Friday, September 19, 2014

Alexa Ranking semakin Naik





Ini adalah entry versi 2 dari Versi 1 Mama Niza, iaitu Tak Gila Kejar Follower.

Memang betul kata-kata dari Mama Niza dalam entri "Tak Gila Kejar Follower". Actually memang nak update entri pasal follower pun, tak buat karangan sikit-sikit malam tadi. tapi Mama Niza dah update dulu. hehe. ramai blogger yang kenal Mama Niza. saya pun dah lama kenal Mama Niza sejak mama guna blogspot lagi. eh, lama jugak la kan? ada kot dalam 2 tahun. eh? entah. lama dah. haha.

ini cuma dari pendapat saya, bukan secara umumnya. 

Nak blog ada dalam Google ranking? nak blog dalam Alexa Ranking? dapat ranking 1 ribu pun dah ok, kan? so, kena la pandai main SEO keyword. blog kena mesra SEO.  nak tips blog mesra SEO boleh baca blog bro Hasrul Hassan. kat situ banyak tips yang diberikan. saya akui saya ada jugak ikut keyword SEO nie tetapi tidak sepenuhnya. pening sikit main SEO nie. hehe.

Selain dari itu, kalau nak follower ramai, gaya penulisan anda kena cantik, kemas, dan tersusun. ada daya penarik. blog comel ke cantik, contohnya. dan juga mesti konsisten dalam update blog. loading blog tu kena cantik jugak, tak nak blog berat-berat, tak habis loading comfirm kena pangkah dah. widget-widget yang tak guna sangat tu jangan pasang, contohnya jam, calender, etc. ada masa lapang buatlah segmen ringkas, giveaway ataupun blogwalking. mesti blog anda sentiasa diterjah. 

Saya? update blog tak konsisten, blog pun lebih kurang. tak cantik pun. cerita merapu meraban. kurang mesra SEO. eh, banyak la. tapi tak apa. saya berblogging bukan nak rating, tetapi memang suka menulis dan berkongsi ilmu dan artikel. itu sahaja. ikhlas saya katakan, hanya waktu cuti sekolah ataupun cuti weekend *kalau tak balik kampung* sahaja masa saya untuk berblogger. contohnya, cuti sekolah nie. saya ada banyak masa yang saya tumpukan pada blogger *yelah, sampaikan semua kerja lingkup. kertas exam tak ditanda. kerja report semua tak bergerak-gerak lagi..iskh3*. dan disebabkan itu, Alexa Ranking saya naik sebanyak 10 ribu++ dalam seminggu berbanding pada hari biasa. saya tidak tipu! memang itu yang terjadi kepada blog saya minggu ini. itu adalah kuasa penangan dari Blogwalking dan sertai pelbagai segmen dan giveaway.

cara nak naikkan Ranking Alexa dengan cepat:
  1. update blog secara konsisten
  2. artikel sentiasa berkualiti *kurangkan copy-paste artikel orang lain*
  3. selalu blogwalking *bagi trafik naik dan dapatkan backline*
  4. selalu buat review ranking Alexa *perasan tak ada blogger selalu buat review ranking Alexa. itu adalah salah satu cara sebenarnya, bukan saje-saje*
  5. promosikan blog anda *ping di mana-mana : Facebook, Twitter, Blogr, Ping Busuk, Kartikel, Pingje, Kaki Ping*
  6. jangan suka-suka tukar template sesuka hati *effect pada ranking termasuk Google Ranking dan Page Rank*

Mengenai Blogwalking, saya akui saya memang kurang BW. kadang-kadang tak pernah BW. hanya ping url blog lepas tu tutup blog, buat kerja. saya memang takkan sempat nak buat semua tu disebabkan tugas hakiki saya yang memang suka tak bagi saya rilek2. nak buat macam mana, dah itu memang kerja saya. orang yang berkerjaya dan professional tinggi macam saya *ehem* memang kurang memberikan komitmen kepada blog masing-masing. macam mama cakap, nak harapkan orang BW blog kite kena BW blog orang dulu kan? yela, betul la tu. tapi saya memang tak buat. sesiapa yang masuk blog saya memang visitor yang seikhlas hati nak membaca blog saya. tengkiu, gamshahamnida, arigatou, trimas saya ucapkan. 

