Friday, November 21, 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa



Simple 1st Giveaway Segment 
by Beba Ifa

tuan punya penganjur invite saya untuk join GA beliau..
tengkiu Beba Ifa :D

GA ini akan tamat pada 
30 Disember 2014 jam 11.59 malam

hadiahnya akan diumumkan kemudian

saya ditag oleh Mama 3Farhanah. hehe. 
so, dah join nie saya kena tag 3 orang lain pulak. 
actually, kalau apa-apa GA or segmen, 
saya susah sangat nak tag orang..hahaha

so, kali ini saya tag 

> Nur As

takpe, kita join dulu and support GA Beba Ifa nie
so, klik pada banner di atas

arigatou!

Read More »

Manis Giveaway by Mama Darwiish



Manis Giveaway by Mama Darwiish

Mama Darwiish nak bagi kita hadiah! 
kit tinggal pilih je mana-mana hadiah yang berkenan di hati 
ada banyak hadiah yang anda boleh pilih ikut selera anda

so, saya nak hadiah full set Avon, iaitu;
Avon True Color - Over Nature Makeup Pallete (Eyeshadows & Blusher)
Avon Ultra Color Rich - Over Nature Lipstick
Avon Sweet Honesty Moments - EDT 50ml


saya nak full set Avon ini kerana Avon adalah produk turun-temurun yang digunakan oleh keluarga saya sejak zaman mak saya lagi. saya adalah pengguna Sweet Honesty Moments sejak dari kecil lagi. bau 'floral scent'  dari 'honey, citrus dan vanilla' dari perfume ini sangatlah wangi dan mampu kekal lama selama sehari, sesuai untuk perempuan feminin seperti saya. saya juga suka menggunakan eye shadow dari produk Avon. warna pallete yang dibekalkan sangat cantik dan sesuai dengan warna kulit saya. 

tengok perfume Sweet Honesty nie, teringat kisah saya di sekolah menengah di mana saya menggunakan perfume ini secara curi-curi sebelum ke sekolah. perfume tu kepunyaan ayah saya. bila dah habis tu, mengamuk jugak la abah sebab perfume tu dah habis secara tiba-tiba. dan akhirnya saya kantoi bila abah tau semua itu adalah kerja saya. hohoho!


nak full set Avon nie? jom kita join GA Mama Darwiish
hanya klik je pada banner di atas

arigatou!

Read More »

Wednesday, November 19, 2014

Bas Terjunam Dalam Sungai


Sebuah bas terjunam ke dalam Sungai Muda. semoga tiada mangsa kemalangan jiwa dilaporkan. amin. 

Bas terjunam ke Sungai Muda

RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 6:15 PM

BALING: Sebuah bas henti-henti terbabas dari sebuah jambatan dan terjunam ke Sungai Muda, berhampiran Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, sebentar tadi. Nahas berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil ke Sungai Petani.

Maklumat awal mengesahkan pemandu bas serta tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri dan dihantar ke Pusat Kesihatan Kuala Ketil untuk rawatan. Pada masa ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan usaha untuk mengesan jika terdapat penumpang lain dalam bas terbabit.



sumber : Berita Harian

*********

Sungai Muda juga adalah lokasi yang sama di mana seorang Guru Wanita ditemui mati di sungai tersebut.

Agak seram berita kali ini. apa yang seramnya? semasa bas itu terbabas lalu jatuh dan terjunam ke sungai tersebut. bukan bas je, kalau kita bawa kereta pun, bila lalu tepi jambatan je mesti rasa seram sangat. takut kalau-kalau kereta yang kita bawa terbabas dari jalan, terus terjunam ke sungai di bawah kita. bukan cerita sungai je, kalau lalu tepi kawasan yang ada gaung dan berjuram pun takut dah. 

Ada juga kes saya sendiri, bila sedang membawa kereta di tepi jambatan, ada juga kereta di belakang saya gagahkan diri nak memotong kereta saya. di jambatan pulak tu! tak boleh sabar ke kalau nak potong pun. jambatan tu kot! kalau terbabas macam mana? nak ganti rugi? nyawa orang boleh ganti rugi ke? sepatutnya si driver tu patut takut dan rasa seram. ini saya pulak yang rasa seram! huhuhu. 

Please para driver-driver di luar sana, be a smart driver. walaupun anda confident nak memotong kereta di hadapan anda, jangan lakukan di kawasan yang ada risiko bahaya yang tinggi seperti jambatan sungai, kawasan gaung dan juram. kita tak tahu apa yang berlaku, so berhati-hati bawa kenderaan anda apabila melalui jalan yang berisiko.

nauzubillah!


lovenota : sayangi nyawa anda sendiri. 


Read More »

Wordless Wednesday #37 | You Are Not Alone














Read More »

Tuesday, November 18, 2014

Hormatilah Perasaan Rakan!



Seperti yang anda maklum *kalau tak maklum meh ceq habaq sat*, semua guru-guru di sekolah di seluruh Malaysia sedang sibuk menyiapkan tugasan akhir tahun sebelum bercuti yang bermula pada hari Sabtu ini. Yeayy! Cuti Sekolah Bermula! semua cikgu dok print itu ini, laporan itu ini, post-mortem itu ini etc etc termasuk seorang guru di sekolah saya. dia guru perempuan, saya gelarkan dia Cikgu Z jela ye. dia baru je pegang jawatan Setiausaha Peperiksaan (SU) PT3 untuk tahun ini. cara dia bekerja memang bagus, tertib serba-serbi dengan penuh teratur. tetapi yang tak bestnya, sikap dia.

