Kenapa Cincin perkahwinan selalu disarungkan di jari manis, bukan di jari-jari yang lain? saya sebenarnya juga hairan tapi setelah membaca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan kepada orang ramai. Cuba anda ikuti langkah-langkah berikut, anda pasti kagum kerana Tuhan benar-benar membuat keajaiban (ini berasal daripada petikan China):
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dibengkokkan ke dalam (lihat gambar).
2. Kemudian, 4 jari yang lain dirapatkan di hujungnya.
3. Permainan bermula, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah.
4. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari mewakili kedua-dua orang tua. ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Oleh demikian, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda. kemudian buka jari telunjuk anda. jari telunjuk mewakili kakak/abang dan adik-beradik anda. mereka mempunyai keluarga sendiri, jadi mereka juga akan meninggalkan kita.
6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.
7. Seterusnya, rapatkan jari kelingking anda. bukalah jari manis anda tempat di mana kita menyarungkan cincin perkahwinan anda. anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, sepanjang hidup anda dan pasangan anda akan terus berpaut antara satu sama lain.
sweet kan?
lovenota : mesti korang cuba buat, kan? hehehe.