Wednesday, April 15, 2015

Love is #15 : Hungry

Disebabkan ulser makin teruk, saya tak boleh nak makan apa-apa. Lapar tu jangan cerita lah. Rasa macam kempunan makan nasi putih. Dah lama saya tak dapat makan nasi putih lauk sayur dan ayam masak merah.  Saya mengadu pada dia. dia kata dia risau sangat dengan keadaan saya macam ini. Sampaikan sanggup nak datang sini dari Shah Alam. Oh tidak, kalau dekat saya tak kisah. Ini jauh berpuluh batu. Dengan esoknya nak kerja lagi, saya cakap tak payah datang. Sakit ini ujian dari Allah SWT, terima je dengan redha. He is so sweet. :) lovenota : cuba untuk lelapkan mata ...
Read More »

Tuesday, April 14, 2015

Ke Klinik la Kite

Saya mendapat pelepasan ke klinik kesihatan pada waktu bekerja sekarang nie. Tak tahan sangat sebab dah terlalu sakit ulser yang semakin membesar sehingga menyebabkan bengkak dari bahagian mulut kanan ke pipi. nampak tembam di pipi seketika. Pelajar saya pun tegur bila saya tiba-tiba berhenti bercakap sambil mengerutkan muka menahan kesakitan. "Cikgu ok tak?". Mau tak sakit. Gigi geraham bergesel dengan ulser di pipi. Pedih. Amat Ulser saya dah menjangkau 8 hari tapi masih tak baik lagi. Apa lagi yang perlu saya buat? Saya dah lama tak makan sedap disebabkan ulser nie. Bencinye!  Selepas...
Read More »

Monday, April 13, 2015

Sendiri

Sebak Sepanjang hari terasa sayu Air mata jatuh menitis  seperti sang hujan yang turun Gerimis Teringat kata-kata seseorang jangan begitu murah dengan air mata tapi apakan daya Terkadang hujan sengaja turun Agar aku dapat berteduh Supaya aku berhenti untuk mengejar Sesuatu yang tidak perlu Apa sebabnya aku hidup pada hari ini? Di mana arah tuju kehidupanku ini? Tiada sesiapa yang memahami Tiada sesiapa yang berada di sisi Baik keluarga, kawan mahupun kekasih Tiada seorang pun Akhirnya tinggal aku sendiri jua missbalqis April 2015 ...
Read More »

Sunday, April 12, 2015

Pengantin Fantasia

Pelamin Fantasia adalah sebuah program realiti dengan objektif utama adalah untuk merealisasikan "Perkahwinan Impian ". Seramai 10 pasangan sebagai peserta (sebanyak 20 Peserta) yang telah dipilih daripada ujibakat Pelamin Fantasia kini akan bersaing dalam satu siri ujian dan cabaran bagi mereka untuk memenangi perkahwinan impian mereka direalisasikan di episod akhir Pelamin Fantasia.  3 selebriti terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa, Rizalman Ibrahim akan bertindak sebagai Juri kepada para pasangan. Para juri akan menentukan pasangan yang akan meneruskan impian perkahwinan...
Read More »

Friday, April 10, 2015

CPUV #222 : HITV Immuno-Therapeutic Vaccine

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk mempromosi CPUV terbaru, iaitu vaksin HITV, sejenis vaksin untuk mengubati penyakit Kanser. Kanser menyebabkan 7 juta kematian setiap tahun atau 12.5% daripada jumlah kematian di dunia. Hari ini dengan kemajuan dalam pembedahan, kemoterapi dan radiasi terapi, kadar kematian kanser telah dikurangkan. Bagaimana untuk mengetahui kita menghidap kanser? Jika korang melihat gambar di atas, itu adalah perbezaan sel yang normal dengan sel kanser di mana jika kita menghidap kanser, struktur sel amat berbeza berbanding sel normal. paling senang...
Read More »

Thursday, April 09, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang

Hari ini selesai sudah acara sukan sekolah, iaitu Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat sekolah. Hari ini saya bertugas bahagian pelepas. Sehari suntuk di padang dari pagi sehingga tengah hari. Agak panas pula cuaca hari ini. Dengan keadaan saya yang tak berapa sihat, gagahkan diri juga untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.  Alhamdulillah, rumah sukan Kelisa @ rumah merah menjadi johan pada tahun ini. Rasanya sudah 3 tahun rumah Kelisa asyik mendapat Naib Johan. Last dapat johan pun tahun 2011 rasanya. Dapat merasa kembali piala Johan tu. Tahniah. Maskot...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®