Judul Novel: Suami AKu Ustaz
Penulis: Hannah Dhaniyah
Harga: RM 22
Penerbit: Karya Seni
Sinopsis:
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
review:
bagi saya, buku nie best jugak..ada unsur2 nasihat sikit..pengajaran..banyak kisah2 para nabi dan rakan2-Nya yang dah lama kita tak/jarang dengar..bila baca novel nie semua kisah2 agama refresh kembali dalam otak..
then dalam cerita nie, ustaz Hafiz sangat la sempoi..walaupun nama ustaz tapi bila dah datang tang bergurau pun boleh tahan jugak..untung laa Alisa dapat suami yang memahami seperti Ustaz Hafiz walaupun mereka berkahwin masa Alisa ambil SPM..yang tak boleh tahan tu ustaz Hafiz mengajar Pendidikan Islam di kelas Alisa..terpaksa cover2 lepas tu sesi perli2..memang pecah perot la kalau baca buku nie..
yang paling best si suami Ustaz Hafiz sangat2 sporting..menyokong Alisa menyambung pelajaran walaupun dah kahwin u~~ so sweet laa :)
sesiapa yang nak beli novel secara online pun bole..dapat diskaun RM3 lagi tuh..
hanya klik pada link di bawah:
Read More »