Wednesday, November 05, 2014

Kes Buli Pelajar Asrama Lagi




rupa-rupanya ada dua video buli yang disebarkan di internet. semalam saya dah share satu video dari pelajar singlet hitam yang membelasah 9 pelajar lain. 

Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah <

kali ini video kedua dari pelajar yang masih lagi tidak ketahui dari sekolah mana, di mana klip video itu berdurasi 6 minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

teruk dah nie. kejadian buli semakin menjadi-jadi. nauzubillah!




Mangsa buli itu dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh beberapa sekumpulan lelaki dan dia berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu.

kurang ajar pembuli tuh!

tunggu la polis dapat cari korang. korang berjoget la kat penjara nanti



Polis siasat lokasi video buli pelajar


Rabu, 5 November 2014 @ 8:14 PM

Polis sedang mengenal pasti lokasi dua video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial baru-baru ini. Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit dalam dua klip video berkenaan.

"Pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.


Manakala sebuah lagi klip video berdurasi enam minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. 


Rabu, 5 November 2014 @ 10:22 PM

Tunggu tarikh pertuduhan kes buli di Perlis

Kangar:"Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar lelaki di dalam bilik asrama di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain. Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan. Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.

Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu pihak pendakwaan bagi membuat pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan. Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.


Khamis, 6 November 2014 @ 1:27 PM

Pembuli di asrama dibuang sekolah

Kangar: Pengarah Pendidikan negeri (JPN) Dun Kasa sahkan dua daripada tujuh pelajar sekolah menengah berusia 14 dan 13 tahun yang membelasah seorang murid tahun lima di sebuah asrama di Jejawi, Kangar seperti dalam klip video disebarkan di Internet sudah dibuang sekolah.

Katanya, beliau hanya mengetahui dan dimaklumkan mengenai dua pelajar itu dibuang sekolah tetapi tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana bukan di bawah pengurusan JPN. Kedua-dua mereka juga mempunyai kesalahan disiplin lampau dan tindakan diambil bukan hanya berikutan kejadian buli itu.

Menurutnya, mangsa juga masih belajar di sekolah yang sama dan menginap di asrama berkenaan. Dun berkata, lima pelajar lagi termasuk dua yang dibuang sekolah kerana membelasah mangsa juga perlu menghadiri kaunseling bagi tempoh tertentu.


5 remaja mengaku salah merusuh di asrama anak yatim di Perlis

KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 - 5:44PM 

TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini. 

KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim pada 24 Mei lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad.

Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Sumber : Harian Metro dan Berita Harian




Inilah wajah adik Noor Azhar bin Saad mangsa buli di asrama anak yatim jejawi Perlis. Yang comel di sebelah beliau adalah adiknya. Semoga adik ini dapat meneruskan kehidupan normal seperti biasa, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat insyallah.

Pertubuhan kebajikan Anak Yatim Perlis,
Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, 
Jejawi Dalam,
02600 Arau, Perlis.
Tel : 04 - 9763455
Fax : 04 - 9763455

Person in Charge: En Ali Ismail

sesiapa yang ingin membuat sumbangan/derma boleh hubungi mengikut nombor yang tertera di atas.  wassalam.


lovenota : saya tak tengok video tu. tak sampai hati!

Read More »

Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah


Kes Buli Budak Singlet Berwarna Hitam di Asrama Sekolah


hampeh punya budak!

semua orang dalam dorm tu dibelasahnya!
ganasnya dik! suka tengok wrestling eh..nak join WWE?

apa yang kau tak puas hati nie dik? 
sampaikan semua orang jadi mangsa kau nie.
yang hairannya, cameraman atas katil double-decker nie tak kena pulak. 
oh, mungkin dia sekutu kau kot. 

adik, kat asrama tu boleh la jadi ketua pembuli 
kat luar asrama nie, orang pandang kau tu kecik je dik.
tunggu la sehingga polis jumpa kau dik,
tengok siapa belasah siapa pulak masa tu yer




Klip video selama 4 minit 37 saat itu yang tidak diketahui tarikh rakaman atau lokasi kejadian itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh laman Facebook yang menggunakan nama > Amran Fans <. Ia memaparkan nasib sembilan pelajar lelaki yang menjadi mangsa belasahan kira-kira lima pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh dan dirakam seorang lagi rakan mereka.

Malah salah seorang pelajar berpakaian baju dalam hitam terus bertindak agresif dengan membelasah kesemua mangsa berulang kali tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan kesemua mangsa ketakutan dan hanya mampu menangis teresak-esak.

"Kenapa kamu menangis?," kata pelajar samseng itu sebelum bertindak terus memukul seorang daripada mangsa berkenaan.

