Monday, November 03, 2014

Tips Menjawab Peperiksaan SPM 2014


Hari ini bermulanya saya menjadi pengawas SPM di sekolah daerah saya. 
fuhh, mengantuk tauu!

Siapa cakap jaga budak exam nie best? Yang bestnya dapat duit jer..tapi yang tak bestnya masa jaga exam tu mengantuk giler. Rasa nak terlelap jugak la walaupun sambil berjalan. Uwarghhh..masih mengantuk lagi nie. hoho XD


Kertas SPM hari ini adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. Budak sekolah nie ramai yang tidur.. zzz.. karangan la katakan. Buat ayat sikit da give up. Karangan pendek 2-3 perenggan je. lepas tu zzz, pergi jumpa puteri bunian mana entah dalam mimpi.



Tips-tips semasa menjawab peperiksaan

Jangan pula tulis jawapan yang tiada kena mengena dengan soalan yer adik-adik. ada student tadi salin soalan pada kertas jawapan. tak perlu salin soalan, terus pada jawapan anda. lenguh juga nak tegur sorang-sorang tadi.



jangan sesekali tinggalkan ruang kosong pada kertas jawapan. cuba jawab sedaya-upaya anda, kot-kot jawapan tersebut mungkin akan diterima oleh pemeriksa, kan?


tak ada guna handphone atau mana-mana talian hayat sama ada secara maya atau nyata. haha, kut-kut ada guna khidmat sms ghaib dari alam yang ghaib itu kan. no no no!





Jawab soalan secara tenang. jangan dok kalut sampai berpeluh-peluh. nanti semua idea dalam kepala boleh hilang begitu saja.


Luahkan semua yang ada di dalam otak dan akal fikiran anda semasa menjawab soalan, terutama soalan yang melibatkan esei. tulis setakat yang anda mampu. 


kalau soalan berbentuk JOB (Jawapan Objektif), pastikan anda memilih jawapan yang logik dengan soalan. jangan kaitkan jawapan dalam kehidupan harian anda.



Akhir sekali, 
jawab peperiksaan anda dengan yakin!


Jangan pulak ikut tips di bawah. 
nanti kena tangkap kerana meniru, habiss~



saya sertakan beberapa doa yang anda boleh amalkan: 

Doa sebelum masuk ke dalam Dewan Peperiksaan


Doa ketika menerima Kertas Soalan


Doa ketika sukar Menjawab Soalan


Akhir kata dari saya, semoga berjaya! :D



lovenota : sekarang da makin busy tanda kertas peperiksaan, aktiviti BW mungkin akan dihadkan..huhu :( 

Read More »

Love is #4 | Like and Dislike



like and dislike? suka dan tidak suka?

adakah itu caranya kalau perempuan marah? 
aa..betul la tuh! 
hahaha XD

saya mengaku :P 
si dia pun setuju..cess! 
dia selalu cakap, saya nie kepala angin, panas baran..
bla bla bla..
nasib baik dia macam air..sejuk sikit.

dan-dan la awak macam air kan? 
air la sangatttt~


lovenota : malam nie gaduh, esok baik semula. kami memang gila :D

Read More »

Sunday, November 02, 2014

Langgar Kereta Sebelah Banyak Kali Semasa Reverse


Langgar Kereta Sebelah Banyak Kali Semasa Reverse

‘Worst driver in China’ repeatedly hits nearby car




ini adalah kisah benar.
seorang lelaki China cuba untuk reverse keluar dari tempat parking kereta dan dengan sengajanya dia melanggar kereta sebelah.
lihat jela cara dia reverse, dengan sesuka hati dia cuba nak keluar dan melanggar kereta sebelah beberapa kali. bukan sekali tetapi 10 kali dalam masa 10 minit.

sengal ke apa driver tu? 
habis calar kereta orang, kereta dia takpe la, 
dia yang tak reti keluar reverse. tanggung sendiri la. 
kereta orang tu macam mana? 


reverse kereta


dan ini bukan pemandu wanita, tetapi pemandu lelaki.
ya, driver kereta itu adalah lelaki. 
adakah lelaki kurang mempunyai perasaan bertanggungjawab? tak ada etika? hihihi


langgar kereta accident kemalangan

tetapi ini berlaku di China, bukan di Malaysia ye.
tapi, ada je driver Malaysia yang buat macam tu, ye dak?
susah nak cari driver yang jujur.
kalau dah terlanggar, lari terus. 


lovenota : kereta saya pun terkena seperti dicalarkan oleh kereta lain. tetapi siapa?

