Wednesday, April 15, 2015

Oh Keretaku


Malang sungguh rasanya hari ini. Sedih rasanya. Kereta saya terpaksa masuk 'hospital' untuk merawat 'sakit' yang dihidap petang tadi. Kenapa? Ini jawapannya.


Sebelum kejadian ini berlaku, saya dah rasa berdebar pada petang tu. Hati rasa tak keruan, rasa tak sedap je. Macam ada sesuatu yang bakal berlaku je. Rupa-rupanya ini yang jadi. Huh!!

Saya terlanggar motor bila nak keluar simpang. Sebenarnya bukan salah saya pun. Motor tu yang tiba-tiba datang ke depan. Bila nampak jalan clear, kita pun jalan la, kan? Ini tak, dia masih lagi tak keluar dari simpang. Ingatkan dah jalan, rupanya belum. Apa lagi, gedegangg!!! 

Nak keluar simpang pun susah. Saya pun tak nampak situasi macam mana. Tapi masa saya tolong motor tu jatuh, saya nampak handphone pemandu motor tu terjatuh jugak. La, main handphond masa bawa motor ke? Patut la tak keluar dari simpang. Cari nahas betul nieee. 

Bila saya nampak handphone tu, saya rasa lain macam dah. Pikir balik sebenarnya salah siapa? Entahlah..huhu.


lovenota : Malang tidak berbau. 


Read More »

Love is #15 : Hungry



Disebabkan ulser makin teruk, saya tak boleh nak makan apa-apa. Lapar tu jangan cerita lah. Rasa macam kempunan makan nasi putih. Dah lama saya tak dapat makan nasi putih lauk sayur dan ayam masak merah. 

Saya mengadu pada dia. dia kata dia risau sangat dengan keadaan saya macam ini. Sampaikan sanggup nak datang sini dari Shah Alam. Oh tidak, kalau dekat saya tak kisah. Ini jauh berpuluh batu. Dengan esoknya nak kerja lagi, saya cakap tak payah datang. Sakit ini ujian dari Allah SWT, terima je dengan redha.

He is so sweet. :)


lovenota : cuba untuk lelapkan mata


Read More »

Tuesday, April 14, 2015

Ke Klinik la Kite


Saya mendapat pelepasan ke klinik kesihatan pada waktu bekerja sekarang nie. Tak tahan sangat sebab dah terlalu sakit ulser yang semakin membesar sehingga menyebabkan bengkak dari bahagian mulut kanan ke pipi. nampak tembam di pipi seketika. Pelajar saya pun tegur bila saya tiba-tiba berhenti bercakap sambil mengerutkan muka menahan kesakitan. "Cikgu ok tak?". Mau tak sakit. Gigi geraham bergesel dengan ulser di pipi. Pedih. Amat

Ulser saya dah menjangkau 8 hari tapi masih tak baik lagi. Apa lagi yang perlu saya buat? Saya dah lama tak makan sedap disebabkan ulser nie. Bencinye! 

Selepas keluar dari bilik bos tadi, penolong bos menegur saya.

"Nak ke mana nie?"

"Ke klinik. Sakit.". Tunjuk kertas kebenaran keluar.

"oh....". Panjang oh dia. Sambung lagi. "Eh, pergi klinik hari selasa?" kata penolong bos sambil memandang kerani-kerani di pejabat. Tawa mereka meletus berdekah-dekah. Ok. Blur di situ.

"Yela, kenapa dengan hari Selasa? Tak boleh pergi klinik hari Selasa ke?". Saya memang 100% tak faham apa yang berlaku. Tak ada pula peraturan yang mengatakan tak boleh ke klinik hari Selasa.

Setelah kaw-kaw gelakkan saya, salah seorang kerani yang baik hati memberitahu saya, "Hari selasa untuk ibu-ibu mengandung. pregnant ke?" gelaknya lagi.


Terus saya memandang penolong bos saya sambil menjerit, "Heiii..mana ada!!". Lagi kuat dia ketawa.

Ciss, kahwin pun belum macam mana nak mengandung haaa..senget senget. Saya mana la tahu hari selasa ialah hari ibu mengandung buat check-up. Tak pasal-pasal terkena. Aiseh.


pipi kanan membengkak. 
Nampak kan? 
Huhu

Doktor mengatakan kalau saya masih tak sembuh dalam masa 2 minggu ini, dia nak referkan saya pada hospital besar. Alahai, seram betul mendengar. Mintak-mintak la cepat baik. Tak nak refer-refer nie. Takut. 

Doktor tu boleh pulak bergurau-gurau dengan saya. Ramah betul. Tapi bukan nak try eh, doktor tu dah kahwin. Sebaya dengan saya kot doktor tu, muda lagi. Boleh pula dia tanya ic 52 dari negeri mana. Saya pun jawab la, "masih Malaysia lagi, bukan oversea". Sengih dia. Hehe.


lovenota : tak tahu bila nak kahwin. Eh? Tetiba. Hihi


Read More »

Monday, April 13, 2015

Sendiri


Sebak
Sepanjang hari terasa sayu
Air mata jatuh menitis 
seperti sang hujan yang turun Gerimis

Teringat kata-kata seseorang
jangan begitu murah dengan air mata
tapi apakan daya

Terkadang hujan sengaja turun
Agar aku dapat berteduh
Supaya aku berhenti untuk mengejar
Sesuatu yang tidak perlu

Apa sebabnya aku hidup pada hari ini?
Di mana arah tuju kehidupanku ini?

