Tuesday, November 18, 2014

Segmen Blogwalking by Sakura


Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

Follow blog sakura :)
Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
Dah boleh start blogwalking.
Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok?


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)

Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad

Read More »

Segmen: Blogwalking Bersama AYUINSYIRAH




Segmen: Blogwalking Bersama AYUINSYIRAH

saya tag kamu yang baca entry ini 
yer, kamu laa, kamuuu :P

segmen ini berlansung sehingga hujung bulan ini
30/11/2014 jam 10.00 malam

nak join klik banner di atas ye

arigatou!

Read More »

Monday, November 17, 2014

Rasa Nak Buat Segmen




Memang tengah ura-ura nak anjurkan satu lagi Segmen di blog ini. tapi sedang berkira-kira bila nak lancarkan segmen tu. sebab sekarang nie saya sendiri sedang sibuk dengan akhir tahun sekolah dan peperiksaan SPM. mungkin kalau nak buat pada waktu terdekat nie pun, saya kena buka tempoh masa lama sikit la. bagi masa untuk blogger lain dan juga pada diri sendiri untuk review blog peserta satu-persatu.

Macam biasa, kalau saya buat segmen tak ada nak bagi hadiah free-free *hoho!*. blogger kena ada usaha sikit untuk buat entry yang menarik dan kreatif. sebelum ini pun semua segmen saya memerlukan jawapan yang menarik dan kreatif. kali ini, mungkin saya nak korang bercerita pulak. ha, nak tahu cerita pasal apa? tunggu jela pelancaran segmen tu nanti. memang menarik! :D

Sekarang nie, saya sedang memikirkan hadiah yang hendak diberikan kepada pemenang. memang ada benda yang hendak diberikan, barang souvenier dari Sabah masih tak luak di tangan saya. Tetapi rasa macam nak banyakkan hadiah je. ada ke sesiapa nak derma @ sponsor hadiah untuk segmen saya? boleh drop komen kalau sesiapa yang nak ataupun hubungi saya di fanpage facebook di tab menu atas entry ini. kalau tak ada, tak pe lah. pakai hadiah sendiri pun boleh. hehehe

Nanti saya blogwalking blog uols kay? lama jugak tak BW..huhu. saya nak kena siapkan pemarkahan kertas Peperiksaan Akhir Tahun nie, dan nak finalize markah Peperiksaan PT3. 

Gambatae! 


lovenota : petang-petang yang hujan nie terbantut nak siapkan kerja..zzz


Read More »

Sunday, November 16, 2014

Love is #8 | Nak Posting Jauh


Hari: Ahad 
Jam : 12 tengahari 
Mood : mengantuk lagi, semalam tidur lewat 
Emosi : Biasa-biasa 

Situasi : Sedang bersembang melalui telefon

Cik girlfie: nanti lepas kursus 3 bulan, ke mana pulak?

Incik boyfie : nanti lepas habis kursus, praktikal kejap lepas tu terus dapat kerja. Tengok la mana diorang nak hantar kerja nanti.

Cik girlfie : ooo..

incik boyfie : best jugak kalau diorang hantar posting ke Sabah Sarawak kan, banyak sikit elaun yang boleh claim. Hehe

Cik girlfie : dah pergi sana ingat senang ke nak balik sini balik?? 

Incik boyfie : ala, lepas 5 tahun nanti balik sini la. Kumpul duit banyak-banyak duluu..

Cik girlfie : *bengang; guna nada suara makcik-makcik marah* 
hah, bagus la tu! Bagus sangat-sangat! Pergi lah!! Pergi pergi! Tak kisah pun, nak pergi pun pergi lahh!! Biar saya sorang-sorang kat sini!! Tak payah balik pun takpe, tak kahwin lagi takpe. Duduk kat sana lama-lama yer!! Dahla babai!!

Incik boyfie : yela, babai *gelak-gelak*

*hang up*

Mood : marah
Emosi : sebal
Keadaan : muka tegang 


Senget punya incik boyfie. Memang nak kena tembak agaknya nie! Den tala karangg! Tak pasal-pasal kena karate maut nanti. Huh! Benda macam nie buat main-main eh..takper-takper. Siap la!


Lovenota : nak mogok dengan dia satu hari nie.


Read More »

Saturday, November 15, 2014

Love is #7 | Alone and Sad



sometimes i sit alone at night
and i feel sad and not sure why..

lovenota : nak pi nangis bawah bantal sat

Read More »

Bukti Imej Satelit MH17 Ditembak


Russia beri bukti imej satelit MH17 ditembak jet pejuang Ukraine

  SABTU, 15 NOVEMBER 2014 @ 12:26 PM

mh17 ditembak
STESEN televisyen Rusia, Channel 1 menyiarkan imej satelit yang didakwa kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine.

MOSCOW: Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara. Ia berikutan tersebarnya imej satelit yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat penumpang dengan yang disiarkan oleh stesen televisyen utama Russia sejak malam tadi. Laporan itu mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat (AS) atau British.

Penyampai TV, Mikhail Leontiev mendakwa, imej yang diberikan oleh sumber misteri itu menunjukkan bagaimana pesawat pejuang Mig-29 memusnahkan pesawat penumpang Boeing. Bagaimanapun, Barat berulang kali menyatakan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Moscow dengan menggunakan sistem peluru berpandu BUK buatan Russia.

Manakala Russia pula mempersoalkan kehadiran pesawat yang tidak dikenali ketika nahas itu berlaku, namun Ukraine dan Barat mendiamkan perkara ini.

Penyampai saluran Kremlin berkata: "Hari ini kita mempunyai semua bukti untuk mengandaikan jenayah itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu memusnahkan pesawat berkenaan. Dan oleh mereka yang bersungguh-sungguh menyembunyikannya, mempunyai maklumat lengkap mengenai insiden itu."

