Saturday, November 15, 2014

Love is #7 | Alone and Sad



sometimes i sit alone at night
and i feel sad and not sure why..

lovenota : nak pi nangis bawah bantal sat

Read More »

Bukti Imej Satelit MH17 Ditembak


Russia beri bukti imej satelit MH17 ditembak jet pejuang Ukraine

  SABTU, 15 NOVEMBER 2014 @ 12:26 PM

mh17 ditembak
STESEN televisyen Rusia, Channel 1 menyiarkan imej satelit yang didakwa kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine.

MOSCOW: Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara. Ia berikutan tersebarnya imej satelit yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat penumpang dengan yang disiarkan oleh stesen televisyen utama Russia sejak malam tadi. Laporan itu mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat (AS) atau British.

Penyampai TV, Mikhail Leontiev mendakwa, imej yang diberikan oleh sumber misteri itu menunjukkan bagaimana pesawat pejuang Mig-29 memusnahkan pesawat penumpang Boeing. Bagaimanapun, Barat berulang kali menyatakan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Moscow dengan menggunakan sistem peluru berpandu BUK buatan Russia.

Manakala Russia pula mempersoalkan kehadiran pesawat yang tidak dikenali ketika nahas itu berlaku, namun Ukraine dan Barat mendiamkan perkara ini.

Penyampai saluran Kremlin berkata: "Hari ini kita mempunyai semua bukti untuk mengandaikan jenayah itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu memusnahkan pesawat berkenaan. Dan oleh mereka yang bersungguh-sungguh menyembunyikannya, mempunyai maklumat lengkap mengenai insiden itu."

Rancangan luar biasa itu muncul apabila pemimpin Barat termasuk David Cameron berjumpa dengan Vladimir Putin berhubung nahas MH17 menjelang bermulanya Sidang Kemuncak G-20 di Australia.

Sementara itu, Channel One mendakwa: "Kami mempunyai rakaman yang menarik, kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine."

Laporan sebelum ini menyatakan peluru berpandu BUK sebagai punca kepada tragedi itu.

"Untuk memendekkan cerita, ia kelihatan seperti tidak ada peluru berpandu BUK dan tiada pelancaran dari tanah. Terdapat berpuluh pakar dan ribuan saksi amatur, namun tiada seorang pun yang mengakuinya," dakwa Leontiev.

Naib Presiden Persatuan Jurutera Russia, Ivan Adrievskiy, berkata: "Kami lihat gambar yang diambil daripada ruang angkasa daripada orbit rendah. Kebiasaannya imej berkenaan imej itu diambil untuk tinjauan am udara dan darat. Koordinat imej itu bermaksud kita boleh mengandaikan imej itu diambil oleh satelit Amerika atau British. Kami telah meneliti imej ini secara terperinci dan tidak menemui sebarang tanda yang membuktikan ia adalah palsu," katanya.

Dalam pada itu, seorang pakar yang mahu dikenali sebagai George Bilt dipetik sebagai berkata pesawat Boeing itu ditembak dari udara menerusi serangan jet pejuang klasik yang disasarkan dari belakang.

Sementara itu, wartawan perang dan jurugambar bagi laman sesawang Foxtrot Alpha, Jalopnik.com, Tyler Rogoway mendakwa imej yang disiarkan dalam stesen TV Russia, 1TV News kononnya jet tempur Ukraine, SU-27 (pihak Russia mendakwa pesawat MiG-29) menembak MH17 ketika ia terbang di ruang udara timur Ukraine adalah palsu sama sekali.

Beliau berkata, imej itu kelihatan seperti paparan skrin yang dipalsukan daripada permainan 'Lock-On Modern Air Combat', simulator pertempuran udara paling popular yang dibuat di Russia dan mempunyai plot atau jalan cerita yang berlaku ke atas Ukraine. Daripada imej satelit sebenar, banyak isu mengenai kesahihan dan ketulenan imej itu.

Pertama, di mana sebenarnya ia datang? TV1 menyatakan ia daripada satelit perisikan asing, bagaimana dengan mudah. Bagaimana resolusi imej itu begitu tinggi untuk objek yang jauh daripada darat tetapi begitu rendah untuk objek di darat?