Tiada sesiapa yang memahami
Tiada sesiapa yang berada di sisi
Baik keluarga, kawan mahupun kekasih
Tiada seorang pun

Akhirnya tinggal aku sendiri
jua



missbalqis
April 2015


Read More »

Sunday, April 12, 2015

Pengantin Fantasia


Pelamin Fantasia adalah sebuah program realiti dengan objektif utama adalah untuk merealisasikan "Perkahwinan Impian ". Seramai 10 pasangan sebagai peserta (sebanyak 20 Peserta) yang telah dipilih daripada ujibakat Pelamin Fantasia kini akan bersaing dalam satu siri ujian dan cabaran bagi mereka untuk memenangi perkahwinan impian mereka direalisasikan di episod akhir Pelamin Fantasia. 

3 selebriti terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa, Rizalman Ibrahim akan bertindak sebagai Juri kepada para pasangan. Para juri akan menentukan pasangan yang akan meneruskan impian perkahwinan di Pelamin Fantasia berdasarkan tugasan dan cabaran yang telah diberikan.

Uiks, saya nak masuk rancangan Pelamin Fantasia? oh tidak. saya tak sanggup nak masuk. hahaha. sebenarnya ada seorang kawan saya yang masuk pertandingan ini. serius tak sangka! lagipun saya tak tengok rancangan realiti ini. sekali terpampang gambar seorang kawan yang sangat dikenali pada zaman saya belajar di UPSI. siapa?



Nur 'Irma Diyana Bt Mohd Norbi (Didie nama manja dia sebenarnya) adalah kawan saya semasa belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006-2010. dia seorang yang memang 'happy go lucky' dan teramat 'sporting'. seorang yang memang pandai berkata-kata. kalau buat presentation bagi je pada Didie nie. tapi kalau sesiapa yang tengok rancangan ini, mungkin korang ada nampak yang Didie nie macam kalut sedikit, gabra bukan main. macam itu la dia dari zaman belajar dulu. kononnya takut nak buat presentation, siap gabra kemain. tapi bila dah present kat depan semua orang, lancar je presentation dia. perfect talk, perfect presentation. semuanya gempak-gempak, depan kitorang konon tak bagus la tak prepare la..amboii. hahaha.

Banyak gila kenangan manis kami bersama dengan member-member lain. paling best di mana kami satu group menyiapkan thesis Chitosan bersama dengan Prof. Dr. Ismail Bin Zainol, pensyarah Polymer Chemistry di UPSI. dengan tabahnya kami mengorbankan cuti semester kami semata-mata menyiapkan thesis. legend betul..hehe.

Dah 2 episod rancangan Pengantin Fantasia ini berlansung tetapi baru hari ini saya dapat tahu Didie masuk pertandingan ini. apelah kau nie didie, tak cakap pun kat kitorang kan. ishkk..takpe-takpe. semoga kau dengan pasangan kau teruskan semua cabaran yang akan korang berdua tempuhi. Baru tahu juga tangan Didie terkehel dan terpaksa memakai anduh. aduh, macam mana boleh kena tu? serius aku tak tengok pun. semoga kau cepat sembuh eh didie. masih tak dapat contact dia di Wechat. busy kot. dah jadi artis kan..hehe.

Ada banyak juga gambar saya bersama Didie dulu, tapi saya tak boleh siarkan disebabkan hal-hal tertentu. nanti tak pasal-pasal gosip pulak kan..sebab Diyana yang dulu bukan Diyana yang sekarang. siapa yang kenal Didie fahamlah apa yang saya cakap..hehe. 


lovenota : kalau Didie menang 100 ribu tu, aku nak tumpang sekaki eh..hihi XD


Read More »

Friday, April 10, 2015

CPUV #222 : HITV Immuno-Therapeutic Vaccine


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk mempromosi CPUV terbaru, iaitu vaksin HITV, sejenis vaksin untuk mengubati penyakit Kanser. Kanser menyebabkan 7 juta kematian setiap tahun atau 12.5% daripada jumlah kematian di dunia. Hari ini dengan kemajuan dalam pembedahan, kemoterapi dan radiasi terapi, kadar kematian kanser telah dikurangkan.


Bagaimana untuk mengetahui kita menghidap kanser?

Jika korang melihat gambar di atas, itu adalah perbezaan sel yang normal dengan sel kanser di mana jika kita menghidap kanser, struktur sel amat berbeza berbanding sel normal. paling senang nak nampak ialah sel kanser mempunyai lebih dari satu nukleus. siapa yang ingat pasal sel masa sekolah dulu-dulu faham la gambarajah ini. hehe.

Pembedahan, radioterapi dan kemoterapi adalah tiga jenis rawatan kanser. Sekarang kita boleh menganggap immunoterapi sebagai dimensi keempat, yang memanfaatkan sistem imunisasi semula jadi dan keupayaan untuk menangani penyakit.

HITV (Hasumi™ immunotherapeutic vaksin) terapi [HITV Immunotheraphy for Cancer] telah dibangunkan oleh Dr. Kenichiro Hasumi, Klinik Tokyo ICVS. Protokol sangat berkesan semasa melibatkan suntikan intratumoral belum matang sel-sel dendrit autologous dalam kombinasi dengan TomoTherapy. Sejak 2008 lebih 500 pesakit kanser peringkat akhir telah menerima terapi ini di Klinik Tokyo ICVS dan kadar CR / PR yang amat tinggi telah dicatatkan.

Jaga kesihatan anda. sentiasa periksa tahap kesihatan anda. dari luar memang nampak sihat, tetapi organ dalaman kita tak tahu. 

Biar duit hilang, jangan nyawa melayang.


lovenota : penyakit yang paling menyeramkan manusia. 


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®