Rancangan luar biasa itu muncul apabila pemimpin Barat termasuk David Cameron berjumpa dengan Vladimir Putin berhubung nahas MH17 menjelang bermulanya Sidang Kemuncak G-20 di Australia.

Sementara itu, Channel One mendakwa: "Kami mempunyai rakaman yang menarik, kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing pada saat akhir MH17 terbang di ruang udara Ukraine."

Laporan sebelum ini menyatakan peluru berpandu BUK sebagai punca kepada tragedi itu.

"Untuk memendekkan cerita, ia kelihatan seperti tidak ada peluru berpandu BUK dan tiada pelancaran dari tanah. Terdapat berpuluh pakar dan ribuan saksi amatur, namun tiada seorang pun yang mengakuinya," dakwa Leontiev.

Naib Presiden Persatuan Jurutera Russia, Ivan Adrievskiy, berkata: "Kami lihat gambar yang diambil daripada ruang angkasa daripada orbit rendah. Kebiasaannya imej berkenaan imej itu diambil untuk tinjauan am udara dan darat. Koordinat imej itu bermaksud kita boleh mengandaikan imej itu diambil oleh satelit Amerika atau British. Kami telah meneliti imej ini secara terperinci dan tidak menemui sebarang tanda yang membuktikan ia adalah palsu," katanya.

Dalam pada itu, seorang pakar yang mahu dikenali sebagai George Bilt dipetik sebagai berkata pesawat Boeing itu ditembak dari udara menerusi serangan jet pejuang klasik yang disasarkan dari belakang.

Sementara itu, wartawan perang dan jurugambar bagi laman sesawang Foxtrot Alpha, Jalopnik.com, Tyler Rogoway mendakwa imej yang disiarkan dalam stesen TV Russia, 1TV News kononnya jet tempur Ukraine, SU-27 (pihak Russia mendakwa pesawat MiG-29) menembak MH17 ketika ia terbang di ruang udara timur Ukraine adalah palsu sama sekali.

Beliau berkata, imej itu kelihatan seperti paparan skrin yang dipalsukan daripada permainan 'Lock-On Modern Air Combat', simulator pertempuran udara paling popular yang dibuat di Russia dan mempunyai plot atau jalan cerita yang berlaku ke atas Ukraine. Daripada imej satelit sebenar, banyak isu mengenai kesahihan dan ketulenan imej itu.

Pertama, di mana sebenarnya ia datang? TV1 menyatakan ia daripada satelit perisikan asing, bagaimana dengan mudah. Bagaimana resolusi imej itu begitu tinggi untuk objek yang jauh daripada darat tetapi begitu rendah untuk objek di darat?

Dan juga, imej itu diambil dari jarak 50 kilometer dari lokasi nahas MH17 dan 50km untuk jatuh ke darat selepas ia ditembak oleh peluru berpandu. Jika pesawat itu terbang untuk sesuatu tempoh, kira-kira 50km sebelum ia pecah, sudah pasti ramai saksi akan melihat pesawat itu dan kepulan asap atau seumpamanya.

Sesetengah individu yang biasa dengan imej satelit menyatakan bahawa skala pesawat berbanding di darat juga tidak seperti biasa, begitu juga cuaca menunjukkan keadaan yang sebenar ketika itu.

Terakhir dan paling menyedihkan apabila logo 777 di pesawat MAS itu berada pada kedudukan yang salah.

Kesimpulannya, apa yang anda peroleh daripada bukti yang disiarkan adalah bukan saja imej palsu tetapi taktik yang cukup teratur. Hakikatnya Russia membiarkan perkara ini sebagai tanda baru Putin untuk menyebarkan maklumat tidak tepat. - Agensi

sumber: Berita Harian

*******

Actually benda nie dah jadi semakin serabut disebabkan beberapa bukti dan komen yang berlainan dari pelbagai penyiasat antarabangsa. kalau anda masih ingat, ada video dari youtube yang memaparkan kisah MH17: The Untold Story yang telah disebarkan dua minggu yang lepas. ia memaparkan bahawa ia mungkin ditembak dari pesawat lain dan bukannya dari peluru berpandu BUK. kalau ada masa, anda boleh tonton video di bawah nie. 




Apa yang menarik perhatian saya ialah Peter Haisenko, bekas pilot dari German meneliti gambar-gambar bangkai MH 17 di mana ada kesan tembakan peluru yang menyebabkan satu lubang yang besar di bahagian kokpit kapal terbang dan mungkin peluru tersebut terkena pada perut pilot. dan saya tertanya-tanya, adakah jenazah pilot yang dibawa balik sempurna atau tidak? ada kesan ditembak ataupun tidak? 

Ada juga penjelasan dari Ivan Andrievsky, Vice President, Russion Union of Engineers mengatakan jika Peluru Berpandu BUK digunakan, seharusnya penduduk tempatan boleh mengesan saki baki jejak wap asap peluru yang dilancarkan oleh BUK kerana kesan asap peluru BUK sepatutnya akan hilang selepas 5 minit dari pelancaran. ia meninggalkan kesan yang lama dan boleh dilihat oleh sesiapa yang berdekatan di sana. tapi, tiada seorang pun penduduk tempatan yang melihat kesan kepulan asap tersebut. 

mh17 ditembak

mh17 ditembak

Gambar-gambar tersebut saya ambil dari video tersebut. ini adalah hasil illustrasi kemungkinan kapal terbang MH17 itu berkecai menjadi empat bahagian. saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini. innalillah. 


lovenota : Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. insyaAllah.

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®