Saturday, September 06, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 6: Apa yang Anda Makan hari Ini


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari



next challenge!

Hari 6 : Apa yang Anda Makan hari ini?

makan? haha. tak tahu pulak ada dalam list #Cabaran30Hari nie. disebabkan saya mengamalkan Diet Atkins, kebiasaannya saya hanya makan sayur dan ayam. ya, saya hanya makan sayur dan sumber protein dan mengurangkan karbohidrat. ramai yang bertanya pada saya, boleh hidup ke tak makan nasi? eh, saya la buktinya. hidup lagi sampai sekarang ape..hehe. tapi kadang-kadang terlanggar jugak syarat-syaratnya, mana tahan tengok kuih..nak juga rasa walaupun satu ketul. hihi :P

Apa itu Diet Atkins?

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

korang rasa korang mampu buat? hehe

Empat Fasa Penting Diet Atkin

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
  • Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
  • Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
  • Pre-maintenance 
  • Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. tapi sebenarnya tahap Induction nie la yang paling susah sekali nak buat sebab ada je yang kita termakan kan? so, kena disiplinkan diri untuk jaga tahap Induction kita kalau nak kurus.

Semasa 2 Minggu Induction:
  1. Elakkan nasi, mee, mihun, laksa, lasagna, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
  9. Pizza? Makan topping sahaja.
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Makanan Yang Diharamkan Selama Induction
  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, etc.
  2. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, etc.
  9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan?

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus! 
macam mana nak tahu? kena belajar kira karbohidrat la.


Itu sahaja info secara ringkas mengenai Diet Atkins. tapi, sejak sakit nie terlanggar la pulak semua makanan yang diharamkan di atas. hehe. takpe, nanti dah sembuh kena mula balik diet nie. memang berkesan pun. 


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Friday, September 05, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 5: 3 Perkara yang ingin katakan kepada Bekas Kekasih


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari



cabaran yang ditunggu-tunggu..haha! 



Hari 5 : Tiga Perkara yang Anda ingin katakan kepada Bekas Kekasih



rasanya semua blogger suka dan tertunggu-tunggu cabaran ini. kita boleh cakap sesuka hati kepada bekas kekasih kita. well, saya pun memang tertunggu-tunggu cabaran ini. sebab saya memang nak cakap macam-macam pada dia. bukan 3 je, tetapi  banyakkk!

  1. Bayar hutang secepat mungkin. kenapa liat sangat nak bayar hutang? dah setahun pun tak settle-settle lagi. nak kata tak ada duit, gaji 5k sebulan. lebih kut dari 5k. tak termasuk elaun lagi. so, apa yang susah sangat? tak mampu ke? sebelum ko sihat dan hidup nie, lebih baik cepat-cepat settle hutang tu. kalau tak, 'bayar' di akhirat la ye.
  2. Hidup nie hanya sementara. jangan terlalu suka-suka mempermainkan hati perempuan. tipu sana tipu sini. apa yang ko dapat? dosa adalah. semua orang ditipunya termasuk tunang dia. eh, tunang ke? tunang tipu..haha. alah, aku dah tak peduli dah. lantak pi hang la labu!
  3. Aku juga berharap, apa yang terjadi pada aku tahun lepas, akan terjadi pada anak perempuan ko. wait and see. it's karma beb. what goes around comes around. pada masa itu, nak menyesal pun tak berguna lagi. semua dosa-dosa ko pun aku takkan ampunkan sampai bila-bila. TERLALU BESAR! 

sekian, terima kasih.


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Wednesday, September 03, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 4: Buku Kegemaran Anda


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari



its time to Day 4

Hari 4 : Buku Kegemaran Anda


buku kegemaran? lol. banyak! saya seorang yang suka sangat membaca buku tak kira ilmiah ataupun tidak. tapi yang bukan ilmiah la yang paling banyak termasuk novel-novel cinta. baru perasan sudah lama saya tak buat review novel kan? memang tahun nie sangat tak sempat nak baca novel. novel-novel baru kat rumah mak sangat banyak yang belum dibaca. harap-harap akhir tahun nie sempat la baca semua tu ye..hehe.

tapi, antara banyak-banyak buku yang saya baca, paling suka atau favorite ialah komik. yep, serius komik. hahaha. mesti uolss terdetik kan, tak padan dengan umur tapi baca komik lagi. well, ada aku kisah? haha

favourite komik yang harus dan wajib dibeli:


Detective Conan! opkos! haha!

hampir kesemua siri Detective Conan yang saya sudah beli. kalau pergi kedai buku Popular, mesti singgah tengok komik baru. sekarang nie, komik saya da terlalu banyak hinggakan terpaksa simpan di dalam kotak. hehe.

kenapa suka Detective Conan? well, saya suka kes-kes yang challenging seperti dalam detective conan. susah hendak meneka siapa pembunuhnya. memang takkan dapat teka punyalah. kadang-kadang suka scene di mana Conan terpaksa menjadi Shinichi. dan moment-moment Ran mengingati Shinichi, betapa tulusnya cinta Ran terhadap Shinichi *jiwang siot*.  

*drama wedding*

suka juga lihat Heiji asyik bergaduh dengan Kazuha..sweet couple gitu.

tapi kan, kenapa saya rasa last-last nanti Shinichi akan bersama dengan Haibara eh? rasanya-rasanya macam tu je. sebab sepanjang Shinichi menjadi Conan, dia sentiasa kerap bersama Haibara. sekarang pun rasanya Haibara sudah suka kat Shinichi kan? itu yang tak sabar nak tahu episod seterusnya. 


