Thursday, February 04, 2016

Fenomena El-Nino


PERBANDINGAN cuaca dunia pada tahun 1997 (kanan) berbanding tahun 2015. 

Beberapa agensi cuaca dunia mengumumkan 2015 adalah tahun paling panas dalam sejarah dunia, sejak pemantauan suhu secara sistematik dilaksanakan bermula sekitar 1880-an. Dari kawasan sejuk di Siberia, sehingga tengah lautan di sekitar kawasan tropika, semuanya menunjukkan peningkatan sama. Setakat yang difahami, semua ini adalah akibat fenomena El Nino yang melanda dari pertengahan tahun lalu. 

Tahun lalu El Nino menjadi buah mulut ramai kerana fenomena jerebu yang amat teruk melanda negara. Jumlah hujan yang kurang dan cuaca panas adalah ciri asas kesan El Nino kepada Malaysia menjadikan kesan jerebu lebih teruk pada masa berkenaan. Bagaimanapun, ia hanya permulaan kepada episod El Nino. Fenomena ini hanya mula matang pada November lalu dan sehingga pertengahan tahun ini, negara bakal berdepan cabaran sebenar. 

Perubahan sistem iklim 

El Nino adalah fenomena berulang yang berlaku dalam kitaran dua hingga tujuh tahun sekali akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutama pada taburan hujan. Walaupun kawasan utama perubahan ini berlaku di Lautan Pasifik, ia bakal mengakibatkan kesan pada skala global. 

Saintis kini sudah mula membandingkan El-Nino 2015/16 ini dengan kejadian pada tahun 1982/83 dan 1997/98 yang merupakan fenomena El Nino paling ekstrem pernah dialami dunia. Pada masa itu, kawasan barat Pasifik, mengalami hujan lebat yang mengakibatkan bencana seperti banjir dan tanah runtuh di kawasan seperti Peru dan Amerika Syarikat. Di bahagian timur pula, Australia dan Asia Tenggara terpaksa berdepan cuaca kering dan panas sehingga mengakibatkan kebakaran hutan dan bekalan air terjejas teruk. 

Di negara kita, kesan cuaca panas dan kering El Nino sudah mula kita rasai sejak tahun lalu dan menurut perangkaan ia akan berkekalan sehingga pertengahan 2016. Jabatan Meteorologi sudah membuat ramalan penyusutan jumlah hujan hingga 60 peratus daripada angka normal bakal dialami. Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan banyak pihak. 

Baru-baru ini beberapa rumah di Kuala Terengganu hampir musnah akibat hakisan pantai. Sekiranya tengkujuh tahun ini dialami dalam kadar sama seperti tahun sebelumnya, kesan hakisan ini sudah pasti akan lebih parah. Tahun ini penduduk Pantai Timur bertuah kerana musim tengkujuh lebih tenang berbanding keadaan biasa. 

Ini sekali gus mengurangkan impak hakisan yang saban tahun membawa bahaya besar kepada penduduk. Kesan pembangunan tidak terancang dan perubahan cuaca dunia serta peningkatan paras laut menjadikan hakisan sebagai bencana paling kritikal sebaik muncul musim tengkujuh. Sekurang-kurangnya El-Nino meredakan bahaya itu buat seketika. 

Kesan El Nino tidak tertakluk hanya kepada iklim dan atmosfera, sebaliknya kesannya terhadap lautan juga perlu diberi perhatian. Mengikut laporan saintifik sebelum ini, saintis meramalkan dua musim kemuncak air di Laut China Selatan akan mengalami pemanasan, iaitu pada Februari dan September. Pemanasan di permukaan lautan sering mengakibatkan tiupan angin berkurangan dan permukaan lautan akan lebih panas, awan berkurangan, sekali gus mengurangkan hujan. Ini bakal mengakibatkan cuaca panas berpanjangan lebih lama. 

