Sunday, June 29, 2014

Tadarus Al-Qu'ran


Salam Ramadhan 1435H

sekali lagi pada tahun ini, saya sempat bersahur bersama ayah dan berbuka puasa nanti bersama ibu. bersyukur kepada-Nya kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga pada 1 Ramadhan 1435H. 

tapi..
masa puasa ini lah dah fikir duit raya anak buah, langsir raya, baju raya...etc etc
kereta pun dah kereta raya..hoho! 

rasanya puasa pada tahun ini amat mencabar disebabkan cuaca yang sangat panas dan kering disebabkan Fenomena El-Nino yang sudah lama melanda di Malaysia. masa puasa ganti hari tu pun rasa sangat-sangat tak bermaya. diharap Allah swt dapat memberi ketabahan pada semua hamba-Nya dalam mengharungi bulan yang amat mulia ini.

bila tiba Ramadhan, seringkali saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak saya di mana saya memang menyambut Ramadhan dengan meriah sekali. pada malam 1 Ramadhan sudah berebut-rebut dengan kawan-kawan untuk ke masjid menunaikan solat Tarawikh. tapi, tak habis pun, cuma solat sekerat jalan je. yang selebihnya main kejar-kejar keliling masjid. apabila tiba moreh, semua orang berpusu-pusu untuk mengambil moreh di luar masjid, tetapi tidak bagi kami. selepas habis solat Tarawikh, kami akan mula mengaji setiap malam untuk Majlis Tadarus Al-Qur'an. saya memang suka bertadarus, dan saya juga selalu dipuji oleh ustaz saya yang mengatakan suara saya sedap bertarannum *hehe*

Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: (كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ـ أي أكرم الناس ـ
وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل، وكان جبريل يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه
القرآن، فرسول الله صلى الله عليه وسلم حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة) متفق عليه

“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.

(Riwayat:Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas adalah hadits ke-6 dalam Shahih Bukhari (صحيح البخارى), di bawah Kitab Bad’il Wahyi (كتاب بدء الوحى) (Permulaan Turunnya Wahyu). Dalam hadis ini, di samping menjelaskan sifat murah hati Rasulullah (terlebih saat Ramadhan), juga memberitahu bahawa Rasulullah melakukan tadarus Al-Qur'an bersama Jibril pada malam bulan Ramadhan.

Cara melaksanakan Tadarus Al-Qur'an

Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.
2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf
3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.
4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.
5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau
atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Digalakkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada waktu malam dan ketika solat malam.

Adab Membaca Al-Qur’an

Antara perkara-perkara utama dalam adab membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.
2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.
3. Membaca secara tartil.
4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.

Kelebihan Tadarus Al-Qu'ran

Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
 Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ … وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ
مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ
وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ.

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.



lovenota : Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, Agar dapat kulalui dengan sempurna

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®