diburu oleh seseorang yang berjubah. Ketika mereka mulai menghilang satu demi satu, mereka mempunyai pilihan yang lain: terus berjuang atau diam dan dengar, atau listen! listen! listen!

nak baca sinopsis filem yang penuh, terus ke link di bawah:

rasa macam merepek kan? hahaha. lawak petang je ponn.

ha, itulah isu-isu yang terjadi dalam sepanjang Tahun 2014
tak faham? pegi Google ye? :P


lovenota : kejap je dah nak habis 2014..cepat je nak cuti sekolah..tettt! XD

18 comments:

  1. hahahahaha.. adoi. tadi rasa takut nak buka akak pnya entri ni.. rupa-rupanya kelakor..

    kreatif betul dorang ni. XD

    ReplyDelete
  2. best2 belaka . x sabar nak tengok hahaa

    ReplyDelete
  3. Kreatif betul tajuk citer di atas.

    ReplyDelete
  4. amboi.. filem2 ni takleh bla kan ;p

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hehe. nasib baik faham. ade jgk yg xfhm..hihi :P

      Delete
  6. wakakaka.. gelak terguling2 saya baca sinopsis movie2 ni.
    kalau betullah ada, saya sanggup borong semua tiket yg ada..
    confirm box office filem ni. hoho..
    paling lejen; filem Naik of the Living Costs : It wont stay down! Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih..memang support filem malaysia nie..hahaha
      bagus2 XD

      Delete
  7. Hahahaha....hasil rentetan dari isu-isi semasa dalam malaysia. Laku ni kalau buat filem

    ReplyDelete
  8. Uishhh...mmg hot tajuk2nya..
    Harap x jadi kontroversi pulak.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®