Thursday, August 12, 2010

Ekslusif: sejarah hidup hantu

tamat sudah 1st puasa ye. esok 2nd day kite berpuasa. so..jangan la monteng ek..kecuali orang yang uzur..hehe..

hari nie nak citer pasal sejarah hidup hantu2 yang boleh dikatakan  fofular lah kt malaysia nie. semua jenis nie kite kenal kan..ke ade yang xkenal? ishk3. xpe..semua hantu2 dan iblis syaitan seangkatan dengannya sudah diikat pada bulan puasa nie kan..kite pun cite la pasal diorang2 nie kan..especially hantu2 faveret korang..haha. so xpayah la takot..xtau la kan ade yang jenis penakot..hehe..jangan mare!

meh kite cerita satu persatu..jeng jeng jeng!!


1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

tu nk mencurik kuih raye la tuh..hehe..


2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.



ade sape kt luar tuu..cakk..hehe..comel..


3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang tauke stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.


chnteknye stokin aku neh..siap belang2..

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu la ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.


dr die dok jerang bek msk belacan..sedap jgkk..oppsss~~


5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .



ampunn..bkn salah saye hodoh..


6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari..Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu, dia pun mengilai semahunya.



ishkkk..xbek taw tarik2 kain org!!


7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!





8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24 jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer, komputer, komputer. akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!! hehehe... .



kesian~~~



lovenota 1:  saje tarok gambar lari dari tajok..kang ade yg takot..search tdi pun ade jugak seram2..haha..

Read More »

Wednesday, August 11, 2010

:: contest Padieka Raccolta ::

da puas bjln2 kt blog org ari nie..
tgk trafik mmg mlonjak mndadak dr biasa..haha..
thnks utk sume mmber2 blogging yg dtg mngunjung tgk nuffnang saye tu ye..
hehe..

ok..psl contest nie..
jumpe la kt 1 blog mmber nuffnang nie..
die msuk contest nie..
n then klik kt blog padieka raccolta nie..
ade contest upenye..

so..sje2 la try..mne la tau kn..
ade rzeki kt c2..hoho..

carenye sng jee:


maap ye tuan pny blog..mls nk mnulis..amek je..hehe..

gmba yg saye upload:



so..nk mntk tlg sket la..sape2 yg dtg ke blog nie nk mntk tlg "LIKE" pic saye.


sblm like pic saye nie..kne like jdi fanpage: Padieka Raccolta kt link tu..bru bule like pic saye..
hope korg dpt mmbantu ye..same2 la mmbantu pd bulan ramadhan yg berkat nie..




Read More »

Adab berpuasa di Bulan Ramadhan

esok da mula berpuasa kan..
so..selamat berpuasa bagi semua umat muslimin n muslimat..
tak lupe kepada yang rajin2 datang blog saye nie..
tq sebab selalu jalan2 makan angin kat cni yee..
bulan baik nie banyak2 la dptkan pahala ye..huhu..
sye selitkan sedikit artiket tentang adab-adab berpuasa..

Adab-Adab Berpuasa

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

[Hadits Riwayat Bukhari, no. 4/99]


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.. Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah saw, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

sesiapa yg nak tahu tentang Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia..sila ke laman web ini..




lafaz niat puasa sebulan:


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

lafaz niat puasa harian: 


:: selamat berpuasa ::

Read More »

Monday, August 02, 2010

:: CHECK DULU EXPIRED TUALA WANITA ::

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie 
dalam bahasa melayu.... 

HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..

check dulu expired date...

Kualiti..

dan paling PENTING kebersihanya...

takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...



Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah

mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...

disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan

tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu

pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...

so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....

lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm

orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape

penyakit anaknya..

dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah 
MENGANDUNG!!!

maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia

tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah 
melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS

yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2

TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KE DALAM 
OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....

doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana

didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan

memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...



pelajar terbabit kini disahkan TIDAK BOLEH mengandung lagi kerana mereka

telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri

dijangkiti virus tikus yg kotor itu...



Moral of the story......

*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..

*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA 
KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANGSILAP2 KANG ADA 
TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...

*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN 
SEPERTI NIE TAK TERJADI



ATTACHED GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...


anak2 tikus yg dikeluarkan slepas pembedahan dibuat
Read More »

Wednesday, July 28, 2010

:: INSAK n Interview ::

hoho..kembali ak di sini..
aisehh..
ok2..sume da tau kn bile korunk pny interbiu..
sumenye mggu dpn..

aku nye ari 6 ogos ari jumaat di presint 14, putrajaya..
jauh tuuu...
ishkkkk...

ak da carik jgk tips2 utk mghadapi saat getir itu pd minggu depan..
so nk kongsi sket la dgn sume..

