Saturday, June 20, 2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan/Folio/Kerja Kursus Geografi PT3 2015 
Tajuk : Pekerjaan Penduduk dalam pelbagai Kegiatan Ekonomi

*LIHAT TUGASAN 2016Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan

lihat juga : Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan


Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas

CONTOH JADUAL KERJA
*ini hanya contoh. ubahsuai mengikut kaedah kajian anda*
HARI
TARIKH
AKTIVITI
CATATAN
HARI 1
Isnin
22  Jun 2015
- Menerima soalan dan panduan rubrik perlaksanaan kajian
- Tajuk: kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan

HARI 2
Selasa
23  Jun 2015
· Taklimat tentang kajian
· membuat catatan hasil penerangan guru

HARI 3
Rabu
24 Jun 2015
· mula mengumpul maklumat dalam internet mengenai konsep di makmal komputer dengam bimbingan guru
· berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh

HARI 4
Khamis
25 Jun 2015
· menyediakan borang temubual dengan bimbingan guru
·  waktu petang membuat temubual/soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
·  dengan bimbingan guru
·   dengan rakan
HARI 5
Jumaat
26 Jun 2015
·  waktu petang membuat temubual/soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat tentang cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk  di kawasan kajian..
·  dengan rakan

HARI 6
Sabtu
27 Jun 2015
·  membuat temubual/soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk mengenai kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.
HARI 7
Isnin
29 Jun 2015
·  membuat analisis daripada temubual/soal selidik 10 responden yang diperoleh.
·   menghasilkan bahan grafik yang sesuai.
·  dengan bimbingan guru
HARI 8
Selasa
30 Jun 2015
·  menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
·  di hadapan guru geografi
HARI 9
Rabu
1 Julai 2015
- menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru.
- menyemak laporan kajian dan bahan grafik.

HARI 10
Khamis
2 Julai 2015
· membuat penambahbaikan
- menghantar hasil kajian kepada guru

3 hingga 9 Julai
2015
· Guru membuat pentaksiran

*Contoh carta alir saya upload kemudian*


Anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3

*Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA/FELCRA/RISDA/ladang kelapa sawit/getah, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk*

Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015

Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih tajuk “Kegiatan Ekonomi” berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.

Contoh Kegiatan Ekonomi yang boleh anda pilih:
  • Sektor Perindustrian - kawasan industri
  • Sektor Perikanan - kawasan tepi pantai
  • Sektor Perlombongan - kawasan lombong bijih besi, simen, emas, logam dll
  • Sektor Pertanian - FELDA/RISDA/FELCRA
  • Sektor Pembalakan - PERHILITAN/kawasan hutan simpan
  • Sektor Perkhidmatan - pengangkutan (LRT, komuter KTM, stesen bas)
  • Sektor Perniagaan - perbandaran (restoran, kedai runcit, pusat membeli-belah)
  • Sektor Penternakan - ternakan haiwan seperti kambing, lembu, kerbau, udang, sotong

**********************

Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di .................. (nama kawasan tempat anda)

Objektif kajian: Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di ................. (nama kawasan tempat anda) :
1) Menyatakan maksud konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
2) Menghuraikan latar belakang kegiatan ekonomi dan menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di kawasan kajian.
3) Menghuraikan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian.
4) Menyatakan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian

Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:

1) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya telah memerhati pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Contohnya ialah pertanian, pendidikan, perniagaan dan penternakan (mengikut kegiatan ekonomi di tempat kajian anda).

2) Borang Soal selidik 
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.

3) Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian (kaedah temubual). Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk menjayakan kerja khusus ini. Selain itu, saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 3 untuk memudahkan saya membuat kajian ini.

contoh kaedah kajian lain : Rakaman Audio atau Visual, kaedah temu bual

Latar Belakang Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi adalah satu proses di mana penghasilan, pengagihan dan penggunaan berlaku. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan nilai dan pendapatan.

*Sebagai contoh, latar belakang kegiatan ekonomi pertanian*

Pertanian memerlukan seorang petani untuk menghasilkan hasil tanaman yang dikehendaki, iaitu beras, sayuran, dan buah-buahan. Selepas penghasilan dilakukan, ianya akan diagihkan kepada para penjual. Para penjual di sini merujuk kepada penjual-penjual di pasar tani, pasaraya, dan pasar minggu contohnya. Kemudian, akan berlaku proses penggunaan. Pengguna adalah 'end-user' hasil daripada kegiatan ekonomi pertanian ini. Penguuna merujuk kepada kita sendiri, ibu bapa, dan orang ramai yang pergi ke pasar tani untuk membeli barang-barang ini.


HASIL KAJIAN

1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi

Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. 
(Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.)

Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
(Rujukan : http://www.businessdictionary.com/)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti. 

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga. 

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan. 

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. 

Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian (berikan contoh di kawasan kajian anda).

Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara. Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, sektor Sekunder dan Sektor Tertier. Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, pembalakan dan perlombongan. Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan. Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan Kewangan.

contoh huraian lain :


2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di ................. (Berdasarkan tajuk anda)

Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit (mengikut kegiatan ekonomi yang anda pilih). Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.

2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan di kawasan kajian anda.

contoh:



2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal. Perlu ada borang soal selidik. Dapatkan 10 - 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan soal selidik mengandungi perkara berikut :
- maklumat responden
- maklumat kajian: 
  • jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian, 
  • cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian, 
  • mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.


*Sila ambil gambar di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kaji. Sila sertakan keterangan di bawah setiap gambar anda dan cetak.*

CONTOH 1
Borang Kaji Selidik
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 Geografi
Tajuk: Kajian Kes Kegiatan Ekonomi Penduduk Di Felda Jengka Pahang

Bahagian A: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Nama Penuh: __________________________

2. Jantina: [   ] Lelaki [   ] Perempuan

3. Umur: __________ tahun

4. Bangsa:

[   ] Melayu
[   ] Cina
[   ] India
[   ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

Bahagian B: Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang

5. Pekerjaan:

[   ] Peneroka
[   ] Buruh
[   ] Kakitangan Felda
[   ] Guru
[   ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

6. Sila nyatakan sektor pekerjaan anda ?

[   ] Pertanian
[   ] Perikanan
[   ] Pembalakan
[   ] Perkilangan
[   ] Perkhidmatan
[   ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan

7. Pendapatan Bulanan?

[   ] RM 0-RM 900
[   ] RM 900-RM 1,000
[   ] RM 1,000-RM 1900
[   ] RM 1900 dan keatas

8. Adakah anda melakukan pendapatan sampingan?

Jika [YA] sila nyatakan di bahagian tempat kosong, Jika [TIDAK] Sila kosongkan

(__________) Sila nyatakan

9. Cadangkan alternatif untuk tingkatkan pendapatan anda?

(__________) Sila nyatakan

10. Sila nyatakan potensi kegiatan ekonomi selain daripada Kelapa Sawit di kawasan ini ?

(__________) Sila nyatakan

# nak download - klik Download borang kajil selidik dari melvistar.com

CONTOH 2
Borang Kaji Selidik
Tugasan Geografi Tingkatan 3
Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)

ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAAN
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

1. NAMA PENUH   : _______________
2. JANTINA          : [  ] LELAKI  [ ]WANITA
3. UMUR              : _______
4. BANGSA          : [ ] MELAYU 
                            [  ] CINA
                            [  ] INDIA
                            [  ] LAIN-LAIN, NYATAKAN: _______
5. PEKERJAAN: ____________

BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?
[  ] Pertanian
[  ] Perlombongan
[  ] Pendidikan
[  ] Pelancongan
[  ] Pembalakan

BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[  ] Peluang kerja
[  ] Peningkatan taraf hidup
[  ] Pendapatan
[  ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat

BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[  ] Pencemaran
[  ] Kepupusan sumber mentah
[  ] Peningkatan populasi mendadak
[  ] Perubahan landskap

BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?
[  ] Kempen
[  ] Kuat kuasa undang-undang
[  ] kitar semula

Nama responden : ____________        Tandatangan : __________________
Tarikh: ______________

nak download - klik Download borang kajil selidik dari musadun.com


Kaedah Temu bual
Kaedah ini boleh juga digunakan untuk menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian. Boleh lampirkan borang temu bual yang akan anda gunakan semasa menemu bual responden. 

Contoh Borang Temu Bual

Nama : ...................................

Umur : ....................................

Pekerjaan : ...............................

Alamat : ...................................

1. Apakah jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan di kawasan .............. (kawasan kajian)

    __________________________________________________________________


2. Berikan cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ..........


    _______________________________________________________________

3. Nyatakan kegiatan ekonomi yang mungkin berpotensi untuk dimajukan di kawasan      ............ (kawasan kajian)

   ________________________________________________________________


Tandatangan Responden


............................
( nama responden)                               


2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk ............. (Di kawasan tempat tinggal anda)

Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.

Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit



Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label


3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.

3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

(a) Pertanian - Bercucuk tanam pokok 
- sawah padi
- sayur-sayuran
- kelapa sawit
- getah

(b) Perikanan
- nelayan di laut
- memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.
- mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.

(c) Perniagaan
- perniagaan runcit
- perniagaan kecil dan sederhana
- restoran

(d) Perusahaan
-perusahaan kraf tangan

(e) Penternakan 
- ikan
- udang
- kambing
- lembu

(f) Perkilangan
- kilang perabot, plastik, logam dll

(g) Membuat Perniagaan Online 
- Jual tudung 
- Baju
- aksesori wanita dan lelaki

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.*

Contoh Jawapan:

1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan. Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.

Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya. Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak. 

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

3. Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular. Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan. Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4. Membuat Kerja Digital – Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian). Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat. Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan. 

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online). Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya. Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital. Secara umumnya, tiada pra­syarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan. 

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya. 

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil. 
  • Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda.
  • Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja
  • Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak 
  • Kurangkan pergantungan kepada orang tengah
  • Eksport hasil padi ke luar negara
contoh lain : sila rujuk link ini


4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda

Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:

(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)
contoh:
Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau  sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.

(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)
contoh:
Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.

huraian lengkap Inap Desa (homestay) : klik contoh 1, contoh 2

(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)

(d) Tanaman Fertigasi
contoh: 
Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)

(f) Pelancongan Desa
huraian lengkap : klik contoh 1, contoh 2

(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
huraian lengkap : klik contoh 1

*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh*

5. Kesimpulan/ Rumusan

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan
  • Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.
  • Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian.
  • Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian.
  • Menulis sumber rujukan dengan betul
  • Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data

Contoh penulisan sumber & rujukan:


(g) Sumber rujukan
(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
  • buku
  • internet
  • akhbar
  • majalah
  • orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat. 
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang diperoleh)

dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.

d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL). 

contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../

e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].

contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur [Temubual]. 

g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen. 

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit. 

contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. 

j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat. 

k. Sumber lain :
artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).

Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

l. Kamus 
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. 

NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini


**************************

Jika anda inginkan contoh yang lain, anda boleh klik mana-mana contoh di bawah:


KAJIAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4

Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia
Kegiatan Ekonomi Tradisional

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:

Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3


Tempoh Pelaksanaan Tugasan Geografi PT3 2015
21 Jun 2015 sehingga 3 Julai 2015

Diedit oleh saya sendiri. 


*KEPADA BLOGGER MURAHAN YANG SUKA CIPLAK KERJA ORANG SESUKA HATI TANPA MINTA IZIN, BULAN PUASA NIE BAWAK-BAWAK LA TAUBAT. TAK PERLU BUAT KERJA KOTOR TU. KALAU NAK SANGAT BUAT KERJA HARAM, TERUSKAN*


kalau nak semua maklumat, print je. tak perlu copy-paste. nanti uolss kena salin balik di kertas kan? so, jangan sumpah seranah saya sebab tak boleh copy.

Nak print senang je,

chrome dan mozilla user : guna tab menu browser uols yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. Boleh juga save kalau tak nak print, save guna pdf. 




Good luck!



Read More »

Friday, June 12, 2015

Majlis Akad Nikah Adik


Tak dapat nak cerita banyak malam nie. Disebabkan terlalu penat menguruskan majlis petang tadi, saya post satu gambar jela untuk malam nie. Bila ada masa free, akan saya paparkan buat tatapan rakan blogger sekalian. 

Tahniah buat adikku dan suaminya. Dah kena panggil kakak dah lepas nie. Hormat sikit ye, adik ipar. Haha. 

Pada sesiapa yang berada di Port Dickson dan ada masa free esok, datang la ke majlis perkahwinan adik saya, Zana dan Wan di Dewan ILMI, Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera, Port Dickson untuk merahmati kedua-dua mempelai. Jemput datang ye. Jangan malu-malu. 
 


Ramai yang tanya, "kakaknya bila lagi? Cantik kakaknye" *maluuu betol oii*
Tunggu la bulan di planet Uranus tu jatuh ke riba..hihihi. 


lovenota : esok busy lagi. Rehatkan diri

Read More »

Thursday, June 11, 2015

Kawan Susah Senang


Malam ini payah bagiku untuk pejamkan mata
Apa yang sebenarnya berlegar-legar di mindaku ini
Semua perkara kutafsirkan satu persatu
tapi semuanya berakhir di jalan buntu

Ya, aku harus luahkan semua ini
supaya mindaku dapat dikosongkan
tapi pada siapa?
kawan? Kekasih?
Semuanya tak guna
tiada siapa yang mengerti

Tiada seorang pun yang sudi
bersusah-susah bersama
berduka bersama
bermuram durja bersama


Benar kata orang
kawan semasa gembira senang dicari
kawan semasa susah, semua larikan diri

Oh ya, adakah aku punyai kawan?
Siapa kawan-kawanku?
Oh..rupanya tiada sesiapa

Kawanku cuma satu,
Cuma Dia sahaja iaitu Allah swt 
Dia yang Maha Mengetahui semuanya


sya_balqis
11 Jun 2015
4.15 am



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®