Dalam keadaan suhu laut lebih panas berbanding normal, kesan paling besar adalah kepada ekosistem lautan di mana jumlah terumbu karang mengalami kelunturan akan meningkat secara mendadak. Kawasan karang ini biasanya menjadi tempat pembiakan ikan dan petunjuk penting terhadap kesihatan ekosistem marin. Pengalaman pada 2010 menunjukkan kelunturan karang yang sangat kritikal di sekitar pulau di Laut China Selatan sehingga sebahagian besar taman laut di Malaysia terpaksa ditutup kepada pelancong. 

Lebih meruncing lagi, arus lautan juga terganggu akibat El Nino. Kebiasaannya pada Ogos dan September, perairan sepanjang pantai timur mengalami proses peningkatan produktiviti lautan yang dikenali sebagai pengaliratasan. Proses ini membawa air lebih sejuk dan bernutrien tinggi kepada permukaan laut dan menjadikan kawasan sepanjang Semenanjung dari Johor hingga Terengganu mengalami peningkatan kadar tangkapan ikan. Bagaimanapun, suhu panas lautan dan kesan angin yang berkurangan bakal memberi kesan besar kepada industri perikanan dan sumber lautan. 

Kekurangan bekalan air 

Cabaran ketara bagi Malaysia adalah kekurangan bekalan air yang akan menyebabkan keperluan domestik terjejas. Bagi industri pertanian, ia adalah antara cabaran terbesar yang memerlukan perancangan lebih mapan. Kesan peningkatan harga beras pernah dirasai pada El Nino 2010 akibat pengeluaran padi yang terjejas di rantau ini. 

Cuaca panas juga bakal menyebabkan penyebaran wabak seperti denggi lebih mudah tersebar. Berdasarkan statistik terkini, Kementerian Kesihatan meramalkan peningkatan wabak berkenaan 50 peratus berbanding normal. 

El Nino bukanlah yang pertama. Kefahaman terhadap kesan El Nino dan pengalaman lalu seharusnya menjadi panduan kepada kita untuk membuat persediaan lebih baik pada masa ini. Bagaimanapun, setiap kali fenomena ini terjadi, ada sahaja perkara baharu yang kita akan pelajari. Dalam keadaan cuaca dunia yang tidak menentu kini, kita perlu bersedia untuk apa juga kemungkinan. 

Penulis ialah ialah Pakar Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Read More »

Tuesday, January 26, 2016

Anugerah MeleTOP ERA 2016



[UPDATE] Keputusan penuh -> link

Debaran Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) semakin terasa. Bakal berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada Ahad, 28 Februari 2016, jam 9.00 malam, AME 2016 boleh ditonton secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Ayda Jebat, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam dan Syamel AF 2015 antara artis yang mendominasi carta lima pencalonan terakhir.

Mereka tersenarai untuk lebih daripada tiga buah kategori bagi 16 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik.

Bakal diacarakan oleh Nabil Ahmad, Neelofa, Jihan Muse dan Datuk AC Mizal, mari kita semak senarai pencalonan Top 5 AME 2016!

DRAMA MELETOP
1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak

ARTIS LAWAK MELETOP
1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam

HOS MELETOP
1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Datuk AC Mizal
5. Fara Fauzana

PELAKON MELETOP
1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin

PROGRAM MELETOP     
1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015

LAGU MELETOP               
1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Datuk Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati

PENYANYI MELETOP
1. Ayda Jebat
2. Datuk Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

GRUP/DUO MELETOP
1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan feat Datuk Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

PENYAMPAI RADIO MELETOP
1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray

PROGRAM RADIO MELETOP
1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi

FILEM MELETOP
1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

BINTANG FILEM MELETOP
1. Shaheizy Sam
2. Zizan Razak
3. Sharnaaz Ahmad
4. Maya Karin
5. Aaron Aziz

FESYEN MELETOP
1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Datuk AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad

ARTIS BAHARU MELETOP
1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson

BINTANG ONLINE MELETOP
1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Datuk Siti Nurhaliza
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam

COUPLE MELETOP
1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry
5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari

UNDI SEKARANG!
Fasa 2: 26 Januari 2016 – 28 Februari 2016
Tarikh Tutup undian Online Anugerah Meletop Era : 28 Februari 2016, Tengahari

Nak mengundi calon Anugerah MeleTOP ERA, Undian boleh dilakukan melalui laman web di www.meletop.com.my & era.fm

Undian juga boleh dilakukan melalui Raku app, boleh dapatkan Raku App di Appstore & Googleplay. 

