Thursday, October 16, 2014

Sekolahku Terbakar!


Sedih woo bila baca sekolah lama kita terbakar akibat kenakalan dan kedegilan pelajar-pelajar zaman sekarang nie.


Pelajar sekolah bakar bilik darjah


KUALA LUMPUR – Akibat tidak puas hati dengan pertengkaran yang berlaku di laman sosial, seorang pelajar nekad membakar sebuah kelas dan menconteng bilik darjah serta koridor dengan perkataan kesat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di sini kelmarin.


Pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut dipercayai seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang menyimpan perasaan dendam terhadap sekumpulan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nabila berkata, kata-kata kesat yang diconteng di koridor kelasnya menyasarkan kepada pelajar-pelajar tertentu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Asmadi Abdul Aziz berkata, percakapan guru-guru itu akan diambil secepat mungkin bagi membantu polis melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian dan siapakah individu yang bertindak ala samseng dalam kawasan sekolah.

“Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh dan sedang mencari individu yang terlibat dalam perbuatan gengster ini sehingga mencetuskan kekecohan di sekolah terbabit,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian tersebut telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan ibu bapa atau waris pelajar yang bimbang sekiranya terdapat anak-anak mereka terpengaruh dengan gejala tidak sihat di sekolah, malah ada sebahagian lagi ibu bapa bimbang anak-anak mereka terancam dengan kegiatan samseng itu. Bagaimanapun, kata Asmadi, sehingga semalam belum ada suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu atau tangkapan.

Difahamkan sekolah tersebut mempunyai ramai pelajar dalam kalangan anak-anak polis yang tinggal di sebuah kuarters di Setiawangsa.


sumber : Kosmo!

******






Samseng nampak! Apesal sampai kena bakar-bakar kelas pulak? nak dendam pun sekurang-kurangnya tak perlu merosakkan harta benda sekolah. sangat berani ye budak tu. vandalism tu tak perlu. sekarang nie tak pasal-pasal polis cari si tukang vandalism tu. kalau gaduh dendam bara api sekalipun kat facebook tu, sudah-sudah kat situ jela. kenapa nak bakar kelas pulak? ada kena mengena ke? hairan betul.

Tidak dinafikan memang SMK Taman Setiawangsa kebanyakannya adalah anak-anak polis majoritinya di samping kawasan keluarga orang-orang kaya dan juga majoriti pelajar Melayu. dulu memang tinggal kawasan ini disebabkan ayah saya yang juga seorang polis, dan membesar di Setiawangsa. kawasan kuarters polis pun ada banyak; Kelumpuk Cempaka, Kelumpuk Melati, Kelumpuk Kenanga, dll *diorang main nama bunga..hehe*. sebab itu akhbar tu mengatakan majoriti pelajarnya anak polis. anak askar sekolah lain, SMK Desa Tun Hussein Onn, Wangsa Maju. berkemungkinan ini disebabkan pelajar Melayu, anak Melayu kita. sangat sedih la sebab anak Melayu jadi begini. haihh

lencana sekolah. awesome!

Saya bersekolah di sini sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dari tahun 2000-2013, 3rd batch SPM pada tahun 2014. banyak sangat kenangan manis, pahit, lemau, masham, yang ada di sekolah neh. zaman baru nak kenal apa itu cinta *ehem!*, zaman bersama kengkawan. paling best and tak pernah dapat lupa, zaman di mana saya terlalu suka skodeng seorang mamat admirer saya. aloh, malunya bila teringat balik. haha. tapi sekarang kami masih berkawan. masih lagi ye.  kut-kut boleh usha kan..hoho!

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa dan sebab pelajar tersebut membakar bilik darjah SMKTSW. rasa-rasanya lah kan, punca berlakunya kejadian bakar bilik darjah nie mungkin disebabkan masalah cinta la kut. cinta tiga segi la tuh..mungkin la kan? sebab ada nama perempuan yang diconteng pada papan putih kelas tu. dia tulis "Fuc U Wani 5M. Thx pinjam meja" dan ade contengan "Ale Uto". 5M tu adalah kelas 5 Maju di Blok C, sebab tu polis dapat tahu pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan 5. dah la nak SPM 2 minggu lagi, buat perangai pulak diorang tu.

Semakin lama remaja sekarang nie semakin teruk, attitude teruk, sikap teruk, pelajaran merosot. memang dah tanda-tanda akhir zaman betul. huhu


lovenota : makin menakutkan je pelajar zaman sekarang. huhu

12 comments:

  1. Ya Rabbi.. apa lah nk jadi dengan anak2 remaja kita ni :(

    ReplyDelete
  2. ishh3, berani sungguh. dok ikut perasaan sangat sampai camni pun boleh jadi. haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. agaknya dia tak sedar diri lagi kot.

      Delete
  3. -_- Hahaha, tak berani nak cakap lebih-lebih. tsk.. tsk. teruk akhlaknyaa~

    ReplyDelete
  4. Budak skarang tak takut ape..main redah ikut suka korang je..hmm..teruk juga terbakarnya tu..

    ReplyDelete
  5. Dah gaya macam gangster. Kita plak yang takut bila jadi gini.

    ReplyDelete
  6. sbb diorg tak pikir pnjg. main buat x pkir kesan pd dri sndri..huhu

    ReplyDelete
  7. akak anak polis juga ke? hehe

    saya baru sempat nak baca berita ni, aduhai..terlepas,berita dah basi..
    tak apalah..so sya nak komen..

    lain kali nak bakor2 tu pi masuk bomba,tolong orang padam kebakaran,pergi bakar buat apa kan dah pencemaran dan mencacatkan harta awam..
    lagi satu,bergaduh pun face to face la jangan bakar2 atau buat benda yg tak ada faeah,bukan ke lagi menyakitkan hati kita? huhu

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®