Wednesday, November 12, 2014

Segmen 8 Jam Bersama Misya : Siapa terpantas?



Segmen 8 Jam Bersama Misya : 
Siapa terpantas?


Tamat :
jam 5.30 petang 12 November 2014!


Special request! Sila jawab soalan ini : 
Jika anda diberi masa 8 minit untuk bertemu dengan saya, apa anda nak buat? Hehe..
[Contoh : Selfie ke, ucap kata-kata semangat, bagi hadiah & etc]

untuk 8 minit tu, saya nak belajar make-up ala-ala misha. 
cantik jer tengok misha make-up  and dressing. 
tengok picture kat header pun lawa je.

boleh tak? hehe XD

jom join segmen Misya
klik je banner di ata

arigatou!


Read More »

Fara_nym Bloglist October - November



Fara_nym Bloglist October - November

minat anime betul tuan punya blog nie..hehe
cara nak join mudah jer. 
jom join ramai-ramai

klik banner di atas

arigatou!

Read More »

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1



 Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1

simple je join segmen nie. 
jom kita memeriahkan segmen ira 

nak join klik banner di atas

arigatou!


Read More »

Tuesday, November 11, 2014

Buat Rampasan di Sekolah



mentang-mentang la budak PT3 dah habis exam, diorang datang sekolah lepas tu berpesta dalam kelas sambil bersuka ria. tapi yang tu takpe lagi. yang saya pantangnya, bersuka ria dengan menggunakan handphone yang memang dilarang bawa ke sekolah. buka speaker besar-besar di dalam kelas, konon nak menunjuk diorang berani bawa handphone. macam mencabar krediabiliti saya sebagai guru pengawas merangkap guru disiplin sekolah *poyo sudah!*

tapi dah bawa handphone ke sekolah tu, tak payah la nak menunjuk-nunjuk, buka lagu pasang speaker kuat-kuat, lepas tu buat konsert yang tak ada penonton tu. nak menunjuk pakai handphone mahal, annoying la! budak-budak pun mengadu ramai yang bawa handphone sesuka hati. 

apa lagi, buat spot-check randomly untuk beberapa kelas Tingkatan 3. 
dan hasilnya, jeng jeng jeng!

*nampak Eiffel Tower tak? saje nak masukkan gambar handphone sendiri..hihi*

ada 6 buah handphone dirampas dalam serbuan. 
saya dengan bangga tersenyum kambing di depan pelajar. keh3
antara yang paling mahal ialah Samsung Galaxy 3. 
budak sekolah pun pakai Samsung Galaxy tau! kalah cikgu-cikgu nie.
ishkk!

saya memang ada dapat aduan dari pelajar dan guru, ada student yang bawa handphone ke sekolah. kalau tak nampak, saya malas nak ambil port. tapi, bila saya dah nampak di depan mata, mula la saya bersemangat nak buat kerja ala-ala polis tu.

memang masa buat spot-chek tu memang semua student Tingkatan 3 termasuk pelajar Tingkatan 5 di blok sebelah yang tak ada exam SPM hari nie kelam-kabut. ada yang lari lintang-pukang menyorok handphone. ada yang pass handphone pada member kelas lain. sanggup tu! 

yang paling tak tahan, masa tengah check diri student dengan bag, ada yang menyorok handphone di dalam stokin. perghh! ada bauu! hahaha.
yang perempuan jangan cerita la, kat mana depa sorok, pikir sendiri..hehe :D

lepas dah kena rampas, mangsa rampasan terus call ayah la, abang la suruh ambil balik hanphone yang dirampas. ada sampai nak buat report polis sebab hal rampasan nie je. si ayahnya mengamuk, cakap tak puas hati sebab handphone anaknya dirampas, nak upah lawyer mahal-mahal. lol! handphone Lenovo je pon! bukannya handphone Samsung Galaxy Note 4 atau iPhone 6 pun! senget betul~

saya kalau nampak handphone depan mata memang saya akan ambil.
tak kira la budak baik ke budak pandai.
semua adil dan sama rata. 
tiada pilih kasih.

 ia tetap jadi kes disiplin sekolah.
*telefon bimbit dilarang dibawa ke sekolah*


lovenota : kalau jual semua handphone tu untung sey. nampak $$$ je. nasib baik bawak mengucap tadi..hahaha XD


Read More »

Love is #6 | Fight Graph



Girl - red line
Boy - blue line

Totally agree (*^﹏^*)

Bila dah sampai maximum peak tu, 
terdiam jugak la.
Serammmm


Lovenota : baru baik-2 tadi. ngeee. maap tergediks :P

Read More »

Monday, November 10, 2014

Undi saya, Please!




Amboi! tajuk bukan main lagi, kan! sah lah muka ceq nie muka tak tahu malu kann! harap maaf jika anda melihat muka saya tebal 10 inci. tett! haha XD

Firstly, saya nak memperbetulkan balik semua komen-komen uolss di entry yang sebelum ini, iaitu:

> Pengorbanan Cinta <

Segala puisi dan nukilan ayat tersebut tidak ada kena-mengena dengan kehidupan saya sekarang. walaupun ada serba sedikit yang benar, contohnya yang 9 tahun bersama tu; itu adalah benar sebenar benar belaka. yang lain tak benar langsung..hahaha. sengaja saya buat puisi untuk segmen blogger Farrah, itu jer. dan puisi tersebut hanya diilhamkan selama 20 minit, saya main reka sesuka hati jer..haha. 

Saya masih lagi bahagia. awww :P

Sekarang sedang dijalankan undian siapa puisi yang paling kreatif atau puitis. so, anda semua tolong undi puisi paling puitis untuk saya yer! sebab saya tak kreatif pun macam AmyJ punya. siap ada hindustan lagi tu..awesome lah! hahaha.

> jom semua undi saya di link ini: [ Siapa paling kreatif, paling puitis ]

Jangan lupa AFundi saya yer! hoho! undi juga rakan-rakan lain ye. penat-penat diorang karang puisi tu tau. undian anda amat diperlukan. anda sebagai blogger perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengundi. ok?

dah macam pilihanraya la pulakk! 


lovenota: karang saya nak blogwalking la, lepas buat kerja sekolah. aih, tua-tua ada kerja sekolah lagi. deyy~

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®