eh, bahaya tau bercinta dengan tunangan orang sebenarnya *al-maklumlah, diri sendiri pun dah terkena..shit man!*
apa hukumnya bercinta dengan tunangan orang?
TAK BOLEH menurut moral dan haram menurut syarak. Secara mudahnya, lelaki haram mencintai wanita yang masih menjadi tunang orang atau wanita yang menjadi isteri orang atau wanita yang masih dalam tempoh idah. Dan hukumnya adalah sama bagi perempuan jugak iaitu haram.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan".
Hadis Riwayat Bukhari.
bila dah tahu si lelaki poyo itu adalah tunangan orang, terus Qis buang dia jauh-jauh *gila kau, tunang orang tuh..bencinyaa!*. kenapa la dia tak bagitahu yang dia dah bertunang? suka hati dia je bercinta dengan den bagai nak rak, tapi tunang orang rupanya. hampeh punya jantan *tengah sakit hati lagi sebenarnya*
yang kesiannya, tunang dia tu budak yang sangat baik dan sangat2 innocent. aduhai, sampai hati la si lelaki poyo nie mempermainkan perasaan perempuan. apa yang dia dapat bila buat semua nie? jadi huru hara adalah. padan dengan muka la ye. yes, banyak kali si lelaki poyo meminta maaf kepada saya tapi adakah dengan meminta maaf semuanya kembali pulih seperti biasa? tidak! no! never!
dengar-dengar mereka dah putus tunang. entah la, nak kata salah saya? saya sendiri tidak tahu yang dia dah bertunang. pandai buat pandai la tanggung kan? kenapa nak salahkan saya pulak kan? semut yang kecil di hujung kampung boleh nampak, gajah yang besar depan mata buat-buat tak nampak. semuanya salah si lelaki poyo tu. dah bertunang buat la cara bertunang ye, bukannya menggatal mengorat perempuan lain *haishh..lelaki..lelaki*.
tak semua orang ketiga nie salah. tengok pada kes tersebut jugak. kalau orang ketiga tu tak tahu apa-apa yang lelaki tu tunang orang ke, suami orang ke, tak boleh nak salahkan orang ketiga kan? yang salahnya orang yang berani menjalinkan hubungan dengan orang ketiga.
lovenota 1: lepas ini kena berhati-hati dengan lelaki.
lovenota 2: perlu ke aku bercinta lagi? tidak kot.