Saturday, September 25, 2010

Picnic: Ulu Bendul

hari ini abah ajak picnic kat Ulu Bendul..
alahh..kitorang da selalu sangat la pergi Ulu Bendul nie..sejak Bukit Putus tu da straight kn..haha..
(kalau ikot jalan putus2 tu naik pening la den..haha)
masa tu nampak dah mendung sikit..
tapi bila sampai alhamdulillah tak hujan pun..

kalau korang pergi ulu bendul 
mesti korang pergi kat pintu gerbang dulu kan..hehe..
macam kat gambar bawah nie..


tapi kitorang tak masuk situ..
masuk kat celah mana pulak?
haaa..
siapa yang dah biasa pergi tu memang tahu kot jalan kecik aka shortcut tuh..

kitorang cop tempat yang atas sikit dari air cetek2 nie..
tak main la cetek2..aku bukan anak ikan..hoho..
tempat tu air dalam sikit..sesuai untuk ikan jerung..haha..
(ape korang pikir tuh!! haha!!)
kalau masuk dari pintu gerbang pon buleh..
tapi kena jalan kaki naik atas la kan..
tu mungkin korang biasa buat..

tapi abah masuk kat jalan kecik..
jalan tu takde signboard..
siapa yang xbiasa tu memang xtau la kan..
bagi orang nogori mosti korang tau kan..haha..

tapi aku datang kat situ..
tak mandi pulak..
haha..malas pulak rasa nak main air hari nie..
da bosan (belagak betol!)..hehe..

so..aku main tangkap2 gambar jela..
pose gediks..haip!!
pose sopan santun..tapi xboleh tayang kat korang..
ade jerawat!!! nehiii..(malu~)



just duduk2 dalam khemah..
main2 air kejap..
yelaa..kang lama2 rasa nak terjun pulak!
dala baju tak bawak..
ada yang kena tinggal kat situ pulak nanti..huhu..


misi untuk membuang masa: baca novel ini..

(nyebok pulak henpon tepi tuh..hehe)

tajuk: bini aku tomboy ke? hasil karya arisa eriza..
jalan cerita memang la sempoi..best sangat2..
takde bahasa bunga2..metafora..hiperbola..bola api sume..simple je penulisan dia..
nak baca pergi carik kat kedai buku..hehe..

bila ondaway nak balik ke Port Dickson..
hujan pulakkk..
sejukk..dahla atas bukit..
nasib baik sempat kemas2..kalau tak mandi hujan lerr..

lepas tu..banjir pulakk kat tengah2 jalan..
eh..senawang pun boleh banjir ye..haha..
ingatkan jalan kampung jee..(tak termasuk KL)..hoho..
abah la paling suka..
dia kata bagus laa..tak payah cuci kereta..
da bersih kena hujan nie..save duit..haha~~

macam nie jugak la keadaan banjir tadi..
abah memang suka banjir2 nie..harung jerr..
aku pulak excited..tengok je tayar kereta sebelah berpusing2 langgar air..
(bahasa ape aku pakai nie..hentam jela..janji korang paham..)

*ehsan en google*

sampai rumah nie rasa ngantuk pulak..
sejukk..
boleh tak aku tido?haha~~

*xnampak jerawat kan..hepi2..haha!!*

~bye~
Read More »

Friday, September 24, 2010

:: Update: Nuffnang, Broadband n Laptop ::

lega rasanye...
baru hari ini dapat on9 dengan senang hati..
rindu nak on9..rindu nak berblogger dengan kawan2..

kenapa ek?

1st: laptop problem..system aku problem lepas aku install photoshop..sedih sangat2..
tak dapat on9 bcoz bila aku masuk je broadband mesti trus reboot..
bila scan je banyak virus masuk rupanya..patut la problem laptop aku..
kejam betul virus2 tu..jahat..xbaik tau..hehe!
tapi kalau tak masuk broadband tuh boleh je main laptop nie..
maknanya lappy nie sakit mengada2 la..
haha..
nie da format baru..free jer..tengs to my pren..
bye2 Vista..hello Window7..
(^v^)

2nd: lepas lappy rosak..ak boleh on9 kt PC rumah..tapi agak slow laa..
and bila sampai masanye..
broadband kena potong..
alamak!! rupanya aku tak bayar lagik..
haha..selamba badak je ko on9 free yer!! (^v^)
so..bila da hujung bulan time2 orang da gaji nie la baru boleh bayar..
tu pun gaji mak aku..bukan gaji aku..haha..
ishkk..bila la nak dapat kerja niee..adududu~

hari ini..pada waktu ini (24 sept..9.14 p.m.)
baru la dapat update blog nie..
kesian..da ada sawang labah2 kat sini haa..serabut2..
(nampak kan? xnampak pendek umur!)

banyak bende yang nak diupdate kat korang..
tapi yang pasti n update paling popular..