Tadi pun saya dapat aduan juga dari Ketua Panitia saya mengenai Cikgu Z nie. cikgu-cikgu nie hanya bertanya mengenai pelaporan PT3 nie, apa nak dibuat, bagaimana nak simpan, apa tindakan seterusnya. yelah, hanya SU je yang tahu semua tu. so, memang kita tanya pada SU kan? tetapi si Cikgu Z nie punya la naik angin, sampai kebanyakan semua guru terkena mangsa tempiasnya. saya takde di sekolah sebab jaga peperiksaan SPM. so, cerita nie dapat lambat pada saya.

Seorang Cikgu L, dia cikgu perempuan Chinese, mengadu jugak pada saya yang Cikgu Z nie layan dia macam 'kecik besar kecik besar' je. paham-paham korang la..hahaha. Cikgu L mengadu pada saya yang dia sakit hati sangat pada Cikgu Z sebab suka marah-marah dan cakap main lepas ikut suka dia. 

Cikgu L : ishk, Cikgu Z tu kan, saya tak suka la, dia marah-marah pada saya. saya sakit hati la cakap dengan dia. saya tanya pasal skrip soalan pelajar, dia macam bising-bising pada saya. saya dah lama tak cakap dengan dia tau. saya malas mau layan dia 
Saya : *tergelak kecil* ok je, dia busy kot, tension kan sekarang nie macam-macam nak kena siapkan. lagipun memang macam tu pun perangai dia kan?  *saya hanya boleh bersikap husnuzon jela*
Cikgu L : tapi cara dia cakap tu tak profesional la. ada ke patut dia marah saya sebab saya tak jumpa skrip soalan pelajar. hishh, saya memang tak suka la cikgu Z tu. 
saya : sabar, kita nie nak bekerjasama dengan dia nie lama tau. jangan kecik hati cikgu L. orang muda biasa la, darah cepat menggelegak. hehehe. *takda la muda pun, sebaya dengan saya jer pon*
Cikgu L: yela, saya pun ada tanya dia, mana mau letak itu semua skrip soalan saya. dia kata "itu bukan kerja saya! tanya la Ketua Panitia (KP)!". dia guna nada marah-marah pada saya. 
Saya : *kelu lidah. besar betul kuasa cikgu Z main suruh-suruh orang macam tu je..ishkk*. takpe la, nanti saya tanya KP ye. sabar sabar :) 
Cikgu L : u dengan Cikgu Z tu ok ke?  
Saya : ok macam-macam tu jela kak..huhu 
Cikgu L : dengan u dia memang tak berani maa nak marah-marah, dia takut dengan u lorh u garang sama dia. mentang-mentang perangai saya suka main-main sama dia, dia buat macam ini pada saya kan. susah la mau cakap sama dia. haha .
Saya : *tergelak besar terus!* hahaha

Adei, yang kes dia takut dengan saya tu memang ada juga saya dengar-dengar kat sekolah. dia tak berani nak marah-marah saya tanpa sebab depan saya, sebab saya jenis yang garang. saya kalau orang aniaya saya pasal kerja saya memang tak kira orang, saya terus marah depan-depan. memang tak dinafikan pun..hehe.

Itu kes Cikgu Z dengan Cikgu L.


Kes dia dengan saya pun ada jugak. tapi tak serius macam cikgu L nie. 
saya hanya text dia je, malas nak cakap.
saya : Z, pelajar form 3 perlu ke nak print slip akhir tahun? 
Cikgu Z : markah PT3 key in offline di sekolah dan online di aplikasi PT3. yang trial punya kan dah hantar kat aku. ko nak buat apa lagi?? 
saya : *eh budak Z nie, ko paham soalan ke tak? aku tanya benda lain ko jawab benda lain* aku tanya, nak kena print slip akhir tahun ke? yang komen-komen tu... 
Cikgu Z : tak payah.

Okay, saya tak makan hati sangat message dia tu. mungkin dia tengah pening kot. haha. saya pun adu juga pada KP. KP saya pun geleng-geleng kepala dah, tak reti nak layan Cikgu Z sekarang nie...haha


Tapi, kita sebagai pekerja dalam satu bumbung haruslah hormat pada rakan sejawat yang lain. seperti kes Cikgu Z dengan Cikgu L tu, Cikgu L tu dah lama jadi guru senior di sekolah tu, dia lebih lama mengajar dari kami. kita kena la hormat orang yang lebih senior dari kita, tak kira la dari aspek kerja dan sosial. hormat itu adalah penting. bila kita hormat pada orang lain, orang juga akan hormat pada kita. saya faham dia ada banyak kerja, kami sendiri pun ada kerja kami masing-masing. 

Nak jadi orang yang berhemah tinggi, hormati orang yang lebih tua dari anda dan berkata-kata dengan sopan santun dan lemah lembut. 

The respect you give others is a dramatic reflection of the respect you give yourself. to get respect, you must give it first.

Your attitudes can changes EVERYTHING! 




lovenota : sempat lagi taip karangan malam nie. lama tak menulis. hoho XD


Read More »

1st Segmen Blogwalking By Cik Ash



1st Segmen Blogwalking 
By Cik Ash

Tarikh Tutup Penyertaan: 
30 November 2014

jom kita join ramai-ramai yer.
salam kenal juga pada Cik Ash dan Ayah Rie

rajin-rajin la datang blogwalking di sini nanti yer
tengkiu :D

klik banner untuk join
arigatou!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®