Sunday, September 14, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 14: Cerita Kasut Saya


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari

nak skip beberapa entry. tak larat jugak nak cover entry yang tak buat-buat lagi tu..hehe


Day 14, sila abaikan gambar perempuan bikini di atas..hehe


Hari 14 : Cerita Kasut Saya


bila buat BW tadi, rata-rata semua cerita pasal kasut diorang. macam-macam stail ade..hehe. saya tak rasa nak cerita pasal kasut sendiri..tapi pasal kasut yang berubah mengikut peredaran zaman.

tahun 1987, saya dilahirkan. kasut saya sangat comel


beberapa tahun kemudian, dah boleh berjalan sendiri


bila dah reti lompat-lompat, main lari-lari, dah pakai kasut canggih sikit. jalan sikit dah ada lampu lip lap lip lap berwarna warni.


apabila menjangkau umur 5 tahun, dah pergi tadika dengan kasut sekolah


balik dari sekolah, pakai kasut yang ada satu roda sambil main kejar-kejar dengan kawan-kawan


bila dah masuk sekolah rendah, kasut yang digunakan masih lagi kasut ala budak-budak, main tarik-tarik..guna kaki pun boleh tarik


lepas balik sekolah sarung selipar, ambil selipar adik mak ayah main baling selipar pulak.


dah naik sekolah menengah, dah tak pakai kasut ala budak-budak yang main tarik tutup tu. main kasut tali pulak. lepas tu nak jenama Jazz je. pengaruh orang KL kot..haha!


bila dah rasa besar sikit, tak best ikat tali kasut cara biasa. disebabkan kreatif sangat masa tu, ikat tali kasut cara tikar. masa tu semua kengkawan pandang hebat la. susah nak ikat kasut macam tu, katanya la..hehe


petang-petang kat kawasan perumahan main kasut roller blade. kalau rajin, turun kat gelanggang bola keranjang kat Taman Setiawangsa main pusing-pusing kat situ. kalau jatuh tu jangan kira, banyak kali dah berdarah lutut sebab main kat jalan tar. haha


bila dah habis zaman persekolahan, masuk matrikulasi setahun pada tahun 2005. dah mula berjinak-jinak pakai kasut perempuan. maksudnya pakai kasut tumit tinggi @ high heels. tapi yang tumit rendah je. kalau tinggi tu tak stabil. komfirm jatuh kalau pakai. oh, ini semua pengaruh room-mates. memang girly la dia. tu yang terikut..hihi. 



bila masuk zaman Universiti pada tahun 2006, tak larat nak pakai tumit sangat. kadang-kadang je. tapi bila dah Semester 4 ke atas, pakai kasut kanvas memanjang. pergi kuliah pakai seluar track dengan blous dan kasut Converse. keluar jalan-jalan pun kasut kanvas. dan masih ikat tali tikar tu. simple giler..haha


bila sudah graduation, dapat posting pada tahun 2010. kena tinggalkan zaman kasut Converse, mula memakai kasut perempuan balik. alih-alih, sehingga kini saya pakai kasut rendah, atau soft-heels


banyak koleksi saya kasut rendah macam nie. bila pakai pergi kerja, sangat selesa. boleh jalan cepat-cepat, nak lari pun boleh. sebab tu suka pakai kasut macam nie..hehe.


panjang pulak story pasal kasut ye. hehe :)


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

20 comments:

  1. ikat kasut gaya tikar, teringat zaman sekolah menengah dulu. hehehe

    ReplyDelete
  2. panjangnya cerita kasut dia..:)

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar kasut-kasut tu.

    salam perkenalan dari ciklaili.com

    ReplyDelete
  4. cantik gambar2 kasut tu
    ...hehehe

    ReplyDelete
  5. kreatif laa cite pasal kasut ni...

    http://hanamarsom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. @muhammad zarin
    dulu kasut sy semuanya macam gambar tu la.. :P

    ReplyDelete
  7. kiut sangat entry cerita kasut saya nih....siap kronologi tuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. Ty masih pakai kasut ikat tikar!

    ReplyDelete
  9. @Yan Ty
    untung aa ley pakai kasut ikat tikar lagi..hehe :D

    ReplyDelete
  10. MCM best je buat cabaran camni..nk ikot bley ? :D

    ReplyDelete
  11. Haha.. cantiklah kasut last sekali tu.. hihi..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®