Saturday, August 08, 2015

Susu Formula ada DNA Lembu



Semalam ada sesi bual bicara mengenai "Susu Barokah" dengan Ustazah Fatimah Syarhah di Fiqh Wanita TV3 jam 1 petang. Bagus kita bincangkan soal ini, sebab dalam islam pun digalakkan memberi susu ibu kepada anak kita.

Allah juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233)

TETAPI bila ustazah mengeluarkan statement, "Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi", punya la mengamuk para ibu-ibu di Malaysia sebab satu statement tu je. Mana tak mengamuk, memang tidak dinafikan ramai yang bagi susu formula disebabkan susu ibu dah kering tetapi cara ustazah tu cakap seolah-olah anak diorang tu dah ada DNA lembu dan berperangai seperti lembu. 



Dalam group yang saya join di facebook, ada juga beberapa komen yang diberikan berkenaan dengan penjelasan ustazah nie. Ada juga yang sarcasm. Hihi.



Saya faham apa yang ustazah tu nak cakap, tapi kat Malaysia nie ramai orang yang sensitif terutama para ibu. Ayat ustazah dah menimbulkan kekeliruan dan ketidakpuashatian pada semua orang. Bukan DNA lembu yang masuk, cuma "apa yang kita makan dan minum menjadi darah daging bayi tersebut". Itu penjelasan yang betul sebenarnya. Susu ibu juga membantu perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Itu memang tidak dinafikan lagi. Tapi bukan salah ibu tu jugak kalau susunya dah kering. So, kena la jugak bagi susu formula. 

Penjelasan DNA lembu yang dikatakan oleh ustazah itu tidak betul pun. Susu formula yang diberikan akan dicernakan dari mulut hingga ke usus kecil "ingat pembelajaran Sains Tingkatan 2 dan Biologi Tingkatan 4". Yang diserap hanyalah khasiatnya, bukan DNA. DNA pula membawa maksud unit perwarisan yang mengandungi kod genetik sesuatu organisma. Ia hanya boleh diturunkan atau diwariskan melalui anak oleh induk (ibu bapa) semasa proses persenyawaan berlaku. Ini bermakna bayi tak ada DNA lembu.  Tu jela. 

Lagi satu penjelasan yang win dari facebook Iluminasi. Hehe



Khasiat Susu Ibu

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Antara kebaikan susu ibu ialah mengandungi komposisi nutrien yang sesuai dan cukup dengan perkembangan bayi yang membesar. Susu ibu bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri. Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi. Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan.

Lemak merupakan sumber utama bagi bayi. Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pada permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pada akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim-enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga. Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula. Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Oleh itu, tidak timbul masalah kebersihan dalam pengendalian menyusukan bayi. 

Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak-anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu. Penelitian ini menunjukkan hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti. 

Sejajar dengan firmanNya "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun." (Luqman:14). 

Kajian di Belanda pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu formula penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.

Pakej istimewa yang ditawarkan dalam penyusuan ibu bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi malah ibu itu sendiri. Walaupun ramai wanita diselubungi kebimbangan mengembalikan bentuk badan selepas bersalin, dengan menyusu bayi, badan wanita boleh menjadi langsing disertai dengan senaman. Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Sumber : ikim


Doa, Zikir dan Surah Banyakkan Susu Ibu

Ada beberapa doa, zikir dan surah yang boleh diamalkan oleh para ibu-ibu untuk memperbanyakkan susu ibu seperti:









Saya pun masa kecil-kecil minum jugak susu formula, Dutch Lady, sampai la sekarang. Alhamdulillah tak ada perangai macam lembu, banyak perangai manusia. Tapi kat sekolah jadi Hulk Hogan jugak la..hihi. 


lovenota : Breastfeeding is the best


Read More »

Tuesday, August 04, 2015

Kisah 2.6 Bilion


RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM

Penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sumber : Astro Awani

Gila tak gila, dari semalam dah jadi trending kes duit RM 2 600 juta di akaun PM adalah ihsan seorang penderma politik. Hahaha..kenapa tak derma pada orang-orang fakir dan miskin? Uishhh..RM 2,600,000,000 tu! RM 2.6 billions!! Siapa yang tak nak kalau orang nak bagi kan? Orang gila pun tak tolak duit punya. Huhuhu

Saya amat keliru dengan kenyataan media. Ada yang kata duit derma itu adalah duit UMNO, iaitu duit untuk parti atau duit amanah Presiden UMNO. Media dan SPRM tak menjelaskan duit sebanyak RM2.6 billion tu dari pihak siapa dan untuk siapa. Itu yang menimbulkan keraguan dan ketidakpuasan kepada rakyat. Patutnya jelaskan tanpa ragu-ragu kalau betul itu duit parti dan bukannya duit peribadi. Tak adalah rakyat marhaen sumpah seranah. 