Read More »

Shinichi di blog Aina Akmal


konnichiwa!! 
wahhh! Shinichi Kudo in Aina Akmal's house!

memang tak boleh blah kali nie. 
menggunakan shinichi kudo @ boifren akak sebagai penghias blog dier. 


mana boleh!! 
*sebagai balasan, akak curik gambar dari blog aina..hahahaha XD*

akak sebagai Ran nak merajuk! hahaha



okay, saya memang peminat tegar Shinichi Kudo dan Conan Edogawa. 
saya pengumpul komik Detective Conan. 
drama-drama pun ade. filem? setiap tahun tonton. 

paling suka tengok, conan dengan haibara. 
extra cute meh! 
kawa-ii! 

selalu berharap kalau shinichi akan couple dengan haibara. 
tapi, macam tak mungkin je kan? hihi


this is my boyfriend. hensem kan? 

larik! kbai!


lovenota : 'dah besar tengok kartun lagi?' pedulikk la orang nak kata!

Read More »

Mati Dengar Lagu di Telefon Bimbit


Rebah Dengar Lagu


telefon bimbit @ handphone meletup


Serian: Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin. 

Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang. 

Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit. "Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia," katanya. 

sumber : Harian Metro

****

Bahaya menggunakan telefon bimbit @ handphone anda semasa dicas tak kira semasa hujan ribut petir atau tidak. sebabnya, kita sekarang sedang mengendalikan barang -barang elektrik yang memang berbahaya. so, saya nak pesan pada semua kawan-kawan termasuk pada diri saya sendiri: 
  • jangan berborak atau bersembang semasa telefon bimbit sedang dicas. ada kes di mana telinga terkena letupan handphone semasa sedang on call. pastikan bateri penuh dahulu, lepas tu nak sembang sampai subuh pun tak apa. 
  • jangan jawab panggilan telefon atau incoming call semasa sedang dicas. kalau nak jawab juga, tanggalkan atau matikan charger dahulu sebelum menjawab. 
  • jangan biarkan anda cas telefon bimbit semalaman atau terlalu lama. kalau bateri terlalu panas, boleh menyebabkan meletup. 
  • jangan letakkan telefon bimbit di sebelah anda semasa sedang dicas. kalau anda ingat ada kes di mana tiba-tiba handphone meletup semasa sedang dicas. innalillah.
  • jangan menggunakan telefon bimbit semasa sedang dicas. seperti berita di atas, guna headphone semasa tengah charge. apabila aliran arus yang terlebih disebabkan petir tersebut sampai ke otak manusia, innalillah la ye. sama la kalau korang update blog guna handphone semasa sedang dicas, elakkan ye :)


lovenota : handle with care :D 

Read More »

Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29




Telah diumumkan 30 lagu yang layak untuk bersaing dalam peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-29. 10 lagu akan bersaing pada setiap minggu di mana persaingan akan berlangsung pada 14, 21 dan 28 November 2014. Tarikh Anugerah Juara Lagu ke-29 masih belum diberitahu lagi.
senarai penuh 30 lagu yang bertanding dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-29. 
14 November 2014
1. Akhir Penantianku (Alif Satar) 
2. Gilalah (Stacy) 
3. Cinta Tak Pergi (Yana) 
4. Romancinta (Mojo) 
5. Cinta Makrifat (Ronnie & Marsha) 
6. Hilang (Najwa Latiff) 
7. Si Putih Si Merah (Black & RJ) 
9. Dunia & Syurga (Akim Ahmad) 
10. Malaikat (Hazama) 
21 November 2014
1. Dipintu Syurga (Dayang Nurfaizah) 
2. Rindukanlah (Encik Mimpi) 
3. Ayuh Tinggalkan Dia (Encik Mimpi) 
4. Aku Juga Manusia (Amir Jahari) 
5. Dia Yang Kau Pilih (Faizul Sany) 
6. Matahari (Hafiz) 
7. Gadis Jolobu (Dato Hattan & Waris) 
8. Arjuna Beta (Fynn Jamal) 
9. Pasti Sempurna (Kristal & Ronnie) 
10. Kau Pergi Jua (Iamneeta & Najwa Latiff) 
11. Infiniti Cinta (Zizan & Kaka)
28 November 2014
1. Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun) 
2. Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search) 
3. Mewangi (Akim And The Majistret) 
4. Percayalah (Indah Ruhaila) 
5. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) 
6. Al Haq Yang Satu (Mawi & Dato AC Mizal) 
7. Lelaki (Yuna) 
8. Tak Pernah Berjumpa (Forteen) 
9. Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne)


Lagu yang best-best belaka. baru ada feel nak tonton. :D


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®