Tuesday, January 11, 2011

10 Petanda Dia adalah Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) 

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Read More »

Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25 2010


semua dah tahu keputusannya kan..

Juara
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Tempat Ke 2
Black & Meet Uncle Hussin - Drama King

Tempat Ke 3
Hafiz - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik
Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik
Hafiz - Noktah Cinta

so, korang semua puas hati tak? hehe..

godek2 google tadi jumpa laa 1 fanpage kat facebook

belum apa2 dah ada fanpage camnie..
hebat tak? hehe~

Read More »

Sunday, January 09, 2011

:: Seminggu menjalani tugas sebagai Guru ::

nie kirenya nak buat luahan hati laa..
 
memang semua guru2 yang baru posting 
ulang taip..guru yang baru posting ye!
akan dibebani dengan tugas yang teramat banyakkk!!!
sama laa dengan aku..termasuk dalam senarai ini..

masa mesyuarat Guru minggu lepas..
setiap guru dibekalkan sebuat buku yang ada maklumat 
tentang tugas yang kita buat sepanjang tahun nie..
first aku buat ialah cari nama aku dalam buku tuh..
and amat memeranjatkan jugak!
coz ada guru2 yang sama posting kat sekolah nie jugak..
tugasnya sikit je dari yang lain..
macam berat sebelah je!
aku bukan dengki..
tapi bagi la tugas dengan sama rata..
tak baik tau..huhu..

dan..guru2 baru ini jugakla diberi tugas utama
seperti ketua rumah sukan, ketua persatuan..
masalah nyee..kami baru lagi..baru posting..
kenapa bagi jawatan ketua terus?
ishkk..comfirm laaa tak tahu 1 bende ponn!
dan cikgu2 senior pun marah coz bagi jawatan utama pada guru baru..
memang la 1 cabaran..tapi bagi la cabaran tuh tahun depan!
kami masih dalam pemerhatian..report pun tak buat lagi..
padahal kena hantar KPM bulan 2 nie..
ishkk..agak serabut jugak la..

korang nak tahu ape tugas aku kat sekolah?
meh aku senaraikan:

Guru Kelas 1 Kemboja
tugas kompem berat..kutip yuran..uruskan pendaftaran..
uruskan profile budak2..kelas lagi..huhu~

Guru Pengawas
ini satu hal..aku dulu anti pengawas..memang tak suka langsung..
tibe2 dapat guru pengawas..adeh!!
nak peningkan kepala dengan masalah disiplin pelajar..
dah la banyak nak kena buat..
biasa lah pengawas kan kena hantar pergi kursus..
bengkel, motivasi, camping dll..
sakit jugak nie..huhu..

Ketua Penasihat Persatuan Sains
ini lagi dahsyat..ketua tuh..
entah hape laa aku nak buat..
takde pengalaman langsung..
setakat membantu pernah laa..
hope boleh buat laa..

Guru Penasihat Kadet Polis
ini lagi hampeh..
bila masa pulak aku mintak kadet polis..
aku mintak pengakap~~
dapat lain pulakk..
dahla kena beli full uniform..
sah2 kena pakai setiap hari rabu..WAJIB!
so..panggil aku Inspektor laaa yee lepas nie..

Guru Penasihat Bola Jaring
nasib baik bola jaring..pandai jugak la aku main benda nie..
nasib baik tak bagi aku ping pong ke..softball..tennis..
haram tak reti...hehe..

tugas2 kecil yang lain:
AJK Kebersihan Upacara Rasmi Sekolah
AJK Sahsiah dan Pemimpin Sekolah
AJK Kebajikan Pelajar
JK 3K
AJK Pusat Sumber Sekolah
AJK Panitia Mata Pelajaran
Pentaksir Subjek Kimia
AJK SPBT
AJK Pemantauan dan Kedatangan Pelajar
AJK Pendaftaran Pelajar
Guru Penasihat Rumah Sukan

sakit kan? nie la tugas2 aku sepanjang tahun ini..
boleh pening dibuatnya..
kerja entah ke mana..mengajar entah hape2 je nanti..
harap2 dapat la laksanakan tugas dengan baik..
InsyaAllah..huhu..


*update*
guru baru perlukan bimbingan lagi..
bukan dibebani dengan tugas utama seperti ketua..
cukup sekadar pembantu/penolong..

p/s: rasa macam nak mintak tukar sekolah pun ada..boleh tak? hehe~
p/s/s: suka hati aku kutuk sekolah aku..pengetua tak skodeng ke blog aku?hehe~~
Read More »

Sunday, January 02, 2011

:: GA : Ole-ole Dari Semporna ::


uishh..nie tuan empunya blog sendiri yang mengetag cik balqis..
Miss Fyda dari Sabah baa..
jauh niee..
siapa laa yang tak nak ole2 dari Semporna kan..
jarang2 didapati di Semenanjung kan..
hehe..

siapa2 yang rasa2 nak join sila la klik link kat gambar tuh..

p/s: bila la turn cik balqis nak buat GA..tak tergerak hati lagi laa~

Read More »

:: Lucky Giveaway by Cik Dya ::


tag lagi neh..
kali ini yang tukang pengetag adalah cik wannie..
thanks ye cik wannie..

oleh itu..cik balqis pun menjalankan tanggungjawabnye..
(skema nye!)

nak join jugak tak?
sila klik link di bawah:


p/s: join ler ramai2..hadiah best tuu..hehe~
Read More »

:: Award: Blog Chantek ::



haha..chantek ke?
chantek la kot kan..
takkan la cik  balqis boleh dapat award nie kan..
(dah mula prasan!!) hehe..


dah dapat award nie ada syarat2nya:


1) buat satu entry pasal award nie..ringkas pun ok..
suda siap!


2) nama pemberi blog (link)
nama pemilik blog nie : Wan Sajaratul Hidayah Bt Wan Zainal Adlin
panjangnyee namee..ataupun korang kenal dengan nama Sajaa
nie link blog die..sila la usha!
http://shootmesahaja.blogspot.com/2010/12/award2u.html


3) ucapan kepada pemberi blog
oh..kena ada ye..tengkiu vely2 much coz bagi award kat blog cik balqis yang tak seberapa ini..
singgah2 la selalu lagi ye.. (n_n)


4) list drama/movie favourite korang
*Bukan Diriku*
*Cinta Kirana*
*Harry Potter*
*Dragon Ball*
*Sailormoon*
and lastly (banyak lagi sebenarnye!)
memang laa minat dari dulu lagi..
*Barbie*
(sila jangan gelak..cik balqis memang peminat cartoon..hehe)


5) tag kepada kawan2 blogger
yang ini i bagitau kt shoutbox/shoutmix korang jela ek..

tengkiu!


p/s: esok bermula la balqis sebagai tenaga pengajar negara..chewah!!
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®