Klip video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu dikongsi lebih 14,200 pengguna sehingga kini yang rata-ratanya marah dan mendesak agar pihak berkuasa menyiasat berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pengurusan Maktab Mahmud di Padang Terap, Alor Setar, Kedah menafikan kejadian buli yang dimuat naik menerusi satu video di laman sosial Facebook, malam tadi berlaku di sekolah berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar membuat lawatan di bilik asrama lelaki Maktab Mahmud Padang Terap, hari ini dan turut menafikan kejadian itu berlaku di sekolah berkenaan berdasarkan perbezaan yang terdapat di dalam video terbabit.




semoga pihak polis dapat mencari asrama tersebut terutama cari ketua Buli tu, pelajar yang pakai singlet hitam tuh. geledahlah asrama lelaki di seluruh Malaysia, tak kira Asrama Penuh atau Sekolah Harian. 


[update]video kedua kes buli di asrama:

> Kes Buli Pelajar Asrama Lagi <


Polis nafi video buli di MRSM Balik Pulau


Rabu, 5 November 2014 @ 3:58 PM

Balik Pulau: Polis menafikan video membabitkan sembilan pelajar menjadi mangsa buli dalam sebuah bilik asrama yang tersebar luas dan menjadi viral di Facebook berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis sudah menjalankan siasatan terperinci selepas meneliti video berkenaan dan mendapati ia bukan terjadi di MRSM berkenaan.

"Kita sudah melakukan siasatan sejak dua hari lalu dan mendapati video ini bukan membabitkan kes rusuhan pelajar MRSM berkenaan yang berlaku pada 22 Oktober lalu. Selain itu polis juga turut melakukan siasatan di asrama lain di sekolah di daerah ini dan mendapati kes berkenaan bukan berlaku di kawasan Balik Pulau," katanya.

sumber: Harian Metro dan Berita Harian


[update]: sesiapa yang terbaca di blog lain mengenai pendedahan wajah pembuli singlet hitam seperti gambar di bawah adalah palsu. itu adalah tidak benar.


Si Amran Fans nie saje je melawak. 
buat prank pada si kaki update yang kejar traffic *erkk*




tapi betul kata Arman Fans tu, tunggu info yang sahih dari media baru la sebarkan pada orang lain. ini tak, jumpa cerita pelik-pelik sikit update tanpa ada kesahihan berita. kononnya nak jadi orang pertama yang update cerita kat media. last-last, kalau salah malu sendiri. jangan gelojoh update benda yang kita tak pasti lagi ye.
peringatan untuk semua blogger di luar sana. :D


fikir-fikirkanlah :D


Khamis, 6 November 2014 @ 3:07 PM

Buru pembuli `singlet hitam’ sampai dapat

Kuala Lumpur: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan sumber pertama yang menyebarkan klip video berdurasi 4 minit 37 saat yang memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja bersinglet hitam memukul pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama bagi membolehkan pihak polis mengetahui lokasi kejadian dan mengenal pasti mangsa dan suspek yang terbabit dalam insiden itu.

"Kami mohon kerjasama mangsa yang dibuli supaya tampil kerana ia akan membantu siasatan pihak polis," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini lokasi sekolah berasrama itu masih belum dikenal pasti namun sudah mengarahkan setiap ketua polis negeri dan pesuruhjaya polis negeri mengenal pasti lokasi kejadian.

Sehingga kini, polis tidak menerima sebarang laporan polis membabitkan penyebaran video berkenaan selepas ia mula menjadi virai di laman sosial.

Pembuli ‘singlet hitam’ dikenal pasti

Khamis, 6 November 2014 @ 7:09 PM

Kuala Lumpur: Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu. Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin. Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya.

Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.


say NO to bullies!


lovenota : asrama sekolah saya tak guna katil jenis nie. hoho XD

Read More »

Tuesday, November 04, 2014

Pelajar marathon yang hilang ditemui Mati

Ahmad Rafikin Azman

Ahmad Rafikin Azman, Pelajar lelaki SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu yang menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu hilang pada Ahad lepas sudah ditemui tetapi sudah meninggal dunia. Innalillah. 

Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu


Memang dah boleh sangka keputusannya. kalau pihak bomba dah cari di seluruh ceruk hutan tetapi masih tak jumpa, memang kita boleh dapat berita yang buruk. sebab saya target, kalau tak ada di hutan, mesti akan ada di celah-celah sungai atau batu. dan betul tekaan saya. huhu.


Pelajar hilang ketika sertai maraton di Sekayu ditemui mati


  

SELASA, 4 NOVEMBER 2014 @ 7:13 PM



ANGGOTA pasukan keselamatan turut serta membantu mencari Ahmad Rafikin Azman di sekitar anak sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.

KUALA TERENGGANU: Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu selepas tiga hari operasi dijalankan.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.

Pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu mati akibat lemas


RABU, 5 NOVEMBER 2014 @ 6:10 PM

KUALA TERENGGANU: Laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, menunjukkan kematian akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir, berkata menerusi bedah siasat di Hospital Hulu Terengganu, pihaknya tidak menolak mangsa telah meninggal sekitar 72 jam (3 hari) sebelum mayatnya ditemui di celah batu oleh anggota penyelamat petang semalam.

"Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa," katanya.


sumber: Harian Metro dan Berita Harian


Ada sumber di blog yang mengatakan mayat arwah dijumpai dalam keadaan duduk di celah batu, tetapi tidak disebarkan di media. iye ke? macam tak je..ishkk


dan ada juga cerita di blog yang mengatakan seorang ustaz membuka pintu ghaib di kawasan tersebut. entah la, saya pun tidak pasti kesahihan cerita tersebut.

dan yang terbaru, saya menjumpai gambar lokasi sebenar arwah Ahmad Rafikin Azman ditemui. itu pun tak pasti jugak sebenarnya. dalam berita pun tak diwar-warkan. 



lovenota : Ajal maut di tangan Allah swt


Read More »

Monday, November 03, 2014

Tips Menjawab Peperiksaan SPM 2014


Hari ini bermulanya saya menjadi pengawas SPM di sekolah daerah saya. 
fuhh, mengantuk tauu!

Siapa cakap jaga budak exam nie best? Yang bestnya dapat duit jer..tapi yang tak bestnya masa jaga exam tu mengantuk giler. Rasa nak terlelap jugak la walaupun sambil berjalan. Uwarghhh..masih mengantuk lagi nie. hoho XD


Kertas SPM hari ini adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. Budak sekolah nie ramai yang tidur.. zzz.. karangan la katakan. Buat ayat sikit da give up. Karangan pendek 2-3 perenggan je. lepas tu zzz, pergi jumpa puteri bunian mana entah dalam mimpi.



Tips-tips semasa menjawab peperiksaan

Jangan pula tulis jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan yer adik-adik. ada student tadi salin soalan pada kertas jawapan. tak perlu salin soalan, terus pada jawapan anda. lenguh juga nak tegur sorang-sorang tadi.



jangan sesekali tinggalkan ruang kosong pada kertas jawapan. cuba jawab sedaya-upaya anda, kot-kot jawapan tersebut mungkin akan diterima oleh pemeriksa, kan?


tak ada guna handphone atau mana-mana talian hayat sama ada secara maya atau nyata. haha, kut-kut ada guna khidmat sms ghaib dari alam yang ghaib itu kan. no no no!





Jawab soalan secara tenang. jangan dok kalut sampai berpeluh-peluh. nanti semua idea dalam kepala boleh hilang begitu saja.


Luahkan semua yang ada di dalam otak dan akal fikiran anda semasa menjawab soalan, terutama soalan yang melibatkan esei. tulis setakat yang anda mampu. 


kalau soalan berbentuk JOB (Jawapan Objektif), pastikan anda memilih jawapan yang logik dengan soalan. jangan kaitkan jawapan dalam kehidupan harian anda.



Akhir sekali, 
jawab peperiksaan anda dengan yakin!


Jangan pulak ikut tips di bawah. 
nanti kena tangkap kerana meniru, habiss~



saya sertakan beberapa doa yang anda boleh amalkan: 

Doa sebelum masuk ke dalam Dewan Peperiksaan


Doa ketika menerima Kertas Soalan


Doa ketika sukar Menjawab Soalan


Akhir kata dari saya, semoga berjaya! :D



lovenota : sekarang da makin busy tanda kertas peperiksaan, aktiviti BW mungkin akan dihadkan..huhu :( 

Read More »

Love is #4 | Like and Dislike



like and dislike? suka dan tidak suka?

adakah itu caranya kalau perempuan marah? 
aa..betul la tuh! 
hahaha XD

saya mengaku :P 
si dia pun setuju..cess! 
dia selalu cakap, saya nie kepala angin, panas baran..
bla bla bla..
nasib baik dia macam air..sejuk sikit.

dan-dan la awak macam air kan? 
air la sangatttt~


lovenota : malam nie gaduh, esok baik semula. kami memang gila :D

Read More »

Sunday, November 02, 2014

Langgar Kereta Sebelah Banyak Kali Semasa Reverse


Langgar Kereta Sebelah Banyak Kali Semasa Reverse

‘Worst driver in China’ repeatedly hits nearby car




ini adalah kisah benar.
seorang lelaki China cuba untuk reverse keluar dari tempat parking kereta dan dengan sengajanya dia melanggar kereta sebelah.
lihat jela cara dia reverse, dengan sesuka hati dia cuba nak keluar dan melanggar kereta sebelah beberapa kali. bukan sekali tetapi 10 kali dalam masa 10 minit.

sengal ke apa driver tu? 
habis calar kereta orang, kereta dia takpe la, 
dia yang tak reti keluar reverse. tanggung sendiri la. 
kereta orang tu macam mana? 


reverse kereta


dan ini bukan pemandu wanita, tetapi pemandu lelaki.
ya, driver kereta itu adalah lelaki. 
adakah lelaki kurang mempunyai perasaan bertanggungjawab? tak ada etika? hihihi


langgar kereta accident kemalangan

tetapi ini berlaku di China, bukan di Malaysia ye.
tapi, ada je driver Malaysia yang buat macam tu, ye dak?
susah nak cari driver yang jujur.
kalau dah terlanggar, lari terus. 


lovenota : kereta saya pun terkena seperti dicalarkan oleh kereta lain. tetapi siapa?

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®