Friday, January 02, 2015

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen #3



Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen #3

Hadiah pertama: 
Bekas minuman + dua peket jus delima tajaan Pamoga Vida Beauty

Hadiah kedua: 
Bedak talkum Far Away tajaan Avon

Hadiah ketiga: 
Gincu Pop Love Lipstick tajaan Avon

Hadiah saguhati: 
Sabun Que Putih tajaan Pamoga Vida Beauty

Tarikh tutup: 
31 Januari 2015

nak join, klik banner di atas 
arigatou!


Read More »

Simple Giveaway by Licha



Simple Giveaway by Licha

 Hadiah Penyertaan : 
RM 20 X 6 pemenang 
1 blog review oleh setiap penganjur (4 pemenang) 
3 hadiah misteri 
*hadiah mungkin bertambah dari masa ke semasa

Tarikh Penting : 
Tempoh GA berlangsung: 12.12.14 - 2.1.2015 
Tarikh Pengumuman Pemenang : 5.1.2015. 
Tarikh Pembayaran Hadiah : 5.1.15 - 10.1.15 (selewat-lewatnya)

sempat lagi join..hahaha..
last minit penyertaan betul nie..

nak join klik banner di atas 
arigatou!


Read More »

Thursday, January 01, 2015

Harga Petrol Turun 35 sen, Diesel 30 sen


8:04 PM
Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen berkuatkuasa tengah malam ini
  

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliterHarga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97. Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

**********

Ini baru dikatakan berita gembira untuk Tahun 2015. akhirnya harga minyak turun juga. alhamdulillah. dapatlah berjimat-cermat dengan lebih baik untuk tahun ini. boleh la saya kumpul duit sikit-sikit untuk..eh? bukan bukan, lambat lagi nak ke arah itu ye. hahaha. saya kumpul duit je..hihihi. 

Dengan penurunan harga minyak RON95 dan RON97, mungkin sekali sekala kita boleh juga merasa minyak RON97 kan? boleh juga jaga enjin sikit-sikit. asyik guna RON95 je, boleh la tukar guna RON97 pulak. ataupun penggunaan secara selang seli pun boleh juga. sementara harga minyak tengah turun nie..hehe. jangan lepas nie harga minyak dinaikkan semula pula, dengan alasan harga minyak seluruh dunia dah naik. itu yang tidak kita berapa nak gemar. mudah-mudahan harga minyak ini dikekalkan, insyaAllah Amin.


lovenota : Syukur Alhamdulillah :)


Read More »

Helikopter PDRM Terhempas


Tiga insiden helikopter PDRM terhempas dalam 15 tahun
  


KEADAAN helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi.

31 Disember, 11.02 PM : Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini adalah yang ketiga membabitkan helikopter pasukan itu dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti letupan dan terus menjunam ke darat.

Dalam insiden kemalangan terbaharu pada 6.30 petang tadi, dua juruterbang pesawat berkenaan bersama dua kru terselamat tetapi mengalami kecederaan pada anggota badan.

Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Disember 2010 yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31. Helikopter yang dipandu Mohammad Sukri terhempas di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.

Pada 10 Februari 1999, tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Ketika itu mereka terbabit dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.

Sehingga kini PDRM mempunyai 10 helikopter dan beberapa pesawat Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350.


KHAMIS, 1 JANUARI 2015, 12:08 PM : 
Angin kuat mungkin punca helikopter PDRM terhempas

KOTA BHARU: Angin kuat dipercayai menjadi punca helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bantuan makanan kepada mangsa banjir hilang kawalan sebelum terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, di sini, petang semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, bagaimanapun berkata siasatan terperinci masih dijalankan.

Sumber : Berita Harian

******

lovenota : nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan. alhamdulillah.

Read More »

Wednesday, December 31, 2014

Hari Terakhir Segmen Saya!



Setelah sebulan berlalu, tiba masa "Segmen Zaman Persekolahan" sampai pada waktu akhirnya, iaitu pada hari ini. Sambutannya ok la kot, sebab saya letakkan syarat yang susah sikit kot sebab kena buat cerita mengenai zaman persekolahan masing-masing. tapi sebenarnya, satu dua ayat pun dah kira ok jer sebab tiada syarat yang mengatakan penceritaan memerlukan 350 patah perkataan seperti karangan sekolah dulu-dulu..hehe. 

Ini bermakna, semua peserta yang sudah menyertai segmen ini akan mendapat hadiah! ya! semuanya akan mendapat hadiah! best tak? yang membezakan hadiahnya adalah kualiti cerita anda yang menarik itu. tapi, yang paling penting semua dapat hadiah. siapa yang tak suka, kan? hehe.

Saya masih belum sempat membaca semua cerita peserta disebabkan kekangan masa saya sebelum ini menanda kertas peperiksaan SPM dan mesyuarat sekolah. mungkin saya akan mengambil masa selama seminggu untuk membaca dan menilai cerita anda. selepas itu, baru saya umumkan senarai pemenang segmen tersebut.

Kepada peserta segmen saya, syabas dan terima kasih saya ucapkan kerana anda berani menyahut cabaran saya. mereka ini adalah peserta yang memang komited dan memberi sokongan untuk menjayakan segmen para blogger. kerana mereka ini jugalah blogger yang tidak hanya terlalu bersandarkan kepada membuat entry Segmen/Giveaway semata-mata tempek banner di dalam entry yang kosong je. Tahniah!

Kepada yang masih belum menyertai segmen saya, masih ada masa lagi untuk menyertainya. buat 2-3 ayat pun boleh dikira. comfirm anda dapat hadiah kerana tempat pemenang masih lagi dibuka! ada 10+ blogger yang masih diperlukan. siapa cepat dia dapat! 

Nak join, klik je link di bawah:

Segmen : Zaman Persekolahan



lovenota : kepada para sponsor, bersiap sedia yer :)


Read More »

Tuesday, December 30, 2014

Harga Petrol RON95 Turun Khamis Ini


SELASA, 30 DISEMBER 2014 @ 8:09 PM 

Harga petrol RON95, diesel dijangka RM1.90-RM1.95 - Ahmad Maslan
  
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai Khamis ini (1 Januari 2015), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam tweet terbaharu beliau petang tadi, Ahmad berkata pengumuman akan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan. "Harap peniaga akan turunkan harga barang!" katanya.



******
Alhamdulillah, minyak turun lagi. kopak duit masa minyak naik tempoh hari. bila dah kurang dari RM2 nie rasa lega sikit. so, korang semua jangan isi minyak esok ye. hari khamis baru isi beramai-ramai..hehe. 

Moga-moga semua harga barang pun diturunkan. jangan buat tak tahu pulak nak turunkan harga barang ye. make sure uols kaji harga sebelum membeli sama ada harga sudah diturunkan atau belum. mesti ramai yang ambil kesempatan tidak mahu atau melewat-lewatkan penurunan harga barang. nak untung cepat kan.


lovenota : baru lega boleh berjalan-jalan jauh dengan keluarga. minyak dah murah, kan?


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®