Follower saya pun tak ramai. saya tak kisah. mereka follow seikhlas hati ke tidak, itu hak mereka. kalau uols follow blog saya sebab nak difollow balik, kirim salam la yer. saya hanya follow blog yang saya suka dan best jer. *tettt! macam blog hengkou best sangat! caitt!* ade aku kesah? pedulikkan! hahaha! tetapi, melalui follower sebenarnya kita boleh tarik visitor melalui update-update entri yang terbaru. so, nak follower ramai, blog kena menarik la ye!

apa-apa pun, baik Google Follower ataupun G+ Follower, saya sayang follower saya :D
terima kasih follow saya ye :D

lovenota : tinggal beberapa hari lagi nak mula persekolahan. korang rindu-rindukan i selalu eh..ngeee :P

p/s : belum sempat blogwalking lagi. saya nak balik kampung di Port Dickson. babai!

update: Abang Ben Ashaari post satu komen di Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA), "Up jer entri terbaru dan rajin-rajin g baca entri kawan-kawan yang post. Tu baru blogwalking..". so perfect! that's the right way to blogwalking. :)

Read More »

Cabaran 30 Hari # Hari 19: 1 Resepi Kegemaran Anda

#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari


Hari 19: Satu Resepi Kegemaran Anda

resepi paling senang di alam semesta! haha!
senang pun masih lagi tetap faveret. sedap! suka!


Begedil Kentang

Bahan-bahan:
- 2 biji kentang
- 1 biji bawang besar
- 1 biji telur
- Daun sup & daun bawang (dicincang halus) 
- secubit garam


Cara membuatnya:
- Kupas kulit kentang dan kemudian potong dadu saiz kecil-kecil supaya mudah empuk
- Kupaskan bawang dan hiriskan bawang tersebut
- Panaskan minyak dan gorengkan kentang tersebut sehingga empuk dan toskan
- Kemudian, gorengkan bawang tersebut sehingga kekuningan dan toskan.
- Lenyekkan kentang dan bawang yang telah digoreng.
- Gaulkan bawang dan kentang tersebut supaya membentuk sebati. Campurkan daun bawang dan sup yang telah dicincang dan jangan lupa taburkan garam secukup rasa.
- Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bebola saiz kecil dan leperkan seperti bentuk begedil.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau sedikit. Tambah kan sedikit garam untuk menambah perasa pada kulit begedil tersebut.
- Panaskan minyak
- Celupkan begedil tadi ke dalam telur tersebut dan goreng sehingga warna keemasan.


taraaa~


begedil ini korang boleh buat kentang sahaja, tak pun buat perisa ayam atau daging. memang sedap!


Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Thursday, September 18, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 18: Siri TV Kegemaran Anda

#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari




Hari 18 : Siri TV Kegemaran Anda

actually dulu-dulu ada post entry macam nie. tapi, tak apa. saya copy paste je dari entry lama. trafik entry tu pun da banyak. cuba tengok trafik entry nie pulak.

honestly, sekarang saya dah tak tengok TV sebab tak ada TV dalam rumah sewa saya. malas nak beli. saya hanya tengok TV dalam internet je, macam drama-drama boleh tengok kat Tonton kan? so, malas nak beli TV nak pasang Astro bagai. hehe

so, siri TV kegemaran saya dahulu:

1. Sailormoon
masa kecik-kecik siapa yang tak tengok cerita nie memang tak sah. sehinggakan saya download kesemua siri Sailormoon yang ada. Best tengok Usagi yang nakal-nakal ala-ala senget tu. comel je. hehe


atas sekali : Diana on Luna-P, Sailor Star Fighter, Princess Kakyuu, Sailor Star Healer, Sailor Star Maker
2nd row : Super Sailor Jupiter, Super Sailor Neptune, Super Sailor Uranus, Super Sailor Pluto
3rd row : Artemis, Super Sailor Venus, Sailor Chibi Chibi Moon, Tuxedo Mask
4th row : Super Sailor Mars, Eternal Sailor Moon, Super Sailor Mercury, Luna
Bawah Sekali : Super Sailor Chibi Moon, Super Sailor Saturn