*Conan dan Haibara selalu bertelagah jugak*

saya suka juga tonton drama siri TV Detective Conan. saya ada juga koleksi drama TV tu, tapi yang terbaru tak sempat nak download. tengok di youtube pun, yang terbaru tak ada lagi. hari tu, ternampak juga Filem Detective Conan di pawagam. tapi incik meow tak mau tengok filem tu. terpaksa tunggu kat internet la seperti biasa. 


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |


Read More »

Cabaran 30 Hari # Hari 3: Sesuatu yang Menguatkan Anda


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari



let's go for day 3

Hari 3 : Sesuatu yang menguatkan anda


quite tough entry. macam-macam perkara yang boleh menguatkan kita tak kira apa jenis sumber. contohnya, untuk teruskan hidup bagi seorang ibu tunggal adalah anak-anak mereka. bagi orang yang sakit, sesuatu yang menguatkan dirinya adalah ubat dan doa. 

bagi saya, apakah sesuatu yang menguatkan saya? setelah beberapa minit termenung, sesuatu yang menguatkan saya adalah mak saya sendiri. kalau mak saya tiada, apa jadi pada diri saya? entah. mak adalah segala-galanya bagi saya. kalau saya dalam kesusahan tak kira dari segi apa pun, mak saya ada datang membantu. kalau saya tiada, siapa yang nak tolong mak dalam kehidupan hariannya? 

kadang kala mak bising juga bila saya tidak balik ke kampung pada hujung minggu *seperti minggu ini*. mak cakap mak bosan, sunyi duduk seorang diri *walaupun ada kucing ada arnab..hehe*. tapi tugas saya di sini kadang kala membantutkan diri saya untuk pulang ke kampung halaman. 


*si putih yang sangat nakal*

pernah saya suakan supaya duduk sekali bersama saya di sini, tetapi mak fikirkan kerja dan adik bongsu saya yang masih belajar di kolej. mak kata, "kalau mak tak kerja siapa nak bagi adik kau tu duit?,". saya sendiri gagap nak jawab, sebab saya sendiri baru kerja, gaji pun tak sebesar mana untuk menampung perbelanjaan adik. 


*my siblings*

dalam hati saya doakan supaya Allah swt memberikan kesihatan yang baik kepada mak saya sehingga ke akhir hayat. memang mak sorang SuperMom


agak sayu entry saya. *sob sob sob*



Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |


Read More »

Tuesday, September 02, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 2: 5 Cara Memenangi Hati Anda


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


sudah hari ke-2 *dan-dan la hari kedua ek? hoho!*


Hari 2 : Lima cara memenangi hati anda


oh, 5 cara je? sebenarnya banyak! 

paling and most way to attract girl, korang google mesti jumpa punya. haha. 

yeah, for other metropolitan girl, caranya termasuklah belikan cincin diamond, *blink blink blink* kan? tak pun belikan kereta porsche baru, kondominium mewah etc etc etc. eh, ada ape perempuan macam tu. cuma tak tunjuk kat orang jer. dalam hati korang pun mesti ada yang nak cincin berlian kan? tipu la tak nak! haha!


but for me, the 5 easy way to win my heart :
  1. berikan hadiah berbentuk suprise. dari keadaan marah berangin nampak hadiah terus cair weyh! memang takkan jadi marah, terus senyum suka. hehe. hadiah tu bukannya kena mahal, even food such as chocolate pun dah ok. 
  2. selalu belanja makan. tak kira di mana-mana pun asalkan makan. i love to eat. haha
  3. sembang mengenai perkara yang saya suka. contohnya, cerita pasal kucing. memang tak berhenti cakap pasal kucing. 
  4. belanja shopping. itu benda biasa. tapi saya memang suka shopping. belikan kasut ataupun handbag, takpun belikan shawl or blous, memang hati kembang kuncup menerima dengan ikhlas. hehe.
  5. holiday @ bercuti. pergi picnic tepi pantai pun dikira bercuti jugak. as long as release tension, itu dinamakan holiday bagi saya. 

itu je caranya. simple just like me. nak yang susah pun ada. haha


see u at other next challenge.

Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Monday, September 01, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 1: Gambar baru dan 5 Fakta


#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari

Cabaran 30 Hari ek? orait!




Hari 1: Satu gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri anda


well, that is my new picture. was taken last 2 weeks kut. hehe. 


5 Fakta mengenai diri saya?
  1. specky-girl all time except tidur la. power spek takde la kuat sangat tapi dah biasa pakai spek kalau baca buku pun. 
  2. kuat tidur. haha. itu memang tak boleh disangkal lagi. incik Meow pun cakap benda yang sama. favourite hobby~
  3. careless @ cuai. kalau ada barang kat tangan, then singgah mana-mana tempat for sure and very sure tertinggal barang tersebut. barang yang selalu-selalu sangat ditinggalkan adalah kunci kereta. fav sangat! sampaikan semua orang dah tahu kalau nampak kunci kereta  yang tertinggal, tahu dah tu kunci kereta siapa. kalau tak kunci kereta, pendrive angry-bird kaler merah tu. duh!
  4. garang macam singa di sekolah, tetapi fun-happy-person di luar. sampaikan ada sorang kakak tu siap cakap, "kat sekolah mesti tak garang nie. sebab suka sangat bergurau dan ketawa". haha! silap la akak, saya nie kan bila lalu je di kelas-kelas, semua budak di koridor lari lintang pukang masuk kelas tau! padahal main jeling-jeling je dengan diorang tu. hebat tak aura saya? ngee!
  5. suka berblogger tapi kureng BW. suka je taip-taip, cerita macam-macam tapi kalau BW tu rasa liat sikit. bukan liat actually, tak sempat nk BW sangat..hehe

itu je yang boleh diceritakan. dah dia mintak 5 kan. nak fikir 5 fakta pun sangat susah. hehe. jumpa di cabaran lain.


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®