Wednesday, July 05, 2017

Tugasan Geografi PT3 2017: Perancangan


CONTOH JAWAPAN LAPORAN / TUGASAN / KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2017

1. Perancangan (10 markah)

(a) Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.
(b) Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Objektif Kajian
  • Penentuan kaedah Kajian

CONTOH KERANGKA KASAR PELAKSANAAN TUGAS / JADUAL KERJA
*ini hanya contoh sahaja. boleh ubahsuai mengikut format kaedah kajian anda*

HARI
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
HARI 1
Isnin
3 Julai 2017
- Menerima soalan dan panduan rubrik pelaksanaan kajian
- Tajuk: peta lakar di kawasan kajian.
- Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
HARI 2
Selasa
4 Julai 2017
· Taklimat tentang kajian
· membuat catatan hasil penerangan guru

· mula mengumpul maklumat dalam buku / internet mengenai latar belakang kawasan kajian dengan bimbingan guru
· berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh

· menyediakan borang soal selidik / temubual dengan bimbingan guru
·  melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian
·  dengan bimbingan guru
·   dengan rakan

·  waktu petang membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai halangan untuk memajukan kawasan berlorek di kawasan kajian.
·  dengan rakan

·  membuat temubual / soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk mengenai cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek di kawasan kajian.

·  membuat analisis daripada temubual / soal selidik 10 - 20 responden
·   menghasilkan bahan grafik yang sesuai - graf / carta pai
·  dengan bimbingan guru

·  menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
·  di hadapan guru geografi

- menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
- menyemak laporan kajian dan bahan grafik.



· membuat penambahbaikan
Hari 29
Isnin
31 Julai 2017
· menghantar hasil kajian kepada guru


KERANGKA AWAL / KASAR PENULISAN

Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. 

Contoh:

Bil
Perkara
Huraian
1
Latar belakang
Huraikan latar belakang di kawasan kajian anda
- ciri fizikal
- ciri budaya 
2
Peta Lakar
Melukis draf peta lakar di kawasan kajian

Mentafsir kandungan peta lakar: 
- simbol, 
- warna
3
Potensi 
Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan

Huraikan potensi tersebut
1.
2.
4
Halangan
Halangan untuk memajukan kawasan berlorek


Isi 1: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................


Isi 2: 
Huraian: ..............................

Contoh: ...............................
5
Cadangan
Cadangan usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek

Isi 1: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 2: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................

Isi 3: 
Huraian: ..............................
Contoh: ...............................
6
Rumusan
7
Sumber
Mesti lengkap menurut turutan di atas


CONTOH JAWAPAN

Tajuk: Peta Lakar di ....................... (nyatakan kawasan kajian anda)

Kawasan kajian saya ialah …...... Kawasan ini juga berdekatan dengan rumah saya. Hal ini telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat kajian selepas waktu persekolahan. Tempoh masa kajian dijalankan ialah enam waktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa ini, saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya pada masa yang ditetapkan supaya boleh diberi pernilaian oleh guru penilai saya.


Objektif kajian: (contoh)

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji dan menghasilkan peta lakar di ................. (nama kawasan kajian anda):


1) Menyatakan konsep dan takrifan mengenai latar belakang ciri fizikal dan budaya di .............(kawasan kajian)....
2) Melukis dan mentafsir peta lakar di ....... (kawasan kajian)...
3) Mengenalpasti dan menghuraikan potensi kawasan berlorek di .............. (kawasan kajian)...
4) Menyatakan halangan untuk memajukan kawasan berlorek di ........ (kawasan kajian)...
5) Menghuraikan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di .......(kawasan kajian).......


Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan lima (5) kaedah ini untuk menjalankan kajian. Berikut adalah kaedah kajian yang digunakan:

(a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan kajian saya iaitu ................. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.

(b) Borang Soal selidik 
Untuk mendapatkan maklumat tentang masalah dan halangannya, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan memberikannya kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat dan memberi masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Antara soalan-soalan seperti berikut:
  • Di manakah kawasan yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan ini?
  • Apakah halangan untuk memajukan kawasan ini?
  • Cadangkan usaha untuk mengatasi halangan di kawasan ini.
Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.