Untung sangat! Jika sesiapa yang nak dermakan saya 50 ribu pun dah cukup untuk diri saya yang tak seberapa ini..sob3

Di bawah ini adalah komen rakyat jelata mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion. Ia sudah menjadi trending di laman sosial dengan menggunakan hashtag #DearNajib. 



Kemain Bro Framestone nie..hihi


Betul cakap Amran Fans


Datuk Seri Amran tu yang tak boleh blah..hihi


Emas Putih, hantar ke London Weight Management pon hokey jugak..hihi



Ini kelakar. Wujud ke nama "Wan Emdibi Bin Wan Kamarudin" nie? Hahaha












Dan budak accounting pun dengan rajinnya mengira kadar pengeluaran duit RM 2.5 bilion melalui mesin ATM untuk PM. Ini pun boleh dijadikan soalan KBAT PT3 Matematik 2015 nie..hihi






lovenota : Apa nak jadi?


Read More »

Thursday, July 30, 2015

Serpihan MH370 Dijumpai


Ini memang breaking news! terdapat serpihan MH370 telah dijumpai di Pulau La Reunion yang memang berdekatan dengan Lautan Hindi. ini dah dikira berita baik. kita cuma kena tunggu analisis dari pihak pakar untuk mengesahkan bangkai pesawat itu adalah kepunyaan MH370. 

KHAMIS, 30 JULAI 2015 @ 11:13 AM

MH370: Serpihan pesawat disiasat pakar - JACC

KUALA LUMPUR: Serpihan bangkai sebuah pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi awal hari ini (waktu Malaysia) kini sedang disiasat pakar, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC). 


Menurut agensi itu, Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan dan sedang menguruskannya dengan bantuan Boeing, BEA (Bureau d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de l'Aviation civile), Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. "Sekiranya bangkai itu dikenal pasti sebagai daripada MH370 di Pulau La Reunion, ia menjadi konsisten dengan analisis lain dan menjadi model bahawa tempat pesawat itu bersemadi adalah di selatan Lautan Hindi," menurut JACC. 


Agensi yang menyelia operasi mencari pada ketika ini di selatan Lautan Hindi menyatakan sebarang bukti baharu yang ditemui akan digunakan untuk terus memaklumkan dan memperbaiki usaha pencarian yang sedang berjalan. Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu. 


Gambar serpihan bangkai MH370






Serpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di Pulau La Reunion, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar. Airlive.net, sebuah laman web yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan, mengeluarkan tweet gambar serpihan bangkai dan memuat naik status 'BREAKING Piece of wing found on La Réunion Island, could that be flap of #MH370? (serpihan sayap ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?) Ia juga menyatakan dalam laman webnya bahawa siasatan kini dibuka untuk menentukan asal-usul trek penerbangan dengan tiga hipotesis disebutkan. 

Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian bahawa ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah pesawat enjin kembar yang terhempas pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu, atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros pada Jun 2009. 

Dalam satu kenyataan MAS, syarikat penerbangan itu berkata masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kesahihan serpihan itu. 

Satu bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui semalam. 

Laporan media berbahasa Perancis, Linfo.re menunjukkan gambar seorang lelaki tempatan memegang apa yang kelihatan seperti bagasi yang rosak teruk. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penemuan bagasi itu ada kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang mungkin daripada pesawat MH370.



Laporan terbaru mendakwa botol air minuman buatan China serta produk pembersihan Indonesia ditemui di pantai Pulau Reunion dipercayai dihayutkan arus laut.




Menurut South China Morning Post, kedua-dua botol itu ditemui kumpulan pembersih pantai pulau itu selepas menemui beg pakaian semalam, berhampiran tempat serpihan dipercayai flaperon pesawat Boeing 777 ditemui Rabu lalu.

Mekanik syarikat penerbangan di pulau itu, Air Austral, berkata wartawan tempatan meneliti serpihan itu bersama pegawai tentera Perancis dan mendapati ada nombor 657-BB tercatat padanya. Laman sesawang AirLive.net melaporkan nombor 657-BB menyamai nombor siri dalam manual penyelenggaraan Boeing untuk bahagian flaperon pesawat 777.



