*klik pada gambar untuk penjelasan*
Pasangan warga emas maut
Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan - 29 Oktober 2014
Batang Melaka - Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Batang Melaka, berhampiran Balairaya Batang Melaka, semalam.
Kereta jenis Honda Civic yang dipandu anak perempuan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang guru lelaki *dalam paper tulis guru perempuan, sengal punya wartawan* SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh yang datang dari arah bertentangan.
Namun, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian depan Honda Civic dinaiki warga emas itu, menyebabkan tiga kenderaan terlibat.
Kedua-dua warga emas dilaporkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka, manakala anak perempuannya dilaporkan parah dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
*****
Serba sedikit mengenai berita kemalangan yang melibatkan kawan saya *tiada dalam akhbar online, so kena taip sendiri..huhu*. agak seram dan dahsyat jugak la. kawan saya yang naik Toyota Vios tu. yang terkejutnya, sampai terbalik kereta Vios tu. dia sebenarnya dalam perjalanan ke Melaka menghadiri kursus. bila dah terlibat dengan kemalangan, terus tak jadi attend kursus.
Alhamdulillah, beliau tak apa-apa. tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. kalau lihat pada gambar kereta Vios tu, paling kurang pun mesti ada cedera sikit kan? tapi Allah Maha Menyayangi dan Mengasihani beliau. eh, kawan saya nie baru jadi pengantin baru, belum sebulan lagi. darah masih manis orang katokauu. hehe.
Jom kita layan gambar di tempat kejadian.
Saya pun pengguna Toyota Vios seperti kawan saya nie. bila lihat gambar macam nie, saya pun rasa seram jugak la. apatah lagi tuan punya kereta yang accident tu. semoga kawan saya nie dapat recover trauma accident tu secepat yang mungkin, dan boleh bertugas seperti biasa. tang kereta tu, memang sedih la. tapi masih belum dikira totally lost kot. tak pela Feedo, kereta tu pun dah merajuk sebab ko dah kahwin. so, ko tukar kereta baru la. sempena pengantin baru, kan? hadiah untuk diri sendiri. hehe :D
lovenota : malang tidak berbau..huhu