Undian melalui SMS, iaitu dengan menaip AME3/5/10/20 Kod Nominees ke 32777. 

Pendaftaran  akan dilakukan melalui Facebook sahaja. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari, untuk setiap kategori melalui Facebook ID anda.

Harap-harap sambutan Anugerah MeleTOP memberansangkan. Jangan jadi macam Anugerah Juara Lagu. Nasib baik tak tengok AJL. Kalau tak mesti frust je. 


Read More »

Love is #19: Cat and Dog



Mungkin disebabkan faktor sebaya, kerap bergaduh walaupun hal yang kecil. Tapi, seronok ape? Hihi!

And of course i will be a cat to 'bite' all the things he said. No matter what. Betul ke salah ke tetap bercakaran. Last sekali, dah puas membebel terus ketawa. We are so sick. So childish. Watever..hoho!

When we met yesterday, he said something about marriage. Oh? Funny! I laughed at him, but his face was so serious. "Is it gonna happen?" He smiled but i still laughed. Can't hold it!

"Hujung tahun ye sayang,"
Pecah perut ketawa but kecut jugak. 

Wait and see.
Goodbye my other darlings-darlings


lovenota : memang dah layak kahwin dah..huhu


Read More »

Sunday, January 10, 2016

Love is #18: Fight!



sudah 4 hari "perang dingin"
we will see..
sejauh mana ini berlarutan


yep, saya sangat marah
dan masih marah
tak ada makna nak marah main-main ehh
beware!


lovenota : rasa aman sikit!


Read More »

Sunday, December 27, 2015

Selamat Pengantin Baru Sahabatku


Jumaat minggu lepas selamat sudah sahabat saya, Ain Zaira Bt Rosli diijabkabulkan di Majlis Agama Miri, Sarawak. Dialah sahabat saya, sahabat waktu kecil semasa membesar di Miri, Sarawak dan sahabat pena semasa kita meningkat remaja. 


Kalau ingat semua kenangan kita bersama, tersangat banyak. Yela, zaman kecil-kecil adalah zaman yang paling menarik dan paling seronok. Kita membesar bersama-sama di PGA Miri, Sarawak, kediaman berek polis. Saya, awak, nana, ebok, amira, muizz..dah tak ingat siapa lagi. Kita bermain bersama, bergaduh bersama. Sangat lucu sebab pada waktu itu kita main geng. Kalau tak geng, jangan kawan dengan dia sampai tak minta maaf, sampai kena pulau oleh semua kanak-kanak di kejiranan itu. 

Masa kecil-kecil, semua benda kita buat, baik permainan lelaki dan permainan perempuan. Kita tak pernah main masak-masak, main anak patung bagai. Itu permainan budak-budak..haha. masa tu kalau nak jugak main masak-masak pun main dengan nana je..tak pun jiran sebelah, linda *orang iban, tak tahu di mana dia sekarang*. Kalau kita bermain bersama, semuanya extreme, tak main permainan perempuan sangat, seperti masuk paya selut, main air anak sungai, main dalam semak depan rumah, panjat pokok ru, etc. Paling cikai pun main baling selipar. Fuh, kena baling selipar tu sakit woo. Betul-betul baling ha. Pernah kena kat dahi setepek. Hahaha.

