Saturday, October 30, 2010

:: Cantiknya LELAKI dan Hebatnya WANITA ::


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. 
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

sumber: facebook

10 comments:

  1. benarkah penghuni neraka adalah wanita?

    ReplyDelete
  2. susah nak cr lelaki yg baik skrg ni..tp kita antara golongan yg mudah msk neraka..kena ingat dan hati2 dlm setiap hal..cuma peringatan utk diri sendiri jew..

    ReplyDelete
  3. berharap dapat memiliki lelaki seperti ciri2 itu~

    ReplyDelete
  4. Insyaallah berusaha ke arah itu.. amin

    ReplyDelete
  5. kat mana nak cari wanita bercirikan kat atas tu yee?..hurmm..susah skrang ni..

    ReplyDelete
  6. terimakasih. artikel ni bagus.. :)

    ReplyDelete
  7. yup..kekuatan perasaan adalah kekuatan yg perlu ada pd wanita..masa frust dulu..ayat2 macam ni la pembangkit segala semangat :p kepada yg tengah kecewa..baca n hayati makna kata2 ni betul2..bila faham n masuk dlm jiwa..inSyaALLAH..anda akan berjaya melalui keperitan kekecewaan tuh.

    ReplyDelete
  8. @ramdan ...bukan pompuan sahaja...laki pun ade...tapi kebanyakannyer pompuan..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®