Selepas penemuan serpihan sayap pesawat Boeing 777 Rabu lalu, serpihan kedua dipercayai pintu pesawat ditemui terdampar di Pulau Reunion. BBC melaporkan objek yang dipercayai pintu pesawat itu ditemui di selatan bandar St Denis. Objek berkenaan dipecayai mempunyai tulisan asing di atasnya dan mungkin beberapa ilustrasi.




Sementara itu, The Telegraph melaporkan pembersih sampah, Nicolas Ferrier mendakwa menemui kerusi biru yang disangkanya sampah.


Tiga lagi botol air mineral keluaran ditemui tidak jauh dari kawasan di mana serpihan sayap pesawat dan serpihan lain serta botol air ditemui sebelum ini. Tiga botol air mineral itu ditemui seorang peguam, Creissen Philippe yang memuat naik gambar botol berkenaan ke akaun Twitternya. Botol air mineral itu adalah berjenama Splash dan Cactus keluaran syarikat Malaysia.

sumber : Berita Harian, Harian Metro


Read More »

Tuesday, July 28, 2015

Kenapa Jatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin?


SELASA, 28 JULAI 2015 @ 4:47 PM 
Saya terima keputusan PM gugurkan saya daripada Kabinet - Muhyiddin



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akur dan menerima dengan hati terbuka keputusan penggugurannya dalam rombakan Kabinet hari ini diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif Najib untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya sudah terbabit secara langsung dalam pembuatan dasar kerajaan dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan. 

Cuma menurut beliau, berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. "Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha," katanya. 

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, akan terus melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuh parti itu serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih Perdana Menteri kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. 

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang menyokong sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015 

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Razak 

TIMBALAN PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

MENTERI KEWANGAN: 
Datuk Seri Najib Razak 

MENTERI KEWANGAN II: 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Chua Tee Yong 
2. Datuk Johari Abdul Ghani 

MENTERI PERTAHANAN 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mohd Johari Baharum 

MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 
2. Masir Anak Kujat 

MENTERI LUAR NEGERI 
Datuk Seri Anifah Aman 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 
2. Datuk Seri Ong Ka Chuan 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ahmad Maslan 

MENTERI KESIHATAN 
Datuk Seri Dr S.Subramanian 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

MENTERI PENDIDIKAN: 
Datuk Seri Mahdzir Khalid 
Timbalan Menteri: 
1. P.Kamalanathan 
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI 
Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mary Yap Ken Jin 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin 

MENTERI PENGANGKUTAN 
Datuk Seri Liow Tiong Lai 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi 

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Noriah Kasnon 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Jailani Johari 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Alexander Nanta Linggi 
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Wilfred Madius Tangau 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah 

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Ir Hamim Samuri 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 

MENTERI KERJA RAYA: 
Datuk Seri Fadillah Yusof 
Timbalan Menteri: 
1. Datuk Rosnah Rashid Shirlin 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Azizah Mohd Dun 
2. Senator Datuk Chew Mei Fun 

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib 

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
Timbalan Menteri 
1. Datuk Loga Bala Mohan 

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri 
1. Datuk M Saravanan 

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said 
2. Nancy Shukri 
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 
4. Datuk Wee Ka Siong 
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
6. Senator Datuk Seri Idris Jala 
7. Tan Sri Joseph Kurup 
8. Datuk Joseph Entulu Belaun 
9. Datuk Seri Shahidan Kassim 
10. Senator Paul Low Seng Kuan 
11. Datuk Mah Siew Keong

Sumber : Berita Harian

**********

Kenapa dalam banyak-banyak menteri, TSMY jugak yang digugurkan? Tak suka gile! Sangat terkejut! Antara semua menteri kabinet yang ada, TSMY yang rasanya paling bagus berbanding menteri-menteri yang lain. Geram pulak rasanya. Disebabkan kelantangannya dalam kes 1MDB tu, TSMY dikenakan perlucutan jawatan dari kabinet. Baru nak tengok TSMY jadi Perdana Menteri. Hancur, kecewa..Adui..Huhu. 