Kita pergi sekolah bersama-sama dan balik pun bersama-sama. Saya bersekolah di SRK South Miri (SK South) dari tahun 1994-1998. Kalau ayah awak ambil kita, kita balik naik motor sama-sama. Same goes to my dad. Kenangan yang paling tak boleh lupa, balik sekolah sama-sama naik motor, kaki sebelah kanan terkena ekzos motor. Allahu, memang pedih sangat masa tu. Kesannya masih ada sampai sekarang tau. Kenangan mak kata..hehe.

Dulu-dulu jugak kita rajin ke surau mengaji dengan ustaz. Kita semua sangat baik hati dan rajin menolong buat kerja-kerja di surau, cuci kolah wudhu', cuci tandas surau, kemas-kemas sejadah, sapu daun-daun keliling surau, tolong kemas surau. Paling seronok sekali cuci kolam ikan. Masa tu mesti ada katak-katak yang menumpang dalam kolam ikan. Bila cuci kolam tu kita main telur katak, tangkap berudu..lawan berudu siapa yang paling besar. Masa tu tak geli langsung dengan katak, telur katak dengan berudu. Seronok adalah. Tapi bila dah besar nie tengok katak pun dah menjerit..hehe.

Waktu bulan Ramadhan, kita berlumba-lumba pergi tarawikh. Alah, bukan solat sangat pun..dok main kejar-kejar buat bising. Solat 2-3 set lepastu tanggal telekung zappp hilang pergi belakang surau. Bila dah habis tarawikh, tolong orang surau bagi moreh. Bila dah besar sikit, kita join Tadarus Al-Quran. Setiap Ramadhan kita tak pernah lepas peluang join rehearsal tadarus Al-Quran setiap malam. Lepas tu, akhir Ramadhan, Majlis Tadarus Al-Quran berlangsung dan kita dapat duit. Itu tujuan sebenarnya..dapat duit raya awal..Yeayyy! Haha.

Pada akhir tahun 1998, abah ditukarkan ke Kuala Lumpur. Pada masa itu, memang tersangat sedih jugak sebab terpaksa meninggalkan semua kawan-kawan saya. Awak yang paling sedih kot pada masa itu. Kalau bukan saya, siapa lagi kawan sebaya awak, kan? Tapi kita berjanji kita akan sentiasa mengutus surat untuk eratkan persahabatan kita. Pada hari terakhir sebelum meninggalkan PGA miri, semua orang berhimpun di halaman rumah mengucapkan selamat tinggal. Menagis teresak-esak saya. Bukan sebab nak tinggalkan situ sangat, sebab bantal busuk kesayangan saya dibakar oleh abah..hahaha. eh, sedih juga masa saya nak tinggalkan semua orang. Itulah juga kali terakhir saya berjumpa datuk saya. Sehingga kini saya tak berkesempatan nak jumpa datuk saya lagi..huhu. 

Bila dah menetap di Kuala Lumpur, persahabatan kita tak putus. Kita masih lagi mengutus surat bertanyakan khabar masing-masing. Setiap hari mesti check peti surat sebab tunggu surat awak datang. Masa tu seronok sangat sebab ada juga rakan jadi sahabat pena sahabat surat menyurat nie. Bila dah rajin utus surat, automatik hobi mengumpul setem. Banyak sangat setem yang dikumpulkan pada masa itu. Time tu setem murah lagi..ada setem 20sen je. Lepas tu cantik-cantik designnya. Itu yang seronok. Sampaikan saya sanggup pergi mencurik setem surat-surat di peti surat jiran yang lain. Giler kejam aku..hahaha. 

Zaman dulu mana wujud facebook, wechat, whatsapp, twitter bagai. Dulu ada IRC, tak reti guna. Ada laman sosial pun MySpace dan Friendster. Dah pupus dua-dua laman web tu..hahaha. ada lagi, Yahoo! Messenger. Tapi kita tak berhubung guna tu semua. Maklumlah internet tak ada. Zaman itu handphone pun tak canggih, Nokia 3310 je..hehe. 


Kuasa make up. Macam muka orang lain je. Hehehe. Btw memang cun. Very gorgeous!