Dan juga, imej itu diambil dari jarak 50 kilometer dari lokasi nahas MH17 dan 50km untuk jatuh ke darat selepas ia ditembak oleh peluru berpandu. Jika pesawat itu terbang untuk sesuatu tempoh, kira-kira 50km sebelum ia pecah, sudah pasti ramai saksi akan melihat pesawat itu dan kepulan asap atau seumpamanya.

Sesetengah individu yang biasa dengan imej satelit menyatakan bahawa skala pesawat berbanding di darat juga tidak seperti biasa, begitu juga cuaca menunjukkan keadaan yang sebenar ketika itu.

Terakhir dan paling menyedihkan apabila logo 777 di pesawat MAS itu berada pada kedudukan yang salah.

Kesimpulannya, apa yang anda peroleh daripada bukti yang disiarkan adalah bukan saja imej palsu tetapi taktik yang cukup teratur. Hakikatnya Russia membiarkan perkara ini sebagai tanda baru Putin untuk menyebarkan maklumat tidak tepat. - Agensi

sumber: Berita Harian

*******

Actually benda nie dah jadi semakin serabut disebabkan beberapa bukti dan komen yang berlainan dari pelbagai penyiasat antarabangsa. kalau anda masih ingat, ada video dari youtube yang memaparkan kisah MH17: The Untold Story yang telah disebarkan dua minggu yang lepas. ia memaparkan bahawa ia mungkin ditembak dari pesawat lain dan bukannya dari peluru berpandu BUK. kalau ada masa, anda boleh tonton video di bawah nie. 




Apa yang menarik perhatian saya ialah Peter Haisenko, bekas pilot dari German meneliti gambar-gambar bangkai MH 17 di mana ada kesan tembakan peluru yang menyebabkan satu lubang yang besar di bahagian kokpit kapal terbang dan mungkin peluru tersebut terkena pada perut pilot. dan saya tertanya-tanya, adakah jenazah pilot yang dibawa balik sempurna atau tidak? ada kesan ditembak ataupun tidak? 

Ada juga penjelasan dari Ivan Andrievsky, Vice President, Russion Union of Engineers mengatakan jika Peluru Berpandu BUK digunakan, seharusnya penduduk tempatan boleh mengesan saki baki jejak wap asap peluru yang dilancarkan oleh BUK kerana kesan asap peluru BUK sepatutnya akan hilang selepas 5 minit dari pelancaran. ia meninggalkan kesan yang lama dan boleh dilihat oleh sesiapa yang berdekatan di sana. tapi, tiada seorang pun penduduk tempatan yang melihat kesan kepulan asap tersebut. 

mh17 ditembak

mh17 ditembak

Gambar-gambar tersebut saya ambil dari video tersebut. ini adalah hasil illustrasi kemungkinan kapal terbang MH17 itu berkecai menjadi empat bahagian. saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini. innalillah. 


lovenota : Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. insyaAllah.

Read More »

Frozen Raya



Frozen Raya
"Raya Tahun ini diselubungi oleh Salji"

amboii, kemain lagi dia punya tagline. hehe.

baru jumpa gambar nie. 
cute meh Elsa dengan Anna pakai tudung 
tergoda i..hehehe XD 


lovenota : selalu berangan nak jadi puteri..|o|!

Read More »

Friday, November 14, 2014

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti


Tiba-tiba saya nak bercerita pasal travel holiday pulak. bukan nak carass kak JM yer! oh tidakk! saya hanya nak berkongsi pengalaman saya semasa bercuti je. hehe! 

Cerita ini sudah lama semasa saya bercuti di Sabah pada tahun 2012 bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja. rindu pula nak bercuti lagi di Sabah. tak tahu la bila lagi nak ke sana, tunggu dah berdua kot..hehe!

