Monday, May 01, 2017

1,000 Mat Motor ditahan di Port Dickson




Port Dickson: Kira-kira 1,000 penunggang dan pembonceng ditahan pihak berkuasa dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di persimpangan Sua Betong, malam tadi. Operasi dijalankan bagi mengesan kesalahan trafik selain sering menerima aduan penduduk mengenai bunyi bising.



Pihak polis mengepung jalan utama di persimpangan Sua Betong dan hasilnya kira-kira 1,000 orang berjaya ditahan. Ada penunggang yang cuba melarikan diri dengan merempuh tiga kereta peronda polis. Selepas ditahan, mereka diarah menolak motosikal sejauh lima kilometer ke Balai Polis Telok Kemang untuk pemeriksaan lanjut.



Alhamdulillah, separuh daripada warga pelancong yang tidak bermoral yang datang membanjiri Port Dickson sudah ditangkap. Lepas nie biar depa beringat, nak datang PD kenalah beradab, bawa motor dengan sopan santun dan menghormati pengguna jalan raya yang lain. Dah lama perhati, asyik buat semak dan buat bising je datang sini. Nak datang bercuti tak salah, tapi mengganggu ketenteraman awam itu memang salah. 

Port biasa bagi mat-mat motor nie untuk melepak adalah di stesyen minyak Shell di Batu 6 atau Stesyen minyak Petronas di Batu 4 tu. Kalau tak "preng preng preng" ataupun "weng weng weng" motor tu sampai keluar asap berplumbum sampai orang sesak nafas memang tak sah. Bangga la bunyi motor dia yang paling kuat antara geng-geng mereka. Datang nak isi minyak tu isi jelah dengan keadaan yang senyap seperti orang yang bertamadun. Kalau boleh, diorang nak selubung Shell tu dengan asap-asap motor die je. Aku yang perempuan nie nak isi minyak pun dah rasa tak selamat. Keselamatan tu tidak terjamin, bila-bila masa je diorang boleh buat macam-macam kerana jumlah geng mat-mat motor ini terlalu ramai. seram nok!



Apabila jalan baru sudah dibuka di jalan belakang, dari Sua Betong menuju ke Pasir Panjang dan Politeknik Port Dickson, tempat itu sebenarnya sudah menjadi trek perlumbaan bagi mat-mat motor. Jalan yang lurus menjadi daya penarik motor-motor untuk berlumba di kawasan tersebut. Pernah satu ketika saya melalui jalan tersebut pada pukul 8 malam bersama dengan adik lelaki saya, memang agak seram jalannya. Bukan kerana jalan itu terlalu gelap tetapi seram disebabkan ramai sangat mat-mat motor yang melepak di tepi-tepi jalan berhampiran dengan lampu trafik di belakang SMK Intan Perdana. Satu perkataan je yang terkeluar dari mulut saya, Gila!

Antara beberapa komen mengenai berita tersebut:



Syabas pada pihak berkuasa yang terdiri daripada PDRM, JPJ, MPPD dan pihak-pihak yang berkenaan kerana bertindak pada hari yang tepat sekali. Kejadian ini sudah lama berlaku, laporan dan aduan daripada penduduk setempat yang terlalu banyak menyebabkan pihak berkenaan bertindak pada semalam.




Minat motor tak salah jugak. Minat berlumba boleh bawa ke trek motor. Minat untuk mengubahsuai motor boleh masuk mana-mana bengkel dan kerja, ataupun sambung belajar dan mendalami ilmu. oh ya, apalah sangat pendapatan yang mat-mat motor nie bagi pada peniaga. setakat memenuhkan pasar malam Sabtu di Batu 4 pun tak dapat apa-apa. haiya~


Boleh nak berkonvoi, tak salah pun. cara anda berkonvoi tu yang salah. membuat bising, menganggu ketenteraman awam, motor yang tidak mengikut spek standard yang betul. makanya, kenalah saman ye. orang lain berkonvoi juga, kalau ikut peraturan lepas je daripada roadblok.  




Dik, banyak cara lagi untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dengan cara dan jalan yang benar dan betul. bukan dengan cara membuang masa di tepi jalan ye. 





lovenota: aman sikit Port Dickson tu lepas nie..

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®