Saya mendapat pelepasan ke klinik kesihatan pada waktu bekerja sekarang nie. Tak tahan sangat sebab dah terlalu sakit ulser yang semakin membesar sehingga menyebabkan bengkak dari bahagian mulut kanan ke pipi. nampak tembam di pipi seketika. Pelajar saya pun tegur bila saya tiba-tiba berhenti bercakap sambil mengerutkan muka menahan kesakitan. "Cikgu ok tak?". Mau tak sakit. Gigi geraham bergesel dengan ulser di pipi. Pedih. Amat
Ulser saya dah menjangkau 8 hari tapi masih tak baik lagi. Apa lagi yang perlu saya buat? Saya dah lama tak makan sedap disebabkan ulser nie. Bencinye!
Selepas keluar dari bilik bos tadi, penolong bos menegur saya.
"Nak ke mana nie?"
"Ke klinik. Sakit.". Tunjuk kertas kebenaran keluar.
"oh....". Panjang oh dia. Sambung lagi. "Eh, pergi klinik hari selasa?" kata penolong bos sambil memandang kerani-kerani di pejabat. Tawa mereka meletus berdekah-dekah. Ok. Blur di situ.
"Yela, kenapa dengan hari Selasa? Tak boleh pergi klinik hari Selasa ke?". Saya memang 100% tak faham apa yang berlaku. Tak ada pula peraturan yang mengatakan tak boleh ke klinik hari Selasa.
Setelah kaw-kaw gelakkan saya, salah seorang kerani yang baik hati memberitahu saya, "Hari selasa untuk ibu-ibu mengandung. pregnant ke?" gelaknya lagi.
Terus saya memandang penolong bos saya sambil menjerit, "Heiii..mana ada!!". Lagi kuat dia ketawa.
Ciss, kahwin pun belum macam mana nak mengandung haaa..senget senget. Saya mana la tahu hari selasa ialah hari ibu mengandung buat check-up. Tak pasal-pasal terkena. Aiseh.
pipi kanan membengkak.
Nampak kan?
Huhu
Doktor mengatakan kalau saya masih tak sembuh dalam masa 2 minggu ini, dia nak referkan saya pada hospital besar. Alahai, seram betul mendengar. Mintak-mintak la cepat baik. Tak nak refer-refer nie. Takut.
Doktor tu boleh pulak bergurau-gurau dengan saya. Ramah betul. Tapi bukan nak try eh, doktor tu dah kahwin. Sebaya dengan saya kot doktor tu, muda lagi. Boleh pula dia tanya ic 52 dari negeri mana. Saya pun jawab la, "masih Malaysia lagi, bukan oversea". Sengih dia. Hehe.
lovenota : tak tahu bila nak kahwin. Eh? Tetiba. Hihi
Read More »