Monday, November 28, 2016

Bayi Untuk Dijual


BAYI UNTUK DIJUAL


Malaysia sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila journalist daripada 101 East, Chan Tau Chou, menjalankan penyiasatan selama 4 bulan dalam usaha mengumpul maklumat dan bukti bagi mendedahkan kegiatan jualbeli bayi atas talian (online). Kegiatan ini dijalankan di laman sosial, Facebook melalui sebuah Closed Group yang dikendalikan oleh barisan admin yang menggunakan fake account.

"The Dressar & Co" berjaya menemui group tersebut, namun ianya telah ditetapkan sebagai 'Closed Group', di mana orang luar tidak akan diberikan akses untuk melihat post di group tersebut. Group tersebut terdiri daripada 2,000 orang ahli. 





Kredit: Admin "The Dressar & Co"

MOTIF :
Permohonan untuk pengesahan anak angkat yang sah di sisi undang-undang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan penguatkuasaan undang-undang rumit di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai pembeli memilih sindiket ini. Kewujudan pasaran bawah tanah ini menyasarkan pasangan tidak boleh mempunyai anak sendiri. Selain itu, peningkatan khidmat industri seks di Malaysia juga mendorong warga asing yang tidak mahu menggugurkan kandungan mereka untuk menjualnya melalui kegiatan ini.

PENJUAL :
Timbul persoalan, bagaimana mereka mampu membekalkan bayi yang ramai bagi menampung permintaan pembeli. Sepertimana yang ditulis pada tajuk di atas, boleh pre-order, atau booking terlebih dahulu. Bekalan bayi boleh didapati oleh pekerja industri seks (pelacur) yang memilih untuk tidak menggugurkan kandungan mereka demi keselamatan diri mereka sendiri. Sepanjang empat bulan siasatan, pengedar di Malaysia yang mengiklankan bayi dalam talian, mempunyai 78 wanita hamil Indonesia. Pengedar akan memberi satu katalog gambar wanita hamil kepada pembeli berpotensi.

PEMBELI :
Kegiatan ini mendapat sambutan hangat daripada mereka ingin bergelar sebagai seorang ibu atau bapa, dan sanggup untuk melanggar undang-undang demi mencapai cita-cita dan impian mereka dengan memilih jalan yang singkat. Walaupun kita memahami kehendak mereka, ianya amat mendukacitakan apabila kegiatan ini juga dimanfaatkan juga oleh golongan paedophile (mereka yang mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak) untuk memuaskan kehendak songsang mereka.

ORANG TENGAH :
Ianya amat mendukacitakan apabila sindiket ini berjaya dijalankan dengan mendapat bantuan daripada golongan doktor serta individu berpengaruh (pegawai kerajaan) yang korup. Mereka membayar doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada siapa tahu bayi itu bukan milik mereka dan tiada sesiapa yang tahu siapakah ibu sebenar bayi tersebut. Menurut kumpulan 101 East yang menyamar sepanjang penyiasatan, mereka berjaya mengumpul bukti tawaran daripada doktor secara terbuka menawarkan bantuan memalsukan dokumen kelahiran bayi yang dibeli itu, dengan dibantu pegawai berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara. Namun begitu, ianya tidak dinyatakan mengenai organisasi pekerjaan doktor tersebut, sama ada pekerja kerajaan atau swasta.

HARGA :
Ia adalah perniagaan menguntungkan, di mana seorang bayi berharga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000). Harga bayi akan melonjak sekiranya dilahirkan sebagai lelaki, dengan mengambilkira faktor lain seperti bangsa, jantina, berat bayi, kaum serta warna kulit. Program ini mendedahkan bayi lelaki yang berwarna kulit cerah lebih mahal. 




lovenota: Hentikan penjualan bayi secara haram


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®