:: persiapan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga ::

1. Mestilah berpakaian DAN berpersonaliti kemas dan sopan..(rambut afro tak mau ye..pnjg2 smemeh..mentang2 da kj sambilan kn..=p) 
2. Kalu sijil original letak dalam satu file, dan copy letak dalam satu fail yang lain, maknanya asingkan. So file copy interviewer akan amik dan yang ori akan dipulangkan kepada anda lepas abis interview. (yg nie klo buat pon oke kn..xslh..)
3. Jangan sesekali lupa lekat gambar kat borang. Penting! 
4. Make sure sijil2 aktiviti kokurikulum tu banyak gak dalam aktiviti sukan dan sijil2 tu mestilah masa kita dalam upper form yakni F4 n F5. Kalau nak letak semua pun suka hatilah..cuma takut interviewer tak sempat nak tengok je..=p 

Tips mengahadapi INSAK: 



Kuncinya : Jawab berdasarkan Apa Yang Kementerian Mahu dan Kehendaki

Tak perlu fikir lama sangat..135 soalan, bukan sikit!

Point-point yang membantu

Untuk menjawab soalan INSAK, saya sertakan di sini tambahan supaya anda lebih yakin dan jelas tentang objektif dan bagaimanakah sepatutnya anda jawab. Kebanyakan mereka yang gagal dalam ujian ini adalah kerana:
  1. Kegagalan untuk mengenalpasti dan untuk memberikan definasi yang jelas tentang apa yang calon mahu dalam hidup mereka
  2. Sifat bertangguh, dengan bersebab atau tanpa sebab, biasanya digunakan bermacam alasan
  3. Tiada minat untuk mengejar ilmu pengetahuan yang khusus/ specialized knowledge
  4. Sukar membuat keputusan, mempunyai tabiat 'pass kepada orang lain' dalam semua urusan, tidak mahu bertanggungjawab, suka berselindung dan melarikan diri dari masalah
  5. Mempunyai tabiat memberi alasan, tidak pula menyediakan pelan yang khusus untuk menyelesaikan masalah
  6. Cepat berpuas hati. Susah untuk dipulihkan, melainkan dibentuk setiap hari
  7. Terlalu berlembut, tidak tegas untuk menghadapi situasi-situasi yang memerlukan ketegasan
  8. Tabiat suka menyalahkan orang lain untuk kesilapan sendiri, dan menerima semua perkara sebagai takdir dan nasib, tidak mahu berusaha.
  9. Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang kuat, tiada motif kukuh untuk berbuat sesuatu, buat sesuatu kerana disuruh oleh orang lain.
  10. Cepat mengaku kalah, langsung tiada ikhtiar untuk cuba selesaikan masalah.
  11. Tiadak sistematik dan tidak mempunyai perancangan, tiada pelan untuk berjaya, pelan tidak ditulis dan tidak dianalisis
  12. Mempunyai tabiat tidak bertindak apabila idea sudah muncul, bertangguh dan tidak suka merebut peluang
  13. Banyak berharap tetapi tidak sanggup untuk ambil risiko
  14. Suka mengambil jalan mudah yang kadangkala menyusahkan
  15. Tidak boleh dikritik, tidak boleh menerima kritikan dan terlalu serius




Ok, sekarang kita pegi kepada Tips menghadapi temuduga: 



Antara soalan yang suka ditanya ialah: 

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 


Dasar Pendidikan Kebangsaan


Kenali menteri2 sekarang & terdahulu di Jbtn Pendidkan


Isu2 terkini bidang pendidikan, etc. pemansuhan PMR dan UPSR, penglibatan guru dalam politik dll.


Rukunegara


Lagu2 nasional/patriotik, esp. Lagu Guru Malaysia


NKRA


RMK10


Konsep 1 Malaysia


Sejarah pendidikan, cth: Penyata Razak, Ordinan Pelajaran dll

Lagi satu nak pesan:



Kebiasaannya temuduga adalah dalam BAHASA MELAYU.. 
Tapi, biasanya masa perkenalkan diri, akan diminta dalam bahasa Inggeris.


Lepas tu, jawab soalan lain, dalam bahasa Melayu.


So, masa jawab dalam BI tu, takyah la tunjuk perfect sgt BI tuh, takut nanti interviewer dengar sedap je, dia suh kamu jawab soalan lain dlm bahasa Inggeris jugak..huhu..
Kecuali lah kalau kamu mmg nak jawab dalam BI..terpulang... huhuu..


n tgk2 la memo dr UPSIKINI tu..ikot n bace ape yg memo tu tulis..

so..gud luck to me n all my fren!!
MySpace
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®