Hidup ini ibarat roda, sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Dunia ini penuh dengan kezaliman dan ketidakadilan. Jika kita ingin buat sesuatu buatlah selagi hayat masih ada. 
Sampai suatu masa mulut tak boleh berbicara lagi, kaki tak boleh melangkah, di ikat atas dan bawah, maka bermulalah episod kehidupan sebenar...cemas tidak terkata lagi apabila berhadapan dengan raja daripada segala kerajaan yang ada di muka bumi 
Aku menulis supaya engkau tidak muflis di sana...

Orang kata, berani kerana BENAR! Teruskan perjuanganmu TSMY!! Perjuangkan anak bangsa kita! Ramai yang menyokong anda dari belakang! 


lovenota : tiada selera lagi untuk mengambil tahu hal politik negara. 

Read More »

Monday, July 27, 2015

Hukum Melilit Tudung Berkali-kali


Tadi masa tengah godek-godek facebook, terjumpa satu hadis yang mengatakan pakai tudung atau selendang tu hanya boleh buat lilitan sekali sahaja. Buat lilitan tudung @ shawl dua kali tak boleh atau dilarang. Saya musykil dengan hadis tersebut lalu meng'google' maksud hadis tersebut. Saya terjumpa satu laman web Ustaz Syihabudin Ahmad mengenai pandangannya pasal lilit selendang @ shawl banyak kali tu. 

*gambar sekadar hiasan*


HUKUM LILITAN TUDUNG BERKALI-KALI
Oleh Ustaz Syihabudin Ahmad

Soalan: Adakah hadis berikut menunjukkan larangan melilit tudung dua kali atau lebih? Dikatakan Nabi SAW bersabda ketika melihat Ummu Salamah memakai tudung: “Hanya satu kali lilit, dan jangan dua lilitan!”

Jawapan: Hadis tersebut Dhoif (Lemah). Menurut para ulama, hadis dhoif tidak boleh dijadikan hujah di dalam hukum hakam agama.

Fakta:

❶ Tudung boleh dipakai dengan pelbagai cara. Apa yang penting, ia mestilah bertepatan dengan sifat-sifat menutup aurat yang digazet oleh agama.

❷ Sifat tudung yang ringkas menurut ajaran agama Islam:

Menutupi kepala (kecuali muka), leher dan belahan dada. Tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit atau rambut. Tidak menyerupai lelaki

Penjelasan Hadis:

❶ Hadis yang lengkap direkod seperti berikut:

HS Zuhair bin Harb, HS `Abdurrahman (ح) HS Musaddad, HS Yahya, daripada Sufyan, daripada Habib bin Abi Sabit, daripada Wahab – pembantu Abu Ahmad, daripada Ummu Salamah. (Beliau berkata:)

Nabi SAW telah masuk menemuinya ketika itu beliau sedang memakai tudung. Lantas Nabi SAW bersabda kepadanya:

«لَيَّةً لَا لَيَّتَيْنِ»
Hanya satu lilitan (lipatan), bukan dua lilitan.

Abu Daud berkata: Maksud sabda Nabi “Hanya satu lilitan (lipatan), bukan dua lilitan.” Ialah baginda mahu berkata: Janganlah kamu melilit kepala seperti (serban) lelaki. Jangan mengulang-ulang satu atau dua lilitan. (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, bilangan: 4115)

❷ Hadis ini Dhoif kerana masalah yang ada pada seorang perawi bernama: Wahab – pembantu Abu Ahmad.

Syeikh Syu`aib al-Arnaout berkata: Perawi hadis ini adalah Siqat (orang-orang dipercayai) melainkan Wahab pembantu Abu Ahmad. Dia adalah perawi yang diperselisihi peribadinya. Ad-Daruqutni dan al-Hakim menyatakan bahawa beliau ialah Abu Sufyan pembantu Ibnu Abu Ahmad, seorang yang dipercayai yang telah direkodkan hadisnya di dalam Sahihain. Justeru itu dia turut dianggap siqah oleh Ibnu Sa`ad, Ibnu Hibban dan ad-Daruquthni. Al-Mizzi juga beranggapan seperti itu.

Manakala Ibnu Abdul Bar pula berkata: Tidak sahih nama bagi Abu Sufyan melainkan hanya gelarannya sahaja. Kami (Syeikh Syuaib) pula berpendapat: Al-Munziri, Ibnu al-Qattan, az-Zahabi, Ibnu Hajar telah menjahilkan (menganggap ia sebagai perawi yang tidak dikenali-majhul) Wahab pembantu Abu Ahmad.