Sailormoon ataupun ada yang kenali sebagai "pretty soldier sailor moon" yang nie kartun yang semua perempuan menjadi hero untuk menumpaskan musuh dan melindungi bumi. kartun inilah kartun 1st aku tengok kat TV2 masa tahun 90-an. semua girl dalam nie semuanya cantik-cantik dan sexy. semuanya menggunakan nama sistem solar kita. aku ingat lagi yang sailormoon tuh cakap.."dengan kuasa bulan, akan menghukummu"..haha. memang tak boleh lupa la. 

2. Cardcaptor Sakura
masih lagi menonton kesemua siri sampai sekarang. tak jemu tengok ulang-ulang kali. sangat cute sangat comel! memang addict sangat dengan sakura!


cerita PALING FAVOURITE! cerita ini berunsurkan romantic anime. salah satu siri animasi yang mempunyai high ranking pada masa dulu. dengar-dengar nak buat sambungan tapi sampai sekarang tak ada lagi. sepatutnya buat je. komfirm i tengok jugak uolss..hehe :P

3. Detective Conan

yang ini dah cakap dah masa Cabaran Komik yang anda suka. siri TV pun suka jugak. nampak real pun best jugakk..hehe

4. Boys Over Flower



antara yang paling favourite dalam semua cerita drama korea yang saya lihat. tak ada drama korea yang boleh tewaskan drama yang ini. tengok ulang-ulang pun tak jemu lagi. semua lagu-lagu dalam drama ini sudah dihafal. kemain!


dah tak boleh fikir dah. itu je kot..hehe. bai!

Cabaran 30 Hari Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 | Hari 10 | Hari 11 | Hari 12 | Hari 13 | Hari 14 | Hari 15 | Hari 16 | Hari 17 | Hari 18 | Hari 19 | Hari 20 | Hari 21 | Hari 22 | Hari 23 | Hari 24 | Hari 25 | Hari 26 | Hari 27 | Hari 28 | Hari 29 | Hari 30 |

Read More »

Perjalanan Blog Bersama Nur As



Perjalanan Blog Bersama Nur As

Berakhir : 23 September 2014

jom join blogwalking contest nie. kita support Nur As eh?

nak join klik banner di atas ler

arigatou!

Read More »

GIVEAWAY : BLOGGER 1 MALAYSIA



Tarikh : 27 August 2014 - 27 September 2014

Ada beberapa soalan yang perlu dijawab:

1. nyatakan anda blogger dari mana

oh, well. i am a blogger from Negeri Sembilan. orang nogori kito. peace! 

2. nyatakan kenapa anda menjadi blogger

masa mula-mula blogger dulu iaitu pada tahun 2008 disebabkan oleh pengaruh kawan yang sangat kuat. so, mula la berjinak-jinak sikit. tengok orang buat blog, kita pun nak berblog jugak. pada mulanya, hanya berblog dengan kawan-kawan, kemudian baru sesama blogger lain. suka menghias blog sendiri, lama-lama memang dah pakar main coding CSS. cuma tak buat tutorial je. malas..hehe. lama kelamaan memang suka dan faveret bercerita sana sini di dalam blog ini mengenai kehidupan seharian saya dari zaman Universiti dan aktivis duniawi sambil memperingati dan saling mengingati antara sesama blogger mengenai kehidupan selepas duniawi. suka sharing pelbagai jenis genre, asalkan menarik perhatian. sehingga kini, masih lagi menjadi seorang blogger sambilan. 

3. tag kawan

err, yang ini kena cari blogger lain nampaknya. hehe.


arigatou!

Read More »

2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136



jom kita join segmen yang ini pulak. hadiah pun boleh tahan best. harap-harap terpilih la, coz 6 Oktober nanti birthday saya. so, nak birthday gift. boleh la ekk..ngeee!

nak join klik banner di atas :D

nak tag sape eh?
karang usha mana-mana blog untuk ditag ye.


arigatou! 

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®