#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari
Hari 19: Satu Resepi Kegemaran Anda
resepi paling senang di alam semesta! haha!
senang pun masih lagi tetap faveret. sedap! suka!
Begedil Kentang
Bahan-bahan:
- 2 biji kentang
- 1 biji bawang besar
- 1 biji telur
- Daun sup & daun bawang (dicincang halus)
- secubit garam
Cara membuatnya:
- Kupas kulit kentang dan kemudian potong dadu saiz kecil-kecil supaya mudah empuk
- Kupaskan bawang dan hiriskan bawang tersebut
- Panaskan minyak dan gorengkan kentang tersebut sehingga empuk dan toskan
- Kemudian, gorengkan bawang tersebut sehingga kekuningan dan toskan.
- Lenyekkan kentang dan bawang yang telah digoreng.
- Gaulkan bawang dan kentang tersebut supaya membentuk sebati. Campurkan daun bawang dan sup yang telah dicincang dan jangan lupa taburkan garam secukup rasa.
- Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bebola saiz kecil dan leperkan seperti bentuk begedil.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau sedikit. Tambah kan sedikit garam untuk menambah perasa pada kulit begedil tersebut.
- Panaskan minyak
- Celupkan begedil tadi ke dalam telur tersebut dan goreng sehingga warna keemasan.
taraaa~
begedil ini korang boleh buat kentang sahaja, tak pun buat perisa ayam atau daging. memang sedap!
Read More »