Sekiranya Wahab ini ialah Abu Sufyan seperti mana yang dinyatakan oleh ad-Daruquthni dan al-Hakim, maka sanad hadis ini sahih. Tetapi jika tidak, maka dia ialah seorang perawi yang majhul seperti mana yang dinyatakan oleh al-Munziri dan orang yang mengikutinya, maka sanad hadis ini adalah Dhoif.

WallahuA`lam.

❸ Sekiranya kita andaikan bahawa hadis ini sahih, maka kita simpulkan seperti berikut: Hadis ini tidak menunjukkan kepada pengharaman lilitan tudung tetapi ia menunjukkan kepada larangan memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Inilah yang cuba dijelaskan oleh Imam Abu Daud di dalam ulasan ringkas di atas.

Tambahan pula, tiada hadis lain yang sahih atau yang lebih sahih daripada hadis ini yang mengharamkan lilitan. Tetapi hadis yang mengharamkan wanita menyerupai lelaki sangat banyak.

Antaranya, Ibnu Abbas berkata:

لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ
Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita (pondan) daripada kalangan orang lelaki dan perempuan yang menyerupai lelaki (tomboi) daripada kalangan wanita. (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5886)

Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

WallahuA'lam.

Sumber : Ustaz Syihab 

Semoga semuanya jelas dengan penjelasan ini ye. Jangan salah sangka pula. Bertudung disebabkan tuntutan syariat, bukannya nak berfesyen. Dan tak salah kalau nak berfesyen sikit-sikit tetapi masih lagi menutup aurat. Menutup aurat kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah.



"The HIJAB can take many forms
All of which when done right
InshaAllah
Are beautiful in their own right"

lovenota : sejak guna shawl memang saya tak sentuh tudung bawal lagi. Kekok bila memakainya kembali. Aneh. 


Read More »

Tuesday, July 14, 2015

Pluto's Love Letter



Google's day : Pluto will send Earth Love Letter

Subhanallah! 

Awww..so sweet. cantiknya kalau dapat tengok full love shape Pluto esok. so, kena lah tunggu sehari setengah untuk melihat gambar tersebut. sekarang nie hanya boleh nampak separuh dari shape sahaja melalui New Horizons, kapal angkasa NASA yang menggunakan kamera LORRI. Ia akan mencapai planet kerdil tersebut dan cuba untuk belajar segala yang boleh mengenai Pluto dan lima bulan yang dikenali, iaitu Charon, Hydra, Styx, Nix, dan Kerberos. walaupun Pluto sangat jauh dari Bumi, tapi kita masih dapat menikmati dan mengetahui kejadian yang berlaku di angkasa lepas. syukur.

gambar yang diambil oleh NASA pada 12 Julai 2015. love shape ada di sebelah kiri gambar. 

[Updated]
Gambar terbaru pada 14 Julai 2015. Subhanallah, cantiknya Pluto!

Highest resolution colour of Pluto dan Charon. Jika dilihat 'love shape' mempunyai warna yang berbeza sebenarnya. 

Gambar planet sebenar dalam sistem suria

Kapal New Horizons telah dilancarkan pada 19 Januari 2006, mengembara kira-kira 58,000 kilometer sejam. Ia telah mengembara selama 9.5 tahun merentasi hampir 5 billion kilometer untuk melihat Pluto dan jiran-jiran yang berais. Ia adalah kapal angkasa yang paling cepat yang pernah meninggalkan Bumi (pada kelajuan dari New York ke Los Angeles akan mengambil masa kira-kira empat minit). New Horizons melintasi orbit bulan sembilan jam selepas pelancaran - satu perjalanan yang mengambil Apollo 11 angkasawan kira-kira tiga hari. Dan pada hari ini, iaitu 14 Julai 2015, kapal tersebut sudah sampai dan akan melepasi Pluto kira-kira 7.50 pagi tadi pada jarak 12 500 kilometer. Imej pertama akan dimuat turun pada esok hari. 


Saya ingat lagi pada zaman sekolah rendah, kita kena hafal nama-nama 9 planet yang mengelilingi matahari. pada masa itu, Pluto masih lagi dikenali sebagai planet. 


Tetapi pada tahun 24 Ogos 2006, istilah planet telah digugurkan dan dinamakan sebagai planet kerdil dan tinggal 8 planet sahaja. 



tetapi, bagi saya, saya masih lagi menganggap Pluto sebagai planet. 





lovenota : pengaruh kartun kuat nie XD


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®