Friday, April 10, 2015

CPUV #222 : HITV Immuno-Therapeutic Vaccine


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk mempromosi CPUV terbaru, iaitu vaksin HITV, sejenis vaksin untuk mengubati penyakit Kanser. Kanser menyebabkan 7 juta kematian setiap tahun atau 12.5% daripada jumlah kematian di dunia. Hari ini dengan kemajuan dalam pembedahan, kemoterapi dan radiasi terapi, kadar kematian kanser telah dikurangkan.


Bagaimana untuk mengetahui kita menghidap kanser?

Jika korang melihat gambar di atas, itu adalah perbezaan sel yang normal dengan sel kanser di mana jika kita menghidap kanser, struktur sel amat berbeza berbanding sel normal. paling senang nak nampak ialah sel kanser mempunyai lebih dari satu nukleus. siapa yang ingat pasal sel masa sekolah dulu-dulu faham la gambarajah ini. hehe.

Pembedahan, radioterapi dan kemoterapi adalah tiga jenis rawatan kanser. Sekarang kita boleh menganggap immunoterapi sebagai dimensi keempat, yang memanfaatkan sistem imunisasi semula jadi dan keupayaan untuk menangani penyakit.

HITV (Hasumi™ immunotherapeutic vaksin) terapi [HITV Immunotheraphy for Cancer] telah dibangunkan oleh Dr. Kenichiro Hasumi, Klinik Tokyo ICVS. Protokol sangat berkesan semasa melibatkan suntikan intratumoral belum matang sel-sel dendrit autologous dalam kombinasi dengan TomoTherapy. Sejak 2008 lebih 500 pesakit kanser peringkat akhir telah menerima terapi ini di Klinik Tokyo ICVS dan kadar CR / PR yang amat tinggi telah dicatatkan.

Jaga kesihatan anda. sentiasa periksa tahap kesihatan anda. dari luar memang nampak sihat, tetapi organ dalaman kita tak tahu. 

Biar duit hilang, jangan nyawa melayang.


lovenota : penyakit yang paling menyeramkan manusia. 


Read More »

Thursday, April 09, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang


Hari ini selesai sudah acara sukan sekolah, iaitu Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat sekolah. Hari ini saya bertugas bahagian pelepas. Sehari suntuk di padang dari pagi sehingga tengah hari. Agak panas pula cuaca hari ini. Dengan keadaan saya yang tak berapa sihat, gagahkan diri juga untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 

Alhamdulillah, rumah sukan Kelisa @ rumah merah menjadi johan pada tahun ini. Rasanya sudah 3 tahun rumah Kelisa asyik mendapat Naib Johan. Last dapat johan pun tahun 2011 rasanya. Dapat merasa kembali piala Johan tu. Tahniah.


Maskot rumah Kelisa. Ladybird. 

Akibat sehari suntuk di padang, saya rasa lemah. Kepala berat sangat. Rasa nak migrain. Bergoyang-goyang rasa. Saya pun dah 5 hari tak makan nasi. Ulser saya semakin besar dan membengkak. Tak boleh nak kunyah langsung. Terus saya ambil keputusan untuk balik ke rumah tanpa menunggu majlis penutup sukan. Saya tak nak pitam di sekolah. Baik pitam di rumah. Lagipun sekolah ambil cuti peristiwa hari ini. so, balik jelah. 

makin lama cuaca tak tentu. Kejap panas kejap hujan. Saya yang menjadi mangsa perubahan cuaca tersebut. 6 hari menanggung sakit. Sedih. 

Mengadu pada sayangness, dia pesan suruh makan aiskrim kat tempat ulser. Pedih tu! Teringat masa dia kena ulser 2 tahun lepas di Waterpark i-City, hanya mampu melihat saya makan dengan seronoknya. Hehe. 


lovenota : saya diberitahu saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014. Syukur alhamdulillah. 


Read More »

Monday, April 06, 2015

Ulser



Walaupun ulser tersebut nampak kecil, 
Tetapi mampu melumpuhkan seluruh badan kita 
Sakitnya terasa mencucuk-cucuk 
Bila dah pecah, bengkaknya sangat terasa
Berdenyut-denyut dari dalam mulut 
oh tidak, inilah sakit yang paling tidak digemari 

Tak pasal-pasal kena ambil MC hari ini
Macam mana nak mengajar kalau bengkak kat mulut 
Bukannya ulser di bibir, tapi di kawasan pipi sebelah kanan
Nak mengunyah pun susah, apatah lagi ingin berbicara 
Senyapkan sahaja mulutku hari ini

Walaupun saya dapat MC, saya harus ke Tampin untuk menghadiri mesyuarat panitia 
Gagahkan diri jugakla. 


lovenota : pelik kalau suara sendiri tidak kedengaran. budak-budak lagi double pelik. cikgu bisu, katanya.


Read More »

Sunday, April 05, 2015

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014



Siaran langsung secara live, keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 serta komen saya sikit pada malam ini. hehehe.

Pada awal pembukaan anugerah dipersembahkan oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum. best sangat! 

1. Artis Baharu Lelaki Popular : Hafreez Adam

2. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
Baju Didie Alias sangat la gorgeous uols! memang Lady Gaga Malaysia la.



3. Artis Duo/Berkumpulan Popular : Akim & The Magistrate



4. Pengacara TV Lelaki Popular : Datuk Aznil Nawawi

5. Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana (Hot FM)



Ella dan Korie nyanyi lagu Pergilah Sayang. serius, itu lagu karaoke masa saya kecik-kecik lagi tau..haha.

oh, saya suka lagi Ayda Jebat nyanyi lagu Wanita Terbahagia. macam spoil jer.