Semasa saya bercuti di Sabah, saya sempat ke Ranau untuk bersiar-siar. kawasan di Sabah sejukk bangat! masa tu, saya memang tak bawa sweater sebab tak expect pun kawasan di Ranau tu sejuk. menggigil jugak la masa tu. lepas tu singgah kedai terus beli shawl. boleh la membalut badan saya yang memang jenis tak tahan sejuk. rasanya shawl sabah yang rare itu telah dicuri oleh incik boyfie kut..dah tak tahu ke mana perginya. ishkkk. kenangan tuu!

Di 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau, Sandakan, Sabah terkenal dengan fish spa iaitu Spa ikan di mana ikan-ikan di Sungai Moroli akan membantu anda membuang sel-sel mati di kulit kaki anda. kalau nak badan pun boleh, kena rendam dalam sungai dengan ikan-ikan sekali la. Gelinya jangan cerita, tersangatlah Geli sampaikan saya tak sanggup bertahan lama di dalam Sungai Moroli itu. korang bayangkan mulut ikan yang besar-besar tu gigit-gigit kuis-kuis kaki anda. arghhhh, saya boleh merasakan lagi kegelian itu. ishkkk.

Lokasi ini terletak kira-kira 131 kilometer dari Kota Kinabalu. Jika anda suka sesuatu yang lain daripada spa yang biasa korang pergi, Kampung Luanti adalah tempat di mana korang patut pergi.

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti
bagi model suami isteri berposing je. hehe.

Perkataan 'tagal' dalam bahasa Kadazan-Dusun tempatan bermaksud 'tidak boleh menangkap ikan'. Tujuan utama 'tagal' adalah untuk memelihara alam sekitar dan juga ekosistem sungai untuk manfaat generasi akan datang. Ikan Pelian atau ikan kelah Malaysia berasal dari keluarga Cyprinidae. Dikatakan bahawa ikan ini dilatih khusus oleh penduduk kampung di sini di Kampung Luanti untuk melaksanakan urut penyembuhan kepada pengunjung.

Harga tiketnya juga tidak terlalu mahal, masih mampu bayar.

Dalam Ranau (Local)
Dewasa 18 tahun ke atas             RM 3.00 
Kanak-kanak kurang 18 tahun      RM 1.00

Luar Ranau (Local)
Dewasa 18 tahun ke atas             RM 5.00 
Kanak-kanak kurang 18 tahun      RM 2.00

International
Dewasa / Kanak-kanak                RM 10.00

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti

Mengikut peraturan di atas, aktiviti spa hanya dibenarkan selama 15 minit sahaja. memang rasa sekejap jelah berspa di dalam sungai tu. tapi, bagi sesiapa yang geli seperti saya merasakan 15 minit itu terlalu lama. ishkk. tak boleh tahan! di situ, boleh rendam kaki ataupun rendam seluruh badan, dan ada limit orangnya. 

Jom layan gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti
opkos gambar saya dahulu..hahaha XD

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti

Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti
semua muka happy gila masa tu. geli, best, sedap, selesa semua hado.

Besar-besar kan ikannya? sesiapa yang takut dan geli pada ikan hidup, rugi la kalau tak cuba *kata orang, aku pun penakut jugak..hahaha*. So, sesiapa yang dah planning bercuti di Sabah, Fish Spa di "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti di Ranau, Sandakan Sabah adalah salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. pastikan Fish Spa ini ada dalam senarai list lokasi pilihan anda. 


lovenota : memang GELI aihh! meremang lagi tau masa tengah taip nie..haha XD

Read More »

Segmen Blogwalking November



Segmen Blogwalking November

Nama Pena: 
Miss Balqis

Link Blog : 

Negeri kelahiran : 
Sarawak


semoga kita boleh berkenalan yer tuan punya blog, 
untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger..hehe

nak join, klik pada banner di atas
arigatou!

Read More »

Segmen : Blog Review By Parihh



Segmen : Blog Review By Parihh

Tarikh Tamat : 
bila-bila masa boleh ditutup

so, Parihh boleh la komen apa-apa pasal blog akak nie. 
ini pun buat simple-simple jer. 
tak diva sangat macam blogger lain

tapi, akak mengalu-alukan Parihh review blog akak..

sesiapa nak Parihh review blog dia,
kita join segmen dia yer
klik je banner di atas

arigatou!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®