I am so happy for you, my friend. Selamat Pengantin Baru. semoga berbahagia ke anak cucu, ke jannah. 


Barakallah lakuma wajamaa' bainakuma filkhair.


lovenota: aih, bila lah anak raja nak pinang aku nie...ishk3!


Read More »

Tuesday, December 22, 2015

Salam Takziah Sahabat


Baru buka facebook tadi, terbaca mengenai pemergian seorang rakan yang kembali ke rahmatullah tengah hari tadi disebabkan kanser. Terkejut. Hairan. Terkedu. Sumpah aku tak tahu kau sakit. Aku langsung tak tahu menahu pasal penyakit kau. Kau mendiamkan diri, tak ada bagitahu langsung. Sungguh aku kecewa sebab tak sempat nak jumpa kau sebelum kau pergi. 


Aku tengok facebook kau, kau nampak sihat. Sempat pergi bercuti di luar negara. Tapi hari ini, kau dah 'tiada'. Kau langsung tak bagitahu sakit kau. Bukannya jauh pun rumah aku dengan rumah kau. Silap aku jugak sebab aku tak pernah nak mesej kau. Lama sangat tak hubungi kau. Cuma contact melalui facebook je. 

Kau memang seorang yang sangat baik, ceria, suka tolong aku masa kerja sama-sama dulu kat Ilham Resort, Port Dickson pada tahun 2006. Kalau kau tak ada, tak ada lah nak tolong aku angkat dorm-set VIP bawa ke kitchen. Kalau kau tak ada, boring sangat masa aku kerja sorang-sorang. Kalau kau tak ada, tak adalah aku nak dengar lawak bodoh kau tu. Kadang-kadang kau suka sengaja sakitkan hati aku. Kau suka tengok aku muncungkan mulut macam itik. Kau sentiasa ada dengan aku, sampaikan orang kata kita nie sepasang kekasih. Mana taknya, di mana ada Wani, di situ ada Shukor. Kalau Shukor ada dengan Wani, lambat je kerja si Shukor. Hahaha. Aku takkan lupa semua ini. 

Masa kau perkenalkan diri, kau kata kau pun dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) batch 2005/2006. Aku terkejut, tak percaya. Aku ketawa sambil mengatakan kau tipu. Terus kau kata, "yelah, aku nie nampak selekeh kan, tak hensem pun. Macam orang tak belajar kan. Sebab tu kau tak percaya,". Makin galak aku ketawa. Terus kena cubit sedas. Memang susah nak percaya masa tu, kau sangat merendah diri. Gile-gile humble. Bila kau dah berjaya jadi engineer pun kau biasa-biasa je. Tak macam orang lain.

Pernah satu hari tu lepas kita masing-masing sambung belajar ambil ijazah, kau kata kau suka aku. Aku tolak dengan cara baik, sebab kau sahabat aku. Kau rakan aku. Aku sayang kau, tapi sayang sebagai sahabat. Kau terima dengan hati terbuka, dan kurang menghubungi aku lepas tu. Aku pasrah. 

Lama kelamaan kau add aku kat facebook. Aku gembira sebab kau masih ingat aku. Kita berhubung semula, berkongsi cerita lama. 

Aku baru tahu juga, kau sudah menikah pada 2 Disember 2015. Ya Allah, berat sungguh dugaan balumu. Aku langsung tidak menyangka. Sungguh aku tabik pada isterimu, masih lagi menerima kau walaupun tahu kau sedang sakit. Semoga tabah wahai sang isteri!

Sungguh Shukor, aku tak tahu kau sakit. Kalaulah kau sempat memberitahu aku, kalau aku masih ada peluang untuk berjumpa dengan kau. Aku redha. Damailah kau di sana. Semoga kau dirahmati oleh Allah SWT. Aku halalkan semua hutang-hutang kalau ada, semua makan minum kau pada aku. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Al-Fatihah.


lovenota : terasa kehilangan sorang sahabat lagi. 



Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®