Cinta Itu Seperti Angin
Kita tak dapat melihatnya,
Namun dapat merasakannya



look who is in da house! El and Kyra!
Ungku Ismail Aziz and Siti Elizad


3 jejaka hangat : Syarul Ridzwan, Shukri Yahaya dan Hisyam Hamid

6. Pelakon TV Lelaki Popular : Shah Iskandar

7. Artis Baharu Wanita Popular : Ayda Jebat


8. Penyampai Radio Lelaki Popular : Johan (Era FM)
woww, rambut baru Johan sangat kelasss! baru la macho :D
macam klon Anuar Zain je..hehe. eh. Johan cium mulut isteri? ishkkk



9. Pengacara TV Wanita Popular : Neelofa
As usual, she looks stunning and beautiful 


Cinta Dibentuk oleh Satu Jiwa 
yang Dihuni oleh Dua Raga

10. Pelakon TV Wanita Popular : Nad Zainal

11. Artis Komedi Lelaki Popular : Abam Bocey
"Gemuk is AWESOME!"

Cinta tidak pernah menuntut, 
Cinta selalu memberi

12. Penyanyi Wanita Popular : Adira


13. Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Tan Sri SM Salim


Cinta selalu menderita, 
tanpa pernah meratap, 
tanpa pernah mendendam

15. Penyanyi Lelaki Popular : Akim

16. Pelakon Filem Wanita Popular : Siti Saleha

Cinta adalah puisi. 
Makna-maknanya keluar dari hati

17. Anugerah Bintang Paling Popular 2014 : Shaheizy Sam
mendapat 265, 703 undian. bertuah dapat kereta Toyota Camry yer..Tahniah!




Anugerah ABPBH Kategori Online
1. Personaliti Popular : Faiz Dickie
2. Gandingan Serasi Di Layar : Zul Ariffin dan Ayda Jebat
3. Artis Lelaki Stailo : Zul Ariffin
4. Pasangan Selebriti Romantis : Awal Ashaari dan Scha Alyahya
5. Artis Paling Kontroversi : Sharnaaz Ahmad
6. Artis Wanita Stailo : Datuk Siti Nurhaliza


nak lihat gambar-gambar artis di karpet merah pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015, anda boleh ke galeri ABPBH di --> sini

ingin menonton kembali video persembahan artis pada malam ini, boleh ke laman web http://www.tontonmusic.com.my/

Best ke anugerah malam nie? entah. hehe.

Puas hati ke dengan keputusan tu semua? kalau tak puas hati, salah korang jugak. kenapa tak undi banyak-banyak? hehehe. tapi ada keputusan yang agak mengejutkan. sebab fans diorang banyak undi, menang la dia. ye?

tapi kan, baju artis-artis malam nie ada yang cantik, menarik, terlampau seksi, tetapi yang tak cantiknya ada yang nampak 'tersembul'. oh, bukan 'tersembul' yang semula jadi tu, tetapi yang 'tersembul' adalah sesuatu yang sepatutnya tak perlu ditayangkan. paham-paham korang sendiri la. korang mesti perasan punya. huhu


lovenota : nak tidur. penat dating. eh!


Read More »

Saturday, April 04, 2015

Tolong Awasi Anak Anda!


Video CCTV kanak-kanak maut jatuh dari tingkat dua di Kenanga Whosale City Mall





Budak maut jatuh lima tingkat

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat dua di kompleks beli belah Kenanga Wholesale City, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa iaitu Nurhayada Sofia Musa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber : Harian Metro

******************

Bagi sesiapa yang sudah menonton video CCTV di atas, mesti anda rasa terkilan dengan kematian kanak-kanak tersebut. hanya bermain di tepi ruang kecil eskalator sahaja dah boleh membawa maut. ruang kecil tu walaupun nampak je sempit, tetapi memang boleh muat seorang kanak-kanak yang kecil seperti arwah Nurhaya Sofia. 

Yang menghairankan saya, takkan ruang kecil tu tak ada penghadang kaca? kalau dilihat tempat kejadian tak ada sebarang kaca yang pecah bersama-sama dengan mayat. maknanya memang tak ada penghadang la, kan? kalau ada pun mesti pasang birai pagar bahagian atas je. 

Takkanlah tiada langsung ciri-ciri keselamatan pada bahagian tersebut? saya tak pernah ke Kenanga Wholesale City Mall, so tak tahu ada pasang ke tidak. Kenanga Wholesale City Mall ataupun dikenali sebagai KWC Mall dibuka pada tahun 2011. ini bermakna pusat beli-belah tersebut sudah dibuka selama 4 tahun, tetapi adakah ciri-ciri keselamatan bangunan tersebut di tahap yang baik? 

Saya berharap sangat ibu bapa yang membawa anak-anak berjalan-jalan memantau anak-anak anda setiap saat. sebab kejadian malang berlaku hanya sekelip mata. jangan lalai mengawasi anak anda. elakkan membuat sesuatu perkara yang melarikan tumpuan anda. jangan benarkan anak anda bermain di kawasan eskalator. walaupun mesin berteknologi itu sudah lama memberi manfaat kepada semua orang, tetapi ia masih dianggap berbahaya. be aware! 

Al-Fatihah.


lovenotaMalang tidak berbau. 


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®