(c) Kaedah Temubual
Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang halangan untuk memajukan kawasan berlorek di kawasan kajian tersebut. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.
(Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu)

(d) Muat turun sumber dari buku dan internet
Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke perpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang saya pilih serta maklumat tambahan. Selain itu, saya juga telah menggunakan Buku Teks Geografi Tingkatan 1 untuk memudahkan saya membuat kajian ini. 

(e) Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru Geografi, iaitu Encik/Puan/Cik ………………………….

contoh kaedah kajian lain : Perpustakaan, Rakaman Audio atau Visual


Contoh Borang Soal Selidik.


Nama: ____________________________________
Umur: ____________________________________
Pekerjaan:_________________________________ 

Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah.

Soalan 1: 
Pada pendapat anda, manakah yang sesuai dimajukan di kawasan Taman Melati?



Kawasan perumahan

Pasaraya

Taman Tema

Surau

Perindustrian

Soalan 2
Nyatakan halangan untuk memajukan kawasan berpotensi

...................................................................

Soalan 3
Berikan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan tersebut.

.....................................................................


Contoh borang soal selidik: [link]

*******************




Nota: DIINGATKAN kepada semua pelajar bahawa tidak boleh meniru sebulat-bulatnya jawapan di atas kerana peniruan adalah satu plagiat. Jawapan di atas adalah contoh panduan jawapan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan sahaja. Adalah diingatkan semua hasil tugasan anda perlulah 100% original dan bukannya copy-paste. Jawapan di atas jika amat diperlukan, anda perlu olah mengikut ayat anda sendiri. 

Terpulang, nak markah penuh sila ikut cakap saya. 


*dalam proses*



47 comments:

  1. bagus....memberi contoh kertas pt3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus nak tiru?

      Delete
    2. rubrik penskoran terbaru tkda ke ..

      Delete
  2. bagus....memberi contoh kertas pt3

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCM MNA NK COPY ERRR

      Delete
    2. website ni tak boleh copy

      Delete
    3. terima kasih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
    4. terima kasih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
  3. This help a lot, thankss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love u.semoga Allah murahkan rezeki awak ._<

      Delete
  4. sye x sberape paham cara membuat penulisan

    ReplyDelete
  5. bagus..ianya sgt mmbantu

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana ini sngat mmbntu. Tetapi bagaimana cara membuat bngian "proses awal"? :)

    ReplyDelete
  7. thx miss balqis!!
    ini sgt membantu saya yg anak tunggal dan tak pandai tanya org lain.

    ReplyDelete
  8. Teks ini amat membantu para pelajar yang menghadapi pt3 geografi 2017

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH SGT2....

    ReplyDelete
  10. Thank you! Sangat membantu..
    Tqvm!!!

    ReplyDelete
  11. Thank a lot. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  12. apa beza peta lakar..and DRAF peta lakar.. mohon reply

    ReplyDelete
  13. apa beza objektif kajian dengan kaedah kajian pls someone help me ASAP thanks

    ReplyDelete
  14. fadzillah di mana kamu...btw ni sngt membantu mmg setiap tahun ada tugasan saya cari website miss balqis huhu

    ReplyDelete
  15. sgt membantu tp cg sye kaedah kajian kne bwt panjang...

    ReplyDelete
  16. x boleh copy ke

    ReplyDelete
  17. tq..sgt membantu

    ReplyDelete
  18. Macam mane nak buat proses awal??Tak faham laaaa

    ReplyDelete
  19. hmm...sapa penulis blog ni

    ReplyDelete
  20. terima kasih .ini sangat berguna dan saya boleh menjadikan sebagai panduan

    ReplyDelete
  21. thank u dear!bcoz of u my kerja kursus siap.thanks a lot and tq so much dear.luv u!!!

    ReplyDelete
  22. Tq so much may god bless you all the time...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum,mana penghargaannya???saya x jumpa lah. :(

    ReplyDelete
  24. kerangka awal tu mmg kna buat ka?

    ReplyDelete
  25. semua kena buat borang soal selidik ke?

    ReplyDelete
  26. akak macam mana nak buat penbentangan blh bagi contoh tak

    ReplyDelete
  27. akak blog akak deabak

    ReplyDelete
  28. Akak macam mana nak buat pembentangan cikgu saya tak ajar, just dia cuma cakap buat dari draf sampai cadangan je.Harap akak boleh tolong saya.🙏

    ReplyDelete
  29. any example for pt3 2018 please

    ReplyDelete
  30. xde pendahuluan ke

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®