Nuffnang!

sejak dah xon9 nie..trafik aku jatuh memang menjunam..
jatuh bedebuk!
ada la jugak beberapa visitor yang biasa masuk kat sini datang berkunjung..
trimas sumer blogger2..
cik balqis akan balas jasa korang sumer!

(klik untuk tumbesaran yang sempurna)

nie gara2 laptop rosak la nie..hehe..
tapi takpe..lappy pun da elok..
so..kembali aktif berblog yer!!

nak citer plak apa ads yang melekat kat blog nie..
rupanya da banyak jugak ads yang melekat walaupun dah lama xon9 kn..
hehe..

my Buffered Earning..

yang petak2 kuning itulah yang ader..
*Nike City*
*MNG Fall Winter*
*STB GPSS LB*
*IKEA 2011*
*DiGi Postpaid*

alhamdulillah..rezeki blog ini..
ala..korang2 pun ada jugak kan..hehe..
thanks to advertiser..hehe..
thanks to Mr Nuffnang jgk..
i loike!! hehe..

n berita gumbiraa..
inilah hasil Metered Earning aku untuk bulan ini..


alhamdulillah..ada la rezeki sikit..hehe..

dan!


sudah ber"5-star" large rectangle and leaderboard ads aku!
tinggal skycraper pulak..
naik la 1 star lagi ye..
amin! 

yang lain..teruskan usaha anda! 
Read More »

Sunday, August 29, 2010

:: dah dapat 1st Metered Earning ::

yepp..da dapat da 1st metered earning untuk blog nehh...
hoho..sebenarnye blog nie da lama berfunction..
tapi baru sekarang la aktif bagai nak rak..
sejak bukak kebun anggur kat depan rumah 2 bulan lepas kan..
so memang 1st time dapat nie..
sila lah percaya..hehe..

macam gambar kat bawah nie


so iklan Microsoft Silverlight nie dah tak muncul2 da..
thanks to this advertiser..
kalau ada iklan baru jangan segan2 tepek la ye..
amat2 la dialu2kan..

and BE yang masih lagi berjalan2 tanpa segan dan silu


nampaknya dah ada 2 ads yang di'add'di situ yee..
**Buena Vista Resident Evil**
**Panasonic Viera**

tapi yang ads Panasonic tu tak muncul2 lagi..
agaknye malu dengan cik balqis yang chumel nie kot..
(oppss..prasan lebey!!)

thanks to Mr Nuffnang coz give me more BE..
really appreciate it..(opkos laa)
n jangan malu2 la nak tarok BE lagi..
hehe..

and thanks to all blogger n nuffnanger members 
yang memang suke datang kat blog yang memang cikai ini..
sila la datang selalu lagi ye..

*update*

baru perasan!


leaderboard sudah naik 1 star!
suke2!!~
Read More »

Saturday, August 28, 2010

:: Tazkirah: Wanita dan Masjid ::

Secara umumnya, adalah lebih utama bg seseorang wanita solat dirumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Sebaik2 masjid bagi perempuan adalah kawasan dalam rumah2 mereka".
(Riwayat Ahmad, Nayl al-Authar)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud;

"Seseorang wanita itu bersolat di tempat tidurnya lebih baik dari bersolat di dalam biliknya. Dia bersolat di dalam biliknya lebih baik dari bersolat di dalam rumahnya. Dia bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari bersolat di masjid".
(Riwayat Baihaqi dan disahihkn oleh al-Albani)

Namun TIDAK ADA LARANGAN untuk kaum wanita pergi ke masjid apatah lagi untuk mngikuti pengajian ilmu, mndengar ceramah dan sebagainya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Apabila isteri2 kamu memohon izin untuk ke masjid pada waktu malam, hendaklah kamu izinkan".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud sabda baginda s.a.w. lagi:

"Janganlah kamu menghalangi hamba Allah yang perempuan daripada pergi ke masjid Allah, dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai bau-bauan".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Menurut Dr. Soleh Fauzan, seorang ulama Saudi semasa ditanya mengenai hukum wanita ke masjid telah mndatangkan beberapa dalil yg mengHARUSknnya.

Antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Sebaik2 saf bagi kaum lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Manakala sebaik2 saf kaum wanita ialah dibelakang dan seburuk2nya ialah dihadapan.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dn Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w. kepada kaum muslimin ketika mengatur saf di dalam solat berjemaah. Sekiranya wanita dilarang untuk ke masjid, apakah gunanya Nabi s.a.w. memberikan petunjuk mengenai saf wanita tersebut?

Sekiranya, wanita ke masjid dibimbangi berlaku fitnah, kenapakah dalam masa yang sama wanita dibenarkan untuk ke pejabat, pasaraya, pasar mlm, taman2, hospital, pusat pengajian dan sebagainya. Apakah tempat2 tersebut tidak ada fitnah sebagaimana kononnya berlaku di masjid?

Dan berikut adalah hukum dan batas2 yang wajib dipelihara sekiranya seseorang wanita itu ingin ke masjid/surau :-

~ Hukum harus bagi yang tua.
~ Hukum makhruh bagi yang muda.

~ Mengikut pndapat ulamak yang mutakhir (terkini) makhruh jemaah wanita di masjid, termasuk; solat jumaat, sunat Hari Raya dan ceramah malam hari di masjid.

~ Ulama Shafie & Hambali pula berkata;
"Wanita yang cantik (ada rupa) makhruh hadir pada majlis yang ada (jemaah) ramai lelaki".

~ Tidak memakai bau-bauan dan mendapat izin suami.
~ Dibimbangi timbul fitnah; (maka; peliharalah aurat).

Perjalanan untuk menuntut ilmu atau bersolat jemaah adalah suatu perkara yang amat baik disisi Allah, namun masih ramai muslimat yang tidak menjaga batas aurat seperti yang dituntut oleh syarak.. perkara ini boleh mendatangkan fitnah buat mereka.

Kesimpulannya, wanita seharusnya dibenarkan ke masjid sekiranya mereka berkeinginan dengan syarat mereka menjaga batasan syarak dan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Notes : Sekiranya terdapat kesilapan sila betulkan/berikan tunjuk ajar, kerana tiap kelalaian dan kesilapan itu dari saya dan yang baik itu semuanya milik Allah.

Sama2lah kita renungkan dan saling berkongsi ilmu untuk kebaikan. - wallahu'alam
Read More »

Friday, August 27, 2010

:: Blogwalking Award ::

tak lame lepas friendly award tu..
dapat 1 lagi award..
arigatou gozaimasu..
grasiass..
hehe..


macam biasa la..
lepas da dapat award kena la bagi pada orang lain pulak kan..

so, balqis nak share award ni
dengan orang yang selalu BW ke blog cik balqis nie:
ustaz love
mr curly
laksamana
otomen taro
cik meaw

n sape2 yang selalu datang..ambil la ye..
penat nak senaraikan..
ramai yang datang blog cik balqis nie..
tengkiu pada semua~~

*kepala da senget nie..
mata da layu..

mulut da menguap..
tangan da peluk2 bantal..
ape lagi..
tidoo..
zzzzzz*


:: update ::


disebabkan mr zaer pon bagi award yang sama..
so tambah kat sini jela ye..
tengkiu zaer..

Read More »

:: Betul ada 2 Bulan tengah malam tadi (27 Ogos) ::

betul ke ada dua bulan?
sebelum saya tengok blog member blogger nie..
dah kaji da tentang fenomena bulan ini..
dikatakan Marikh dan Bumi berada dekat pada tarikh 27 Ogos setiap tahun 
adalah tidak benar sama sekali..
sebab Marikh dan Bumi akan saling kejar-mengejar di dalam orbit masing-masing..
dan setiap 2 tahun 2 bulan, Bumi dan Marikh akan berada paling hampir antara satu sama lain
korang boleh baca kat blog falak untuk info yang selanjutnya..

tapi kan..
dari blog en assoyfinger..
ada pulak nampak "bulan" yang kedua tu..
aku dapat tengok gambar bulan kat blog assoy..
memang canggih la kamera awak assoy..
tahniah2..hehe..

klik untuk pembesaran yang normal
(*kredit to Mr Assoyfinger*)

siapa2 yang nak tengok gambar bulan tu lagi sila la ke blog assoy ye..

p/s: teruja tengok fenomena kebesaran Allah swt..
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®