Sunday, October 31, 2010

:: amaran: jangan letak handphone tepi seterika ::

ada satu video pasal nie amaran keras nie..

sebelum tu balqis nak pesan..
masa korang tengah gosok baju ke..
terutama orang2 bujang yang xde iron board kat rumah..
jangan laa letak handphone anda di sebelah seterika yee..
tak kira la betapa mahal henpon anda..
blackberry ke..nokia canggih kee..i-phone 4 kee..
jangan la yee..walaupon henpon anda ada safety or warranty..

so pelisss jangan letak henpon di sebelah seterika..

nak tengok video tu klik kat link di bawah yee..


:: best tak video tuh? hahaha! ::
Read More »

Saturday, October 30, 2010

:: Cantiknya LELAKI dan Hebatnya WANITA ::


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. 
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

sumber: facebook
Read More »

Wednesday, October 27, 2010

:: Surat Kepada Bakal Suami..18 ke Atas Sahaja ::

dulu cik balqis pernah post entry
pasal 10 peraturan yang bapa si perempuan bagi kat boipren anak dia kan..
nak baca balik tengok kat entry nie..

kali ini pulak balqis nak kongsi..
surat perempuan untuk bakal suami2 mereka..future husband lah!

layan!!


Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

Oh laling,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!)Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

Oh Laling,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,
Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


:: ok tak camnie? hehe ::
Read More »

Tuesday, October 26, 2010

:: Sate Kajang ::

baru  tadi je lepas makan Sate Kajang Haji Samuri..
ape..ingat nak makan sate kajang kena pergi Kajang ke..
oh tidakk..hehe..
Port Dickson pun ada sate kajang taw..kat Batu 4..


memang ramai jugak la yang datang makan kat situ..
satu2nya sate yang sedap and isi yang besar2..
yelaa..kalau pasar malam kecikk jee..tu pun mahal jugakk..tak berbaloi haa..

dah lama tak makan sate kajang nie..
yelaa..kerajaan kan dah gaji semalam..
tu yang abah belanja makan sate kajang..haha..


sedap takk..hehe..
sedap hingga menjilat jari!

:: gemok laa malam nie..hehe ::
Read More »

Sunday, October 24, 2010

:: Piala Malaysia: Kelantan VS Negeri Sembilan ::


seperti semua dah tahu..
kelantan n NS akan bertemu 
mata ke mata..
kaki ke kaki..
merebut sebijik bola..
(dulu mase kecik2 aku pelik..kenapa ramai2 kejar bola sebijik kat tengah padang..haha..)
so kedua2 team nie akan merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 
kat Stadium Bukit Jalil pada 30 Oktober 2010..

so..adakah NS akan mengulangi sejarah kejuaraan mereka??
ataupun Kelantan merebut takhta NS??

aku sokong mane ek? haha..
kalau korang nak tahu..ak ade kaitan dengan kedua2 negeri ini..
Kelantan adalah tempat tumpah lahir abahku..
kire ada kampung la situ..
hola..ore pon klate gok..buke mu sore jaa..hoho..(kecek doh!)

dan..nogori pulok tompat den tinggal skrg nie..
iyo laa..den kek Port Dickson haa..
meh laa jumpo den kek sini kalu datang PD..hoho..
hobin jang hobin!

alaa..tak kisah laa siapa yang menang..
janji jangan la cetuskan pergaduhan macam tahun lepas..
pasal bola pun nak bergaduh.
.pemain bola tuu dok gecek2 bola dengan senang hati jee..
korang yang kat atas tempat penonton tuh plak yang melebih2..huhu..
harap2 semuanya jadi aman dan damai..amin..

:: ape kes tetibe cite pasal bola plak nie..hehe ::
Read More »

:: Award: Blog Paling Sweet 2010 ::

haha..award lagi taww..
jangan jeless..hehe!! (n_n)

award kali ini datangnya dari
memang kak LM selalu jugak datang blog nie..
tengkiu very2 much kak LM..
singgah la selalu lagi ye..hehe..



hoho..sweet ke blog nie? haha..
tak sangke yee..hehe..
(mula perasan~~)

dah dapat award nie..balqis cuma perlu tag je kepada 5 orang..
Ok nanti balqis bagitahu siapa yang dapat award nie kat shoutbox/shoutmix korang..

:: kenyangnyee makan pizza tadi..jangan jeles..hehe!! ::
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®