Judul: Siapa Orang Gajiku
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 21
Sinopsis
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iska
ndar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?
review:
bagi cik balqis, novel nie memang awesome! sangat menarik perhatian..gelak xhenti2! tindakan Aina nak memujuk Haikal kembali ceria seperti dulu selepas putus cinta memang best. idea gile2 punya la..hahaha. Aina memang bijak mengawal Haikal..mempengaruhi Haikal untuk keluar dari bilik daripada berkurung. buatkan Haikal mandi dan mengemas diri. yela, sebab tu namanya Dr. Aina Aishah kan? tak sia2 dia belajar sampai PhD. hehe! last2 Haikal suka jugak pada orang gajinya, walaupun lambat tetapi dapat jugak Aina akhirnya. yela, orang kaya kahwin dengan orang kaya..mak ayah pun cepat je setuju..hehe!
walaupun cerita nie berkisar mengenai keluarga orang kaya2..tapi ada unsur2 kebaikan dan nilai2 murni yang diterapkan. seperti menolong anak2 di rumah anak2 yatim. Aina sanggup menjadi orang gaji di rumah Haikal semata2 nak dapatkan duit untuk melabur di rumah anak2 yatim. mana ada orang zaman sekarang buat camtu lg? kesedaran kita amat penting..kalau ada rezeki lebih, boleh la salurkan kepada orang yang memerlukan.
nak kenal penulis, boleh ke blog beliau:
nak baca novel secara online pun boleh:
nak beli secara online, boleh klik link di bawah [